Apakah benar Syi’ah Itu Sesat???

Apakah benar Syi’ah Itu Sesat???

1. Syiah menyelewengkan al-Qur’an.
Ulama Syiah dari dulu hingga sekarang menolak pendapat tentang berlaku penyelewengan dalam bentuk seperti berlaku perubahan/tahrif, lebih atau kurangnya ayat-ayat Qur an sama ada dari kitab-kitab Syiah atau Ahlul Sunnah
.
Mereka berpendapat jika hujah berlakunya perubahan ayat-ayat Qur an diterima maka Hadith sohih Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, ” Aku tinggalkan kamu dua perkara supaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Qur an dan Ahl Bayt,” tidak boleh dipakai lagi kerana al-Qur an yang diwasiatkan oleh Nabi SAW untuk umat Islam sudah berubah dari yang asal sedangkan Syiah sangat memberatkan dua wasiat penting itu dalam ajaran mereka
.
Lagi pun Hadith-hadith yang diriwayatkan dalam kitab-kitab Syiah berkaitan dengan tahrif keatas al-Qur an yang berjumlah kira-kira 300 itu adalah Hadith-hadith dhaif. Begitu juga dalam kitab-kitab Sunnah seperti Sahih Bukhari turut menyebut tentang beberapa Hadith tentang perubahan ayat-ayat Qur an misalnya tentang ayat rejam yang dinyatakan oleh Umar al-Khattab, perbezaan ayat dalam Surah al-Lail dan sebagainya. Bukahkah Allah SWT telah berfirman dalam al-Qur’an (Surah 15:9), yang bermaksud:” Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Zikr (al-Qur’an), dan sesungguhnya Kami memeliharanya.” Sekiranya seseorang itu menerima pendapat bahawa al-Qur’an telah diselewengkan oleh sesuatu golongan maka di sisi lain orang ini sebenarnya telah menyangkal kebenaran ayat di atas. Oleh itu semua pendapat tentang kemungkinan berlakunya tahrif dalam ayat-ayat Qur an  sama ada dari Syiah atau Sunnah wajib ditolak sama sekali
.
Imam Ja’far al-Sadiq AS meriwayatkan sebuah Hadith dari datuknya Rasulullah SAWA [bermaksud]:  “Setiap Hadith yang kamu terima dan bersesuaian dengan Kitab Allahtidak diragukan datangnya daripada  aku dan Hadith-hadith yang kamu terima yang bertentangandengan Kitab Allah, sesungguhnya bukan datang daripadaku.”[Al-Kulaini, al-Kafi, Jilid I, Hadith 205-5]
.
2. Nikah Muta’ah.
Berhubung dengan isu hangat iaitu Nikah Muta’h yang dikaitkan dengan zina, pendapat ini menimbulkan kemusykilan yang amat sangat. Ini kerana menyamakan Mut’ah Nikah dengan zina membawa maksud seolah-olah Nabi Muhammad SAWA pernah menghalalkan zina dalam keadaan-keadaan darurat seperti perang Khaibar dan pembukaan kota Mekah. Pendapat ini tidak boleh diterima kerana perzinaan memang telah diharamkan sejak awal Islam lagi dan tidak ada rokhsah dalam isu zina
.
Sejarah menunjukkan bahwa Abdullah bin Abbas diriwayatkan pernah mengharuskan Nikah Muta’ah.  Kalau muta’ah telah diharamkan pada zaman Nabi SAWA adakah mungkin Abdullah bin Abbas mengharuskannya? Sekiranya beliau tidak tahu [mungkinkah beliau tidak tahu?] tentang hukum haramnya muta’ah adakah beliau berani menghalalkannya pada waktu itu? Fatwa Abdullah bin Abbas juga menimbulkan tandatanya kerana tidak mungkin beliau berani mengharuskan zina [mut’ah] dalam keadaan darurat seperti makan bangkai, darah dan daging babi kerana zina [mut’ah] tidak ada rokhsah sama sekali walaupun seseorang itu akan mati jika tidak melakukan jimak. Sebaliknya Abdullah menyandarkan pengharaman muta’ah kepada Umar al-Khattab seperti tercatat dalam tafsir al-Qurtubi meriiwayatkan Abdullah bin Abbas berkata, ” Sekiranya Umar tidak mengharamkan mutaah nescaya tidak akan ada orang yang berzina kecuali orang yang benar-benar jahat.” (Lihat tafsiran surah al-Nisa:24)
.
Begitu juga pengakuan sahabat Nabi SAW iaitu Jabir bin Abdullah dalam riwayat Sohih Muslim, ” Kami para sahabat di zaman Nabi SAW dan di zaman Abu Bakar melakukan muta ah dengan segenggam korma dan tepung sebagai maharnya, kemudian Umar mengharamkannya kerana kes Amr bin khuraits.”
.
Jelaslah mutah telah diamalkan oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW selepas zaman Rasulullah SAW wafat. Oleh itu hadith-hadith yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah mengharamkan mutah nikah sebelum baginda wafat adalah hadith-hadith daif.
.
Dua riwayat yang dianggap kuat oleh ulama Ahlul Sunnah iaitu riwayat yang mengatakan nikah muta ah telah dihapuskanpada saat Perang Khaibar dan pembukaan kota Mekah sebenarnya hadith-hadith yang daif. Riwayat yang mengaitkan pengharaman muta ah nikah pada ketika Perang Khaibar lemah kerana seperti menurut Ibn al-Qayyim ketika itu di Khaibar tidak terdapat wanita-wanita muslimah yang dapat dikahwini. Wanita-wanita Yahudi (Ahlul Kitab) ketika itu belum ada izin untuk dikahwini. Izin untuk mengahwini Ahlul Kitab seperti tersebut dalam Surah al-Maidah terjadi selepas Perang Khaibar. Tambahan pula kaum muslimin tidak berminat untuk mengahwini wanita Yahudi ketika itu kerana mereka adalah musuh mereka.
.
Riwayat kedua pula diriwayatkan oleh Sabirah yang menjelaskan bahawa nikah muta ah diharamkan saat dibukanya kota Mekah (Sahih Muslim bab Nikah Muta’ah) hanya diriwayatkan oleh Sabirah dan keluarganya sahaja tetapi kenapa para sahabat yang lain tidak meriwayatkannya seperti Jabir bin Abdullah, Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud?
.
Sekiranya kita menerima pengharaman nikah muta’ah di Khaibar, ini bermakna muta’ah telah diharamkan di Khaibar dan kemudian diharuskan pada peristiwa pembukaan Mekah dan kemudian diharamkan sekali lagi. Ada pendapat mengatakan nikah muta’ah telah diharuskan 7 kali dan diharamkan 7 kali sehingga timbul pula golongan yang berpendapat muta’ah nikah telah di haramkan secara bertahap seperti mana pengharaman arak dalam al-Qur’an tetapi mereka lupa bahawa tidak ada ayat Qur’an yang menyebutkan pengharaman muta’ah secara bertahap seperti itu. Ini hanyalah dugaan semata-mata.
.
Yang jelas nikah muta’ah diharuskan dalam al-Qur an surah al-Nisa:24 dan ayat ini tidak pernah dimansuhkan sama sekali. Al-Bukhari meriwayatkan dari Imran bin Hushain:  “Setelah turunnya ayat muta’ah, tidak ada ayat lain yang menghapuskan ayat itu. Kemudian Rasulullah SAW pernah memerintahkan kita untuk melakukan perkara itu dan kita melakukannya semasa beliau masih hidup. Dan pada saat beliau meninggal, kita tidak pernah mendengar adanya larangan dari beliau SAW tetapi kemudian ada seseorang yang berpendapat menurut kehendaknya sendiri.” Orang yang dimaksudkan ialah Umar. Walau bagaimanapun Bukhari telah memasukkan hadith ini dalam bab haji tamattu
.
Pendapat Imam Ali AS adalah jelas tentang harusnya nikah muta’ah dan pengharaman muta’ah dinisbahkan kepada Umar seperti yang diriwayatkan dalam tafsir al-Tabari: “Kalau bukan kerana Umar melarang nikah muta’ah maka tidak akan ada orangyang berzina kecuali orang yang benar-benar celaka.” Sanadnya sahih. Justeru itu Abdullah bin Abbas telah memasukkan tafsiran (Ila Ajalin Mussama) selepas ayat 24 Surahal-Nisa bagi menjelaskan maksud ayat tersebut adalah ayat muta’ah (lihat juga Syed Sobiq bab nikah muta’ah).
.
Pengakuan Umar yang menisbahkan pengharaman muta’ah kepada dirinya sendiri bukan kepada Nabi SAWA cukup jelas bahawa nikah muta’ah halal pada zaman Nabi SAWA seperti yang tercatat dalam Sunan Baihaqi,  ” Dua jenis muta’ah yang dihalalkan di zaman Nabi SAWA aku haramkan sekarang dan aku akan dera siapa yang melakukan kedua jenis muta’ah tersebut. Pertama nikah muta’ah dan kedua haji tamattu”.
.
Perlulah diingatkan bahawa keharusan nikah mutah yang diamalkan oleh Mazhab Syiah bukan bermaksud semua orang wajib melakukan nikah mutah seperti juga keharusan kawin empat bukan bermaksud semua orang wajib kawin empat. Penyelewengan yang berlaku pada amalan nikah muta’ah dan kawin empat bukan disebabkan hukum Allah SWT itu lemah tetapi disebabkan oleh kejahilan seseorang itu dan tidak dinafikan kelemahan akhlaknya sebagai seorang Islam. Persoalannya jika nikah muta’ah sama dengan zina, apakah bentuk muta’ah yang diamalkan oleh para sahabat pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman khalifah Abu Bakar?[catatan: Nikah muta’ah memang tidak sama dengan zina]
.
3. Syiah Kafir?
Dakwaan Syiah golongan kafir menimbulkan kemusykilan kerana pada setiap tahun orang-orang Syiah mengerjakan ibadat haji misalnya pada  tahun 1996, seramai 70,000 jemaah haji Iran mengerjakan haji. Oleh itu bagaimanakah boleh terjadi orang kafir (Syiah?) dibenarkan memasuki Masjidil Haram sedangkan al-Qur an mengharamkan orang kafir memasuki Masjidil Haram?
.
4. Syi’ah  Yahudi?
Dakwaan Syiah adalah hasil daripada ajaran Yahudi dan Nasrani juga tidak dapat diterima oleh akal yang sihat. Sebagai contoh, pada masa ini pejuang Hizbollah (Syiah) berperang dengan Yahudi di Lebanon. Ramai yang gugur syahid. Semua orang tahu Israel memang takut dengan pejuang Hizbollah sebab itu mereka sengaja mengebom markas PBB pada tahun 1996 untuk menarik negara-negara barat mencari jalan menghentikan peperangan dengan  Hizbollah itu. Fakta Abdullah bin Sabak yang dikatakan pengasas ajaran Syiah adalah kisah hayalan sahaja
.
Cerita Abdullah bin Sabak hanya dikutip oleh ahli-ahli sejarah seperti al-Tabari dari seorang penulis hayalan yang bernama Saif bin Umar al-Tamimi yang ditulis pada zaman Harun al-Rasyid. Jika seseorang itu meneliti hadith-hadith tentang kelebihan Ali atau hadith tentang Ali sebagai wasyi selepas Rasulullah SAWA yang dikatakan ajaran Abdullah bin Sabak – sebenarnya tidak terdapat riwayat yang mengutip dari Abdullah bin Sabak. Sebaliknya banyak hadith-hadith tentang kelebihan Ali datangnya dari Rasulullah SAWA. Umar bin al-Khattab pula sewaktu mendengar berita kewafatan Rasulullah SAWA enggan mempercayai kewafatan Rasulullah SAWA tetapi Umar percaya Rasulullah SAWA tidak wafat sebaliknya baginda SAWA pergi menemui TuhanNya seperti yang berlaku kepada Nabi Musa AS menghadap Tuhan selama 40 hari dan hidup semula selepas itu. Menurut Umar Rasulullah SAWA hanya naik ke langit.Lihat Tabari, Tarikh al-Muluk wal Umman, Jilid III,halaman 198]
.
Kisah seperti ini tidak ada dalam catatan Hadith-hadith Nabi SAWA tetapi mengapakah kita tidak menuduh Umar terpengaruh dari ajaran Yahudi?
.
5. Syiah memaksumkan imam-imam mereka.
Mereka berhujah dengan ayat Quran 33:33 yang bermaksud:  ” Sesungguhnya Allah hendak mengeluarkan dari kalian  kekotoran [rijsa] wahai Ahlul Baytdan menyucikan kalian sebersih-bersihnya.” Istilah Ahlul Bayt menurut Hadith Rasulullah SAWA merujuk kepada lima orang iaitu Rasulullah SAW, Fatimah, Ali, Hassan dan Husayn seperti yang diriwayatkan dalam Sohih Muslim
.
Perkataan rijsa[kekotoran] sudah tentu bukan kotor dari segi ain seperti najis dan sebagainya tetapi merujuk kepada dosa-dosa dan apabila Allah ‘hendak secara berterusan’ [yuridu] menyucikan mereka sebersih-bersihnya tidak boleh diragukan lagi ia merujuk kepada penyucian total dari sebarang dosa yang dalam istilah lain bermaksud mereka adalah maksum
.
Tambahan pula banyak ayat-ayat Qur an yang menjelaskan perintah Allah SWT supaya manusia berbuat maaruf dan meninggalkan perbuatan dosa.  Apabila Allah SWT memerintah manusia berbuat maaruf dan meninggalkan dosa sudah tentu Allah SWT tahu bahawa manusia itu memang mampu meninggalkan dosa kerana Allah SWT tidak akan membebankan manusia dengan suatu perintah yang manusia tidak mampu buat
.
Oleh itu sekiranya Syiah mengatakan imam mereka maksum iaitu tidak berbuat dosa serta Allah SWT memelihara mereka daripada perbuatan dosa berdasarkan Surah 33:33 itu, adakah ia bercanggah dengan al-Qur an? Adakah  mereka yang  tidak maksum layak menduduki maqam Imam ummah?
.
6. Syiah didakwa mengkafirkan para sahabat Nabi SAWA.
 Syi’ah tidak mencaci sahabat-sahabat Nabi SAWA tetapi menunjukkan perbuatan mereka yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAWA seperti yang tercatat dalam kitab-kitab sejarah dan Hadith. Mereka menilai dan mengkritik perangai setengah sahabat dengan neraca al-Qur’an dan Hadith Nabi SAWA.]
.
Dan jangan lupa! Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda bahawa terdapat sahabat yang masuk neraka seperti dalam riwayat Sahih Muslim dan Sahih Bukhari [akan dijelaskan di bawah]
.
Apakah kita lupa istilah sahabat juga digunakan dalam al-Qur an untuk teman Nabi Yusuf yang bukan beriman kepada Allah SWT ketika dalam penjara? Sila baca Surah Yusuf untuk memuaskan hati kita (istilah sohibi al-Sijni digunakan=sahabatku dalam penjara[nota:beliau bukan Islam dan bersama Nabi Yusuf AS dalam penjara])
.
Memang Nabi Muhammad SAWA mempunyai sahabat-sahabat yang baik seperti Ammar bin Yasir, Abu Dzar al-Ghifari, Salman al-Farisi dan sebagainya tetapi di Madinah juga ada golongan munafiq yang dipanggil “sahabat” oleh Nabi SAWA seperti Abdullah bin Ubay bin Salool. Dalam Sohih Bukhari juga diriwayatkan bahawa ada segolongan “sahabat” yang bakal masuk neraka ketika berjumpa Nabi Muhammad SAWA di al-Haudh. Nabi SAWA memanggil mereka dengan istilah ‘ashabi’ [sahabatku]. Sila rujuk Sahih Bukhari[Sahih Al-Bukhari, Jilid 4, hlm.94-96];Sahih Muslim, Jilid IV, hadith 2133,2440.]
.
Sahabat yang baik memang kita hormati , sanjungi dan ikuti tetapi sahabat yang jahat seperti Muawiyah yang menentang Imam Ali AS dan mencaci Ali AS di atas mimbar patutkah kita berdiam diri?
.
Bukankah pasukan Muawiyah terlibat membunuh Amar bin Yasir dalam Perang Siffin? Nabi SAWA pernah menyatakan sebuah hadith dalam Sahih Bukhari menyifatkan orang yang terlibat dalam pembunuhan Amar adalah golongan pemberontak dan Rasulullah SAWA bersabda [terjemahan]:…Kamu (Amar) mengajak kelompok itu menuju ke Jannah tetapi kelompok itu mengajak ke neraka.” [Sahih Bukhari, Jilid II,Hadith 462].
.
Al-Qur’an memerintahkan kita taat kepada Ulil Amri – pada ketika itu ialah Imam Ali AS sebagai khalifah yang sah dan wajib ditaati. Adakah tindakan Muawiyah itu selaras dengan ajaran al-Qur’an dan tidak boleh dikritik?Kita ikuti sahabat yang baik dan kita tinggalkan contoh sahabat yang jauh dari ajaran al-Qur’an dan Hadith Nabi SAWA.Sejarah menunjukan bahawa seorang sahabat bernama al-Walid bin Utbah dikaitkan dengan asbabul nuzul ayat 6 Surah al-Hujurat iaitu menyatakan beliau seorang fasiq. Qudamah bin Maz un seorang sahabat Badar dihukum had pada zaman khalifah Umar kerana minum arak seperti dalam riwayat Sahih Bukhari.
.
Jika ada orang yang masih teguh dengan pendirian bahawa semua sahabat adalah ‘adil maka apakah hukumnya Muawiyah mencaci Ali di atas mimbar? Apakah ijtihad Muawiyah boleh sampai mencaci Ali? Sebaliknya orang yang mengkritik Muawiyah dikatakan mencaci sahabat Nabi SAWA? Jika seseorang yang menolak kekhalifahan Abu Bakar dianggap kafir, apakah pula hukumnya orang yang menolak perlantikan Ali setelah ada Hadith al-Ghadir yang menetapkan Ali AS sebagai khalifah selepas Nabi SAWA wafat? Bolehkah umat Islam memilih selain daripada yang telah ditetapkan oleh Rasulnya?
.
Alllah SWT berfirman dalam Surah Hud:113,bermaksud: “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka…”
.
Dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur’an yang menyuruh manusia berbuat adil, dan melarang mereka dari berbuat zalim [nota: standard “adil”atau sebaliknya adalah berpandukan Kitab Allah Azza Wa-Jalla dan tidak ada sesiapa pun dikecualikan hatta para “sahabat” sekalipun].Balasan Allah SWT di akhirat kelak berasaskan segala amalan manusia ketika hidup di dunia – yang baik ke syurga dan yang buruk ke neraka.
.
Ini bermakna istilah “sahabatku”dalam Hadith Nabi SAWA tidak bermakna merujuk kepada semua sahabat [sekiranya jumlah yang hadir pada Haji Wida’ iaitu seramai 140,000 atau 90,000 orang] adalah adil belaka. Sahabat yang adil memang ada seperti Abu Dzar al-Ghiffari yang dinyatakan sendiri oleh Nabi Muhammad SAWA [terjemahan]:” Tidaklah langit menaungi seseorang dan tidak bumi membawa seseorang yang lebih jujur daripada Abu Dzar RA.”[Sunan al-Tirmidzi, Hadith 3889]
.
Begitu juga terdapat segolongan sahabat yang engkar mengikut perintah Nabi SAWA terutamanya selepas Nabi SAWA wafat dan menjadi seteru Ahlul Bayt AS [keluarga Nabi SAWA] seperti yang tercatat dalam kitab-kitab sejarah. Nabi SAWA bersabda seperti yang diriwayatkan dalam Sunan al-Tirmidzi, hadith 3878,[terjemahan]: “Cintailah Allah kerana nikmat-nikmatnya yang diberikan kepadamu dan cintailah aku kerana cinta kepada Allah dan cintailah keluargaku kerana cinta kepadaku.”  Oleh itu sesiapa yang memusuhi Ahlul Bayt AS memang menjadi musuh Rasulullah SAWA dan Allah SWT. Bukankah Allah SWT telah melaknat golongan yang zalim dalam al-Qur’an?   “Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) ke atas orang-orang yang zalim.”[Qur’an: 11: 18]
.
7. Golongan Syiah sering didakwa bukan mengikuti ajaran Ahlul Bayt Nabi Muhammad SAWAW.
semua sarjana fiqh bersepakat bahawa Jaafar al-Sadiq pengasas fiqh Madzhab Syiah Jaafariyyah. Oleh itu dakwaan di atas dibuat atas dasar emosi dan tidak berasaskan akademik.
.
8. Syiah percaya kepada kepada al-Bada.
Tuduhan: Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia (al-Bada’). Ulama Syiah tidak pernah menganggap Allah tidak mengetahui seperti tuduhan-tuduhan yang sengaja menyelewengkan maksud sebenar.  Al-Bada’ tidak bermaksud kejelasan yang sebelumnya samar dinisbahkan kepada Allah SWT
.
Al-Bada’ yang difahami oleh ulama Syiah ialah adalah Allah berkuasa mengubah sesuatu kejadian dengan kejadian yang lain seperti nasikh dan mansukh sesuatu hukum syariah yang tercatat dalam al-Qur’an tetapi al-Bada’ menyangkut tentang sesuatu kejadian [takwini] seperti hidup dan mati dan seumpamanya
.
Misalnya kisah penyembelihan Nabi Ismail AS tetapi kemudian Allah Azza Wa-Jalla menggantikannya dengan seekor kibas.  Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an 13:39 yang bermaksud: ” Allah menghapus apa yang Ia kehendaki dan menetapkan [apa yang Ia kehendaki].
.
dan  di sisinya terdapat Umm al-Kitab [Lauh al-Mahfuzh]."  
Sebuah hadith yang dipetik dari al-Kulaini dalam Kitabul Tauhid, 
Usul al-Kafi, hadith 373. 
Maksudnya:"Allah tidak menerbitkan [bada']  pada sesuatu 
melainkan ianya berada  dalam 
ilmuNya sebelum [Allah menetapkan] berlakunya [bada' tersebut]."
Hadith 374 menegaskan bahwa:
Maksudnya:" Sesungguhnya Allah tidak menerbitkan Bada'
 dari kejahilan[Nya]".
.
Syeikh al-Mufid menulis dalam bukunya Awail Maqalat: ” Apa yang saya fatwakan tentang masalah al-bada’ ialah sama dengan pendapat yang diakui oleh kaum muslimin dalam menanggapi masalah nasakh [penghapusan] dan sebagainya seperti memiskinkan kemudian membuat kaya, mematikan kemudian menghidupkan dan menambah umur dan rezeki kerana ada sesuatu perbuatan yang dilakukan. Itu semua kami kategorikan sebagai bada’ berdasarkan beberapa ayat dan nas-nas yang kami dapatkan dari para Imam.”
.
9. Syiah mengamalkan taqiyah.
Mereka mendakwa taqiyyah bermaksud berpura-pura dan sinonim dengan perbuatan golongan munafiq. Syeikh Muhammad Ridha al-Muzaffar menulis dalam bukunya Aqidah Syiah Imamiyyah:
"Taqiyah merupkan motto Ahlul Bayt AS bermotifkan 
untuk melindungi agama, diri mereka
 dan pengikut mereka dari bencana dan pertumpahan 
darah, untuk memperbaiki keadaan 
kaum muslimin serta penyelarasan mereka, dan 
memulihkan ketertiban mereka."
Mengikut Alamah Tabatabai' dalam bukunya Islam
 Syiah bahawa sumber amalan taqiyah
 ini merujuk juga kepada al-Qur'an seperti 
Surah 3:28, yang bermaksud: "Jangan 
sampai orang-orang beriman menjadikan orang-
orang kafir sebagai teman-teman mereka 
selain orang-orang beriman. Barang siapa yang
melakukan hal itu maka tidak ada 
pertolongan dari Allah kecuali untuk menjaga
 diri terhadap mereka [orang-orang
 kafir] dengan sebaik-baiknya. Allah memperingatkan
 kalian [agar selalu ingat]
 kepadaNya.  Dan kepada Allahlah kalian kembali."
.
Ungkapan menjaga diri terhadap orang-orang kafir dengan sebaik-baiknya diterjemahkan dari
tattaquu minhum tuqatan dan kata tattaquu dan tuqatan mempunyai akar kata yang sama dengan taqiyah.
.
Ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan peristiwa taqiyah Amar bin Yasir yang mencari perlindungan dengan mengaku kafir di hadapan musuh-musuh Islam iaitu dalam Surah 16:106:  Maksudnya:”…..”kecuali orang yang terpaksa, padahal hatinya tetap  tenang dalam beriman…”
.
Jelaslah bahwa taqiyah bukan membawa maksud berpura-pura seperti mana yang sering didakwa oleh orang yang berpura-pura berilmu pengetahuan tetapi sarat dengan kejahilan dan niat yang buruk.
.
10. Mengapa Syi’ah sujud di Tanah Karbala?
Hadith Nabi SAWA yang mulia menjelaskan tentang cara-cara bersujud seperti yang tercatat dalam Sahih Muslim, misalnya hadith nombor 469, [terjemahan]…. Dan di mana saja kamu berada, jika waktu solat telah tiba, maka solatlah, kerana bumi ialah tempat bersujud(masjid) atau hadith nombor 473, [terjemahan] “….Bumi dijadikan suci bagiku [nota: misalnya debu tanah boleh digunakan untuk bertayammum]  dan menjadi tempat sujud [wa ju’ilat ila-l-ardh tuhura wa-masjidan]. Dan memang orang-orang Syi’ah mengikut contoh Imam-imam mereka seperti Imam Ali Zainal Abidin AS dan seterusnya, yang meletakkan tanah Karbala sebagai tempat untuk bersujud
.
Yang patut diingatkan bahawa Syi’ah tidak sujud kepada tanah Karbala. [nota: perbuatan ini tentunya syirik] tetapi di atas tanah Karbala untuk merendahkan diri di hadapan Allah SWT
.
Imam Ja’far al-Sadiq AS ketika ditanya perkara tersebut berkata [bermaksud]: ” ….kerana sujud adalah untuk merendahkan diri di hadapan Allah, oleh itu adalah tidak wajar seseorang itu bersujud di atas benda-benda yang dicintai oleh manusia di dunia ini.” [Wasa’il al-Syi’ah,  Juzuk III, hlm.591] Dalam hadith yang lain Imam Ja’far al-Sadiq AS menjelaskan bahawa: “Sujud di atas tanah lebih utama kerana lebih sempurna dalam merendahkan diri dan penghambaan di hadapan Allah Azza Wa-Jalla.” [Al-Bihar, Juzuk, 85, hlm.154]
.
11. Mengapa Syi’ah tidak boleh menerima Madzhab Ahlul Sunnah Wal-Jama’ah?
As-Sayyid Syarafuddin al-Musawi al-’Amili seorang ulama Syi’ah dengan tegas menjelaskan: “ Bila dalam kenyataannya kami kaum Syi’ah tidak berpegang kepada Madzhab Asy’ari dalam hal usuluddin dan madzhab yang empat dalam cabang syari’at, maka ini sekali-kali bukan kerana kami taksub; bukan pula kerana meragukan usaha ijtihad para tokoh-tokoh madzhab tersebut. Dan juga bukan kerana kami menganggap mereka itu tidak memilikikemampuan, kejujuran, kebersihan jiwa atau ketinggian ilmu dan amal, tetapi sebabnya ialah bahawa dalil-dalil syari’ah telah memaksa kami untuk berpegang hanya kepada madzhab Ahlul Bayt AS, ahli rumah Rasulullah SAWA, pusat Nubuwwah dan Risalah, tempat persinggahan para malaikat, dan tempat turunnya wahyu al-Qur’an
.
Maka hanya dari merekalah kami mengambil cabang-cabang agama dan aqidahnya, usul fiqh dan kaedahnya.Pengetahuan tentang al-Qur’an dan al-Sunnah. Ilmu-ilmu akhlak,etika dan moral.  Hal itu semata-mata kerana tunduk pada hasil kesimpulan dalil-dalil dan bukti-bukti.  Dan sepenuhnya mengikuti petunjuk  dan jejak penghulu para Nabi, Rasulullah SAWA.”[As-Syarafuddin al-Musawi,al-Muruja’at (Dialog Sunnah-Syi’ah, Penerbit Mizan,hlm.17-18]
.
Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata:  "Hadith-hadith yang 
aku riwayatkan  adalah 
dari ayahku.  Dan semua hadith tersebut  adalah
 riwayat dari datukku. Dan semua 
riwayat datukku  adalah dari hadith datukku
al-Husayn AS.  Dan semua riwayat 
al-Husayn AS  adalah dari hadith al-Hasan AS. 
 Dan semua hadith al-Hasan AS 
 dari datukku Amirul Mu'minin Ali AS; 
 dan semua hadith Amirul Mu'minin Ali AS 
adalah dari hadith Rasulullah SAWA.  Dan 
hadith-hadith Rasulullah SAWA  adalah 
Qaul Allah Azza Wa-Jalla." 
[Al-Kulaini,al-Kafi, Juzuk I, hadith 154-14]
.
Bagi Syi'ah, tidak ada dalil bagi seseorang itu untuk menerima selain dari 
Mazhab Ahlul Bayt AS kerana perkara itu telah diputuskan oleh Allah SWT.
.
12. Imam Mahdi AS hidup lebih 1000 tahun
Mereka mendakwa kepercayaan bahawa Imam Mahdi AS 
masih hidup sejak peristiwa ghaib kubra pada tahun 329H adalah 
sesuatu kepercayaan yang karut. Mengapakah mereka lupa bahawa 
Allah SWT telah menghidupkan nabi-nabi terdahulu dengan umur yang
 panjang seperti Nabi Nuh AS dan Nabi Adam AS? Malahan umat Islam 
percaya Nabi Isa AS masih hidup hingga kini sejak beliau diangkat 
ke langit oleh Allah SWT dalam peristiwa beliau diselamatkan
 dari pembunuhan pengikut-pengikutnya. Ini bermakna beliau as 
telah hidup lebih seribu tahun. Pemuda-pemuda Ashabul Kahfi di 
bangkitkan oleh Allah SWT setelah ditidurkan dengan begitu lama.
 Begitu juga umat Islam percaya Nabi Khidir as masih hidup hingga
 kini. Malahan syaitan la'natullah alahi masih hidup sejak makhluk
 ini engkar kepada Allah SWT. Ini bermakna syaitan telah hidup
 lebih lama dari 1,000 tahun. Tidakkah kisah-kisah ini 
menunjukkan bahawa umur panjang bagi Imam Mahdi AS bukanlah
 sesuatu yang mustahil kerana Allah SWT Maha Berkuasa 
bagi perkara yang sekecil itu.
.
13. Aqidah Raja'ah (hidup kembali-di dunia)

Al-Allamah al-Safi menjawab tentang masalah
 rajaah seperti berikut: " Qaul tentang raja'ah itu merupakan
 qaul dari itrah Rasulullah SAWA yang suci. Perbahasan tentang 
masalah ini telah beredar dikalangan mereka dan selain dari 
mereka. Pedoman mereka dalam masalah ini adalah ayat-ayat 
Qur'an dan hadith-hadith yang mereka riwayatkan dengan sanad
 yang turun temurun dari datuk-datuk mereka sampai kepada 
datuk Rasulullah SAWA
.
Kenyataan yang tidak mungkin diingkari oleh para peneliti
 masalah-masalah keislaman adalah bahwa sumber aqidah 
raja'ah itu adalah imam-imam Ahlul Bayt AS yang telah 
ditetapkan kewajipan berpegang teguh kepada mereka 
dengan keterangan dari hadith al- tsaqalain dan lain-lainnya
.
Pihak syiah mengatakan tentang raja'ah secara global. Mereka 
membandingkan hal ini dengan kejadian-kejadian para ummah terdahulu 
seperti yang diceritakan oleh Allah Ta'ala dalam firmanNya, yang 
bermaksud:" Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang yang keluar
 dari kampung halaman mereka, sedang mereka beribu-beribu (jumlahnya) 
kerana takut; maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu," 
kemudian Allah menghidupkan mereka (kembali)...(Al-Baqarah:243)
.
 Ayat yang lain, bermaksud:"
Atau apakah (kamu tidak memerhatikan) orang 
yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi
 atasnya. Dia berkata:" Bagaimanakah Allah menghidupkan kembali 
negeri ini setelah ia roboh?" Maka Allah mematikan orang itu 
selama seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali....
(Al-Baqarah:259) Dan boleh juga mengambil teladan dari 
firman Allah Ta'ala dalam ayat berikut yang bermaksud:" 
Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami 
lenyapkan penyakit yang ada pada dirinya dan Kami kembalikan 
keluarganya kepadanya, dan Kami melipatgandakan bilangan mereka, 
sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan 
bagi semua yang menyembah Allah." (Al-Anbiya:84) Mereka golongan 
syiah mengatakan bahawa hal itu tidak mustahil akan terjadi kepada
 umat ini berdasarkan firman Allah Ta'ala:
.
Maksudnya:” Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan dari tiap-tiap umat segolongan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, lalu mereka dibahagi-bahagikan (dalam kelompok-kelompok).” (Al-Naml:83) Hari yang disebutkan Allah SWT dalam ayat di atas, tentu bukan Hari Qiamat, kerana pada Hari Qiamat Allah membangkitkan semua umat manusia, sebagaimana yang difirmankanNya dalam ayat berikut:
.
Maksudnya:” Dan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun dari mereka.” (Al-Kahfi:47)
Dalam dua ayat di atas, Allah SWT menyatakan bahawa Hari Kebangkitan itu ada dua. Kebangkitan umum dan kebangkitan khusus. Hari yang dibangkitkannya segolongan orang-orang dari tiap-tiap umat itu bukan Hari Qiamat, jadi ia tidak lain adalah Yaumul Raja’ah.
.
Adapun tentang perincian Yaumul Raja’ah itu tidak ada hadith-hadtih sahih yang menyatakannya. Hadith-hadith yang menyebutkan tentang perincian Yaumul Raja’ah adalah hadith-hadith dhaif sama ada dari segi dalalahnya ataupun sanadnya. Pendapat ini juga dinyatakan oleh Lutfollah Saafi Golpayegani dalam bukunya yang bertajuk “Aqidah Mahdi dalam Syi’ah Imamiyyah” menyatakan bahawa hadith-hadith perincian tentang Yaumul Raja’ah adalah hadith-hadith dhaif dan ditolak oleh ulama hadith syi’ah.
.
Aqidah Raja’ah mempunyai asas ajaran dalam al-Qur’an dan dinyatakan oleh para Imam Ahlul Bayt AS, oleh itu adakah wajar kita menolaknya?
.
14. Isu-isu al-Qur’an, Mushaf, dan Wahyu kepada Fatimah AS
Apabila dibicarakan tentang persamaan antara sunnah dan syiah bererti di situ pasti ada perbedaannya.Permasalahannya apa bila ada perbedaan, apakah pegangan kepada satu mazhab menjadi penilai kebenaran dalam mengukur mazhab yang lain? atau di kembalikan kepada Al Quran dan hadis dan mengukurnya secara rasional yang bebas dari ketasuban bermazhab?
.
Tuduhan terhadap syiah bukan satu yang baru dan sepertinya tidak akan berahkir. Setelah membaca banyak buku-buku yang menyalahkan syiah, kami melihat hal ini disebabkan oleh beberapa perkara.
1-       Menilai kebenaran berdasarkan mazhab tertentu.
2-       Menafsir sendiri riwayat syiah tanpa melihat penfsiran ulama syiah tentang hadis tersebut, sehingga natijah yang diambil berdasarkan selera sendiri.
3-       Mengambil kata-kata ulamak sebagai sandaran tanpa menilai kembali pandangan mereka dan suasana mereka mengeluarkan fatwa.
4-       Menungkilkan hadis separuh separuh hingga menyebabkan maknanya berubah.
Tuduhan liar lain :
1- Al Quran
a- makna mushaf
Kebanyakan umat Islam menanggap bahawa perkataan ‘mushaf’ itu senonim ‘Al Quran’. Sedangkan dalam lisan Al Quran dan hadis Rasul tidak sedemikian. Mushaf itu ertinya kumpulan tulisan dan selepas wafat Rasul digunakan untuk ayat-ayat al quran dikumpulkan oleh para sahabat dan juga tulisan-tulisan hadis.
.
Oleh itu jika ada perkataan mushaf dalam riwayat syiah jangan terus menanggap ia adalah Al Quran. Penulis ABC juga ada menungkilkan riwayat dari Al Kafi yang menunjukan bahawa mushaf Fatimah bukan Al Quran tetapi kumpulan khabar yang di sampaikan oleh Jibril.
.
b- Wahyu untuk Fatimah as.
Persoalannya di sini apakah ia mungkin atau tidak? Pertama, kita perlu mengenal maqam Fatimah as. terlebih dahulu. Tiada siapa yang mengingkari bahwa ia adalah penghulu wanita sekian alam, yang paling mulia antara 4 wanita yang termulia. Kedua, apakah Jibril boleh menurunkan wahyu untuk selain nabi. Yang mengatakan tidak bererti ia jahil tentang Al Quran. Dalam surah Ali Imran ayat 42 hingga 45 menceritakan pembicaraan jibril dengan Mariam. Dan Fatimah as. lebih mulia dari Mariam. Riwayat tentang turunnya Jibril pada  Fatimah banyak dalam kitab-kitab syiah. Sudah tentu mereka yang menjauhinya tidak akan meriwayatkan peristiwa tersebut.
.
15. Mazhab Ahlu Sunnah
a- Seperti penulis wahabi  setuju bahawa mazhab ahlu sunnah terbentuk secara evolusi. Malah pengikutnya hari ini pun tidak mengamalkan fatwa Imam-imam mereka baik dari segi fekah maupun akidah secara tulin. Tetapi permasalahnnya bukan di sini tapi pada sumber hukum. Mereka mengenepikan Imam2 Ahlu Bait as. baik dalam fekah maupun akidah. Bagaimana hati boleh aman dengan apa yang di amalkan sedangkan bahtera penyelamat umat Muhammad SAWA ditinggalkan. Bukankah mereka sebagaimana sabda Ar Rasul SAWA. Umpama ahlu baitku di dalam umatku seperti bahtera Nuh siapa yang menaikinya selamat siapa yang meninggalkannya akan tenggelam.
.
b- Para pemerintah yang zalim ketika itu mengambil kesempatan untuk menyebarkan fatwa para mujtahid tersebut dan menakutkan oprang ramai dari mendekati Imam-imam ahlu bait dan ulamak mereka.
.
c- Penutupan pintu ijtihad oleh khalifah yang zalim bukan satu yang pelik tetapi yang pelik adalah apabila para ulama besar ahlu sunnah juga merelakan hal ini seperti Al Ghazali, Sayuti. Ibnu Hajar dll dan akhirnya percobaan membuka pintu ijtihad dianggap dosa besar sebagaimana penulisan hadis pada kurun pertama hijrah dan tidak melaknat Imam Ali pada hari jumaat pada 80 tahun pertama pemerintahan bani umaiyah. Sedangkan proses ijtihad terus subur dalam azhab syiah dan tidak  imbul kekalutan dalam permasalahan mujtahid palsu. Dan para muqalid sentiasa bertaqlid kepada mujtahid yang hidup pada setiap waktu.
.
16. Ahlul Sunnah Wa l-Jama’ah Dan Ahlu Bait AS
Syiah menerima bahwa ahlu sunnah mencintai dan memuliakan ahlu bait, tetapi apakah mereka benar-benar meletakan ahlu bait pada posisi yang Allah SWT telah letakan? Apakah tiada hikmah mengapa mereka disucikan dan diwajibkan kecintaan ke atas mereka dan solat dan selawat tidak diterima tanpa menyebut mereka.  jika ahlu sunnah benar-benar hormati mereka sepatutnya mereka juga perlu menghormati orang-orang yang ikut mereka,bukan menuduh dengan hal-hal tidak benar. Kita diwajibkan untukmengikuti Al Quran, apakah tidak wajib kita mengikuti mereka yang disucikan untuk menjaga Al Quran dan mendampingi Al Quran.
.
17. Ilmu Para Imam AS
Hadis dari Imam Jaffar as Sadeq itu jelas menunjukkan, ilmu yang mereka miliki adalah kurnia Allah bukan mereka memiliki dengan sendiri, kerana ini akan endatangkan syirik. Di dalam surah yunus ayat 20 dan an An’am jelas menunjukkan bahwa yang mengetahui hal yang gaib itu hanya Allah.
Dan dalam surah az zhuruf ayat 4, al Buruj ayat 22, ar radh ayat 39, menunjuk bahawa ilmu Allah itu terletak di kitab almknun, kitabun mubin, umul kitab, luh mahfuz. Ia juga dipanggil Imamul mubin “kulu sha’ain ahsaina hu fi Imamul mubin” walau namanya berbeza ia memiliki hakikat yang sama yaitukhazahna ilmu Allah yang Allah berikan kepada orang2 yang tertentu (surah aj jin ayat 27) dan tidak akan menyentuhnya kecuali yang disucikan (al waqih’ah ayat 79)
dan kita semua tahu yang disucikan hanya ahlu bait (al ahzab ayat 33) Jadi jika ada yang masih tidak faham yang ahlu bait mengetahui yang ghaib atas izin Allah dengan mengunakan dalil-dalil Al Quran yang jelas bererti orang tersebut mahu meletakan dirinya pada jalan kedegilan dan ketasuban.
.
18. Maqam Para Imam AS
a- Di dalam Al Quran membicarakan tugas para Rasul hanya sebagai hanya untuk menyampaikan sahaja (iblaq) dan tidak lebih dari itu. “ma ala Rasul ilal balagh” dan juga surah An Nissa, ayat 165 dan As Syura, ayat 3 dll. Selain dari itu ada ayat-ayat membicarakan satu lagi maqam selain maqam Rasul dan memiliki tugas yang lain dengan tugas rasul iaitu maqam Imam ‘kami jadikan mereka Imam untuk memberi hidayah dengan urusan kami ketika mereka bersabar dan yakin dengan ayat2 kami’ surah as sajadah ayat 24.
.
Ayat di atas jelas menunjukkan sebahagian Rasul di angkat menjadi Imam, satu maqam yang lebih tinggi dari maqam Rasul. Tugas Imam di sini berbeda dengan tugas Rasul yaitu sebagai pemberi hidayah. Nabi Ibrahim sebagaimana dalam surah al Baqarah ayat 124 diangkat menjadi Imam selepas ia menjadi Rasul.Jelas di sini menunjukan maqam Imam lebih tinggi dari maqam Rasul. Persoalanya sekarang apakah maqam Imam ini berterusan? Sudah tentu selagi manusia wujud di atas muka bumi ini selagi itu manusia perlu kepada hidayah dan ini tugas Imam. Dalam surah di atas Allah juga mengangkat zuriah Ibrahim sebagai Imam sebagimana Ibrahim
.
Dalam surah Ar Radh, ayat tujuh, Allah SWT. berfirman “Sesungguhnya kau (Muhammad) pemberi peringatan dan untuk setiap kaum ada yang memberi hidayah” Kami ulangi lagi bahawa tugas memberi hidayah adalah tugas Imam dan hanya Allah yang melantik Imam bukan manusia. Dan ayat ini jelas menunjukan Imam yang dilantik oleh Allah itu berterusan dan maqamnya lebih tinggi dari maqam Rasul. Apakah kita lupa pada satu hadis yang mahsyur yangbermaksud “ulama umatku lebih afdhal dari para nabi bani israel” atau kita menanggap hadis ini daif. Atau hadis yang mengatakan bahawa Nabi Isa as. akan solat dibelakang Imam Mahdi juga tidak benar.
.
b- Apakah pelik apabila kita mengatakan para Imam itu lebih mulia dari Malaikat sedangkan Abu Basyar Adam as. merupakan khalifah pertama dari sekian kahlifah Allah mendapat didikan langsung dari Allah (syarat khalifah Allah) dan menjadi guru kepada para Malaikat dan menjadi sujudan Malaikat, apakah ini tidak menunjukan bahawa maqam insan lebih mulia dari maqam malaikat? apakan lagi maqam imam. Apakah ini bererti mendewakan mereka atau meletakan mereka pada tempat yang sewajarnya? Apakah menjadikan semua sahabat itu adil dan tidak boleh disentuh dan dikritik bukan pendewaan?
.
Dan bila keisalaman dan kekufuran seseorang diukur dengan sahabat? Apakah ini bukan pendewaan terhadap mereka? Apakah segala perubahan yang dilakukan oleh khalifah pertama, kedua, ketiga tidak mengubah hukum Allah? Dan apabila menerima perbuatan mereka dan menolak hukum Allah bukan pendewaan?

One comment

  1. Berbeza dengan ASWJ, Syiah tidak pengumpul2 hadis Syiah tidak menamakan kitab2 mereka sebagai ‘sahih’. Bukhari Muslim misalnya menamakan kitab mereka sebagai sahih, malah ASWJ meletakkan darjah ‘sahih’ kepada 6 kitab hadis utama mereka. Masalah timbul apabila pihak Ahlul Sunnah tidak dapat membezakan antara hadith yang sahih atau sebaliknya dalam kitab-kitab Syiah. Menurut Imam Ja’far al-Sadiq AS hadith yang bercanggah dengan al-Qur’an hendaklah ditolak samasekali. Imam Ja’far al-Sadiq AS meriwayatkan sebuah Hadith dari datuknya Rasulullah SAWA [bermaksud]: ” Setiap Hadith yang kamu terima dan bersesuaian dengan Kitab Allah tidak diragukan datangnya daripada aku dan Hadith-hadith yang kamu terima yang bertentangan dengan Kitab Allah, sesungguhnya bukan datang daripadaku.” [Al-Kulaini, al-Kafi, Jilid I, Hadith 205-5].

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s