Umar bin Khattab menuduh Nabi (s.a.w) meracau dan tidak membenarkan baginda menulis wasiat !!! kudeta terhadap imam Ali AS

Kritikan dan penyelidikan:

Hadis kertas merupakan salah satu permasalahan penting dan asasi yang melibatkan Umar ibni Al-Khattab. Riwayat ini membuktikan bahawa Umar bin Khattab  menuduh Nabi (s.a.w) meracau dan tidak membenarkan baginda menulis wasiat.

Tidak ada yang dapat mempertikaikan sanad-sanadnya kerana hadis ini tercatat di dalam berbagai bab dalam Kitab Sahih Al-Bukhari:

1. Sahih Al-Bukhari, jilid 1 halaman 36, hadis 114, Kitab Al-‘Ilm (كتاب العلم، ب 39 ، باب كِتَابَةِ الْعِلْمِ).
2. Sahih Al-Bukhari, jilid 4 halaman 31, hadis 3053, Kitab Jihad Wa Al-Sair (كتاب الجهاد والسير  ب 176 ،  باب هَلْ يُسْتَشْفَعُ إِلَى أَهْلِ الذِّمَّةِ وَمُعَامَلَتِهِمْ.).
3. Sahih Al-Bukhari, jilid 4 halaman 31, hadis 3168, Kitab Al-Jizyah bab Ikhraj Al-Yahud min Jaziratul ‘Arab (كتاب الجزية باب اخراج اليهود من جزيرة العرب،).
4. Sahih Al-Bukhari, jilid 5 halaman 137, hadis 4431, Kitab Al-Maghazi (كتاب المغازي، باب مرض النبى ووفاته).
5. Sahih Al-Bukhari, jilid 7 halaman 9, hadis 5669 (كتاب المرضى باب قول المريض قوموا عنّى).
6. Sahih Al-Bukhari, jilid 8 halaman 161, hadis 7366 (كتاب الاعتصام بالكتاب والسنة، ب 26 ، باب كَرَاهِيَةِ الْخِلاَفِ).

Ulama Ahlusunnah sentiasa berusaha menjawab riwayat ini, salah satu jawapan yang diberi adalah seperti pertanyaan di atas.

Dalam menghadapi dakwaan begini, hendaklah kita beri perhatian terhadap beberapa noktah iaitu:

Pertama: Pertikaian atas seluruh hadis-hadis Ibnu ‘Abbas

Jikalaulah kita tidak menerima riwayat Ibnu ‘Abbas dalam saat-saat terakhir beliau bersama Rasulullah (s.a.w), maka kita hendaklah menolak seluruh riwayat daripada beliau dalam semua bab fiqh, sejarah, kalam, tafsir dan lain-lain lagi.

Sedangkan himpunan riwayat hadis ‘Abdullah bin ‘Abbas dalam seluruh kitab Ahlusunnah mencapai bilangan 3835 tanpa ulangan, dan 34425 dengan ulangan. Statistik ini diambil daripada software Jawami’ Al-Kalam. Apakah Ahlusunnah mampu mengenepikan semua riwayat ini?

Noktah ke-dua: Ibnu ‘Abbas berusia 15 tahun:

Terdapat perselisihan pendapat tentang usia Ibnu Abbas di zaman kewafatan Rasulullah (s.a.w). Ada yang menyebut sepuluh tahun, tiga belas dan lima belas tahun. Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menulis bahawa usia Ahmad bin Hanbal yang sebenar ialah 15 tahun:

قبض النبي (ص) … وأنا ابن خمس عشرة . وصوبه أحمد بن حنبل.
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، تهذيب التهذيب، ج 5   ص 244 ، ناشر: دار الفكر – بيروت، الطبعة: الأولى، 1404 – 1984 م.

Rasulullah (s.a.w) wafat, sedangkan aku berusia lima belas tahun. Ahmad bin Hanbal mensahihkannya (pandangan ini). – Al-‘Asqalani Al-Syafi’i, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (wafat tahun 852 Hijrah), Tahzibul Tahzib, jilid 5 halaman 244.

Oleh itu jelaslah tidak seorang pun yang boleh menetapkan bahawa usianya hanyalah sepuluh tahun sahaja ketika itu.

Ke-tiga: Ibnu ‘Abbas ‘Hibrul Ummah’

Betapa tingginya ilmu Ibnu ‘Abbas sehinggakan Syiah dan Sunni menerima riwayat beliau untuk beramal dalam bidang tafsir, Fiqh dan lain-lain lagi.

Banyak ulama yang menukilkan puji-pujian terhadap Ibnu ‘Abbas di dalam kitab-kitab Ahlusunnah seperti Ibnu Hajar Al-‘Asqalani dalam syarah Ibnu ‘Abbas berikut:

وقال ابن مسعود: ” نِعْمَ تَرْجُمَانُ الْقُرْآنِ ابْنُ عَبَّاسٍ “…
عن بن عمر قال كان عمر يدعو بن عباس ويقربه ويقول أني رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم دعاك يوما فمسح رأسك وتفل في فيك وقال اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل…
عن عبد الله بن بريدة عن بن عباس قال انتهيت إلى رسول الله وعنده جبريل فقال له جبريل إنه كائن حبر هذه الأمة فاستوص به خيرا.
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، تهذيب التهذيب، ج 5   ص 244 ، ناشر: دار الفكر – بيروت، الطبعة: الأولى، 1404 – 1984 م.

Ibnu Mas’ud berkata: Sebaik-baik penterjemah Al-Quran ialah Ibnu Abbas…

Diriwayatkan Ibnu Umar berkata: Pernah Umar memanggil Ibnu ‘Abbas kepadanya dan berkata: Sesungguhnya aku pernah melihat pada suatu hari Rasulullah (s.a.w) memanggil engkau dan mengusap kepalamu dan memindahkan air liurnya ke dalam mulutmu. Baginda bersabda: Ya Allah, faqihkanlah dia di dalam agama dan ajarkanlah ia tafsir al-Quran.

Abdullah bin Buraidah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Abbas yang berkata: Aku pergi kepada Rasulullah dan di sisi baginda ialah Jibril. Maka Jibril pun berkata kepada baginda bahawa beliau adalah Hibr Ummat (ulama ummat), maka berpesanlah kebaikan untuknya. – Al-‘Asqalani Al-Shafi’i, Ahmad bin ‘Ali bin Hajar Abul Fadhl (wafat tahun 852 Hijrah), Tahzibul Tahzib, jilid 5 halaman 244.

Muhammad bin Sa’ad di dalam Al-Tabaqat Al-Kubra, dan Ibnu Atsir di dalam Asadul Ghabah menulis:

عَنْ لَيْثِ بْنِ أَبِي سُلَيْمٍ، قَالَ: قُلْتُ لِطَاوُسٍ لَزِمْتَ هَذَا الْغُلامَ، يَعْنِي ابْنَ عَبَّاسٍ، وَتَرَكْتَ الأَكَابِرَ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ (ص) فَقَالَ: ” إِنِّي رَأَيْتُ سَبْعِينَ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ (ص) إِذَا تَدَارَءُوا فِي شَيْءٍ صَارُوا إِلَى قَوْلِ ابْنِ عَبَّاسٍ “.
الزهري، محمد بن سعد بن منيع ابوعبدالله البصري (متوفاى230هـ)، الطبقات الكبرى، ج 2   ص 367 ، ناشر: دار صادر – بيروت.
ابن أثير الجزري، عز الدين بن الأثير أبي الحسن علي بن محمد (متوفاى630هـ)، أسد الغابة في معرفة الصحابة، ج 3   ص 297، تحقيق عادل أحمد الرفاعي، ناشر: دار إحياء التراث العربي – بيروت / لبنان، الطبعة: الأولى، 1417 هـ – 1996 م.

Daripada Laits bin Abi Sulaim, beliau berkata: Aku berkata kepada Thawus, engkau tetap bersama anak ini, iaitu Ibnu ‘Abbas, dan meninggalkan para sahabat Rasulullah. Maka beliau menjawab: Aku melihat tujuh puluh daripada sahabat-sahabat Rasulullah (s.a.w), apabila mereka berselisih tentang sesuatu, maka mereka akan merujuk kepada kata-kata Ibnu Abbas. – Al-Zuhri, Muhammad bin Sa’ad bin Mani’ Abu ‘Abdullah Al-Bashri (wafat pada tahun 230 Hijrah), Al-Tabaqat al-Kubra, jilid 2 halaman 367; Ibnu Atsir Al-Jazari, ‘Izzuddin bin Al-Atsir Abi Al-Hasan ‘Ali bin Muhammad (wafat tahun 630 Hijrah), Asadul Ghabah Fi Ma’rifah Al-Shahabah, jilid 3 halaman 297.

Ke-Empat: Riwayat hadis kertas daripada Umar bin Al-Khattab

Sanad hadis kertas tidak hanya terbatas daripada Ibnu ‘Abbas sahaja, namun ada juga yang dinukilkan daripada Umar Ibnu Al-Khattab.

Al-Tabrani di dalam Al-Mu’jam Al-Awshat menulis:

عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، قَالَ: لَمَّا مَرِضَ النَّبِيُّ (ص) قَالَ: ” ادْعُوا لِي بِصَحِيفَةٍ وَدَوَاةٍ، أَكْتُبُ لَكُمْ كِتَابًا لا تَضِلُّوا بَعْدَهُ أَبَدًا “، فَكَرِهْنَا ذَلِكَ أَشَدَّ الْكَرَاهَةِ، ثُمَّ قَالَ: ” ادْعُوا لِي بِصَحِيفَةٍ أَكْتُبُ لَكُمْ كِتَابًا لا تَضِلُّوا بَعْدَهُ أَبَدًا “، فَقَالَ النِّسْوَةُ مِنْ وَرَاءِ السِّتْرِ: أَلا تَسْمَعُونَ مَا يَقُولُ رَسُولُ اللَّهِ (ص) فَقُلْتُ: إِنَّكُنَّ صَوَاحِبَاتُ يُوسُفَ، إِذَا مَرِضَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) عَصَرْتُنَّ أَعْيُنَكُنَّ، وَإِذَا صَحَّ رَكَبْتُنَّ عُنُقَهُ !، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص): ” دَعُوهُنَّ؟ فَإِنَّهُنَّ خَيْرٌ مِنْكُمْ “
الطبراني،  ابوالقاسم سليمان بن أحمد بن أيوب (متوفاى360هـ)، المعجم الأوسط، ج 5   ص 288، ح5338 ، تحقيق: طارق بن عوض الله بن محمد،‏عبد المحسن بن إبراهيم الحسيني، ناشر: دار الحرمين – القاهرة – 1415هـ.

Diriwayatkan daripada Zaid bin Aslam, Umar bin Al-Khattab berkata: Tatkala Rasulullah sakit (s.a.w), baginda bersabda: Bawakan padaku lembaran kertas dan dakwat, akan ku tulis untuk kalian supaya kalian tidak sesat sesat selama-lamanya setelah itu. Ucapan baginda menyebabkan kami sangat tidak senang hati, kemudian baginda bersabda lagi: Bawakan padaku lembaran kertas dan dakwat, akan ku tulis untuk kalian supaya kalian tidak sesat sesat selama-lamanya setelah itu. Kaum wanita di belakang tirai berkata: Tidakkah kalian mendengar apa yang baginda sabdakan? Maka aku pun berkata: Kalian umpama perempuan-perempuan yang bersama Yusuf, ketika Rasulullah sakit kalian mengalirkan air mata, apabila baginda sihat kalian menunggangi tengkuknya!, maka Rasulullah (s.a.w) bersabda: Abaikan mereka? sesungguhnya mereka lebih baik daripada kalian. – Al-Tabrani, Abul Qasim Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub (wafat tahun 360 Hijrah), Al-Mu’jam Al-Awsat, jilid 5 halaman 288, hadis 5338.

Muhammad bin Sa’ad di dalam Al-Tabaqat Al-Kubra menukilkan hadis kertas dalam bentuk yang lain:

عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، قَالَ: كُنَّا عِنْدَ النَّبِيِّ (ص) وَبَيْنَنَا وَبَيْنَ النِّسَاءِ حِجَابٌ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص): ” اغْسِلُونِي بِسَبْعِ قِرَبٍ، وَأْتُونِي بِصَحِيفَةٍ وَدَوَاةٍ أَكْتُبْ لَكُمْ كِتَابًا لَنْ تَضِلُّوا بَعْدَهُ أَبَدًا “، فَقَالَ النِّسْوَةُ: ائْتُوا رَسُولَ اللَّهِ (ص) بِحَاجَتِهِ. قَالَ عُمَرُ: فَقُلْتُ: اسْكُتْنَ فَإِنَّكُنَّ صَوَاحِبُهُ، إِذَا مَرِضَ عَصَرْتُنَّ أَعْيُنَكُنَّ، وَإِذَا صَحَّ أَخَذْتُنَّ بِعُنْقِهِ ! فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص): ” هُنَّ خَيْرٌ مِنْكُمْ ! “
الزهري، محمد بن سعد بن منيع ابوعبدالله البصري (متوفاى230هـ)، الطبقات الكبرى، ج 2   ص 243 ، ناشر: دار صادر – بيروت.

Diriwayatkan daripada Zaid bin Aslam, daripada bapanya, daripada ‘Umar bin Al-Khattab yang berkata: Kami pernah bersama Nabi (s.a.w) dan di antara kami dan para wanita terdapat hijab. Maka Rasulullah (s.a.w) bersabda: Mandikan aku dengan tujuh bekas air, dan bawakan aku dakwat. Akan ku tulis untuk kalian supaya kalian tidak sesat sesat selama-lamanya setelah itu. Maka kaum wanita berkata: Berikan apa yang Rasulullah perlukan. Umar berkata: Maka aku pun berkata: Diamlah, sesungguhnya kalian seperti yang bersama Yusuf, apabila baginda sakit kalian menitiskan air mata, apabila baginda sihat kalian menunggangi tengkuknya. Maka Rasulullah (s.a.w) bersabda: Mereka itu lebih baik daripada kalian. – Al-Zuhri, Muhammad bin Sa’ad bin Mani’ Abu ‘Abdillah Al-Bashri (wafat tahun 230 Hijrah), Al-Tabaqat Al-Kubra, jilid 2 halaman 243.

Ke-Lima: Riwayat kertas daripada Jabir bin ‘Abdullah

Riwayat ini dinukilkan beberapa kali dengan beberapa sanad yang sahih melalui jalur Jabir bin ‘Abdullah Al-Anshari seperti Abu Ya’la Al-Maushili di dalam musnadnya:

حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ، حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ الرَّبِيعِ، حَدَّثَنَا قُرَّةُ بْنُ خَالِدٍ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ، عَنْ جَابِرٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ (ص) ” دَعَا عِنْدَ مَوْتِهِ بِصَحِيفَةٍ لِيَكْتُبَ فِيهَا كِتَابًا لا يَضِلُّونَ بَعْدَهُ وَلا يُضَلُّونَ “، وَكَانَ فِي الْبَيْتِ لَغَطٌ، وَتَكَلَّمَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ فَرَفَضَهَا رَسُولُ اللَّهِ.
أبو يعلي الموصلي التميمي، أحمد بن علي بن المثني (متوفاى307 هـ)، مسند أبي يعلي، ج 3   ص 394، ح1871 ، تحقيق: حسين سليم أسد، ناشر: دار المأمون للتراث – دمشق، الطبعة: الأولى، 1404 هـ – 1984م.

Diriwayatkan daripada Ibnu Numair, daripada Sa’id bin Al-Rabi’, daripada Qurratu bin Khalid, daripada Abi Al-Zubair, daripada Jabir, bahawa tatkala Rasulullah (s.a.w) hampir dengan kewafatannya, baginda meminta lembaran kertas untuk ditulis sesuatu supaya mereka tidak tersesat setelahnya. Maka riuh rendahlah dalam rumah, dan ‘Umar mengatakan sesuatu namun ditolak oleh Rasulullah. – Abu Ya’la Al-Maushili Al-Tamimi, Ahmad bin ‘Ali bin Al-Mutsanna (wafat tahun 307 Hijrah), Musnad Abi Ya’la, jilid 3 halaman 394, hadis 1871.

Haitsami setelah menukilkan riwayat tersebut beliau mengatakan:

رواه أبو يعلي وعنده في رواية يكتب فيها كتابا لأمته قال لا يظلمون ولا يظلمون ورجال الجميع رجال الصحيح.
الهيثمي، ابوالحسن نور الدين علي بن أبي بكر (متوفاى 807 هـ)، مجمع الزوائد ومنبع الفوائد، ج 4   ص 215 ، ناشر: دار الريان للتراث/‏ دار الكتاب العربي – القاهرة، بيروت – 1407هـ.

Diriwayatkan oleh Abu Ya’la, dalam riwayat lain menyatakan baginda ingin menulis sesuatu untuk ummatnya supaya mereka tidak menzalimi dan tidak dizalimi. Seluruh rijalnya adalah rijal sahih. – Al-Haitsami, Abul Hasan Nuruddin Ali bin Abi Bakr (wafat tahun 807 Hijrah), Majma’ Al-Zawa’id Wa Manba’ Al-Fawa’id, jilid 4 halaman 215.

Al-Shalihi Al-Shami menulis:

وروى أبو يعلى بسند صحيح عن جابر – رضي الله تعالى عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – دعا عند موته بصحيفة …
الصالحي الشامي، محمد بن يوسف (متوفاى942هـ)، سبل الهدي والرشاد في سيرة خير العباد، ج 12   ص 247 ، تحقيق: عادل أحمد عبد الموجود وعلي محمد معوض، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت، الطبعة: الأولى، 1414هـ.

Abu Ya’la meriwayatkan daripada Jabir dengan sanad yang sahih, sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) meminta lembaran kertas ketika menjelang kewafatannya… – Al-Shalihi Al-Shami, Muhammad bin Yusuf (wafat tahun 942 Hijrah), Subul Al-Huda Wal-Rashad Fi Sirah Khairil ‘Ibad, jilid 12 halaman 247.

Ibnu Al-A’rabi juga menukilkan riwayat ini dengan sanad di bawah:

 (541)- [539] نا مُحَمَّدُ بْنُ سَعْدٍ الْعَوْفِيُّ، نا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَبْدِ الْكَرِيمِ، قَالَ: حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ عَقِيلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ وَهْبِ بْنِ مُنَبِّهٍ، عَنْ جَابِرٍ، أَنَّ النَّبِيَّ (ص): ” دَعَا عِنْدَ مَوْتِهِ بِصَحِيفَةٍ لَنَا لِيَكْتُبَ فِيهَا كِتَابًا لا تَضِلُّوا، قَالَ: فَحَلَفَ عَلَيْهِمْ عُمَرُ، حَتَّى نَقَضَهَا النَّبِيُّ (ص) “
ابن الأعرابي، أبو سعيد أحمد بن محمد بن زياد بن بشر (متوفاى340هـ) معجم ابن الأعرابي ، ج1، ص286، تحقيق: أحمد ميرين سياد البلوشي ، ناشر: مكتبة الكوثر / دار الكتب العلمية ـ الرياض / بيروت، الطبعة: الأولى.

Daripada Jabir, sesungguhnya Nabi (s.a.w) meminta lembaran kertas ketika menjelang kewafatannya untuk baginda menulis supaya mereka tidak tersesat. ‘Umar bersumpah ke atas mereka sehingga Nabi (s.a.w) membubarkan.

Sanad riwayat ini juga tidak bermasalah dan seluruh perawinya tsiqah.

Ahmad bin Hanbal juga menyebut riwayat ini dengan sanad yang lain:

حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا مُوسَى بن دَاوُدَ حدثنا بن لَهِيعَةَ عن أبي الزُّبَيْرِ عن جَابِرٍ أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم دَعَا عِنْدَ مَوْتِهِ بِصَحِيفَةٍ لِيَكْتُبَ فيها كِتَاباً لاَ يضلون بَعْدَهُ قال فَخَالَفَ عليها عُمَرُ بن الْخَطَّابِ حتى رَفَضَهَا .
الشيباني،  ابوعبد الله أحمد بن حنبل (متوفاى241هـ)، مسند أحمد بن حنبل، ج 3   ص 346، ح14768 ، ناشر: مؤسسة قرطبة – مصر.

Jabir berkata: Sesungguhnya Nabi (s.a.w) meminta lembaran kertas untuk ditulis padanya agar setelah kewafatan baginda mereka tidak tersesat selama-lamanya. Maka ‘Umar bin Al-Khattab pun berselisih sehingga menolaknya. – Al-Shaibani, Abu ‘Abu ‘Abdillah Ahmad bin Hanbal (wafat tahun 241 Hijrah), Musnad Ahmad bin Hanbal, jilid 3 halaman 346, hadis 14768.

Oleh itu, jikalau hadis daripada Ibnu ‘Abbas dan ‘Umar tidak dapat diterima, maka kisah ini juga telah diriwayatkan daripada jalan Jabir bin ‘Abdullah dengan persanadan yang sahih.

Ke-enam: Riwayat daripada kanak-kanak dalam sumber-sumber Ahlusunnah.

Sebelum ini kita dapati bahawa Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa Ibnu ‘Abbas di zaman kewafatan Rasulullah (s.a.w) berusia 15 tahun. Namun dalam perkara ini Ahlusunnah sepakat bahawa kanak-kanak berusia tiga belas tahun atau kurang daripada itu boleh menukilkan hadis.

Khatib Al-Baghdadi menulis tentang perkara ini:

وقال قوم الحد في السماع خمس عشرة سنة وقال غيرهم ثلاث عشرة وقال جمهور العلماء يصح السماع لمن سنه دون ذلك وهذا هو عندنا الصواب .
البغدادي، ابوبكر أحمد بن علي  بن ثابت الخطيب (متوفاى463هـ)، الكفاية في علم الرواية، ج 1   ص 54 ، تحقيق: ابوعبدالله السورقي، إبراهيم حمدي المدني، ناشر:المكتبة العلمية – المدينة المنورة.

Ada golongan berkata bahawa batas umur mendengar riwayat ialah lima belas tahun, yang lain pula mengatakan tiga belas tahun. Kebanyakan ulama menganggap sahnya mereka yang berusia kurang daripada ini boleh mendengar hadis, dan pandangan ini adalah sahih menurutku. – Al-Baghdadi, Abu Bakar bin ‘Ali bin Tsabit Al-Khatib (wafat pada tahun 463 Hijrah), Al-Kifayah Fi ‘Ilm Al-Riwayah, jilid 1 halaman 54.

Abdullah bin Zubair berusia sekurang-kurangnya lima tahun ketika menyertai perang Khandak, namun kita lihat di dalam Sahih Muslim dan kitab-kitab lain Ahlusunnah beliau telah menceritakan peristiwa perang Khandak:

حدثنا إسماعيل بن الْخَلِيلِ وَسُوَيْدُ بن سَعِيدٍ كلاهما عن بن مُسْهِرٍ قال إسماعيل أخبرنا عَلِيُّ بن مُسْهِرٍ عن هِشَامِ بن عُرْوَةَ عن أبيه عن عبد اللَّهِ بن الزُّبَيْرِ قال كنت أنا وَعُمَرُ بن أبي سَلَمَةَ يوم الْخَنْدَقِ مع النِّسْوَةِ في أُطُمِ حَسَّانَ فَكَانَ يطأطىء لي مَرَّةً فَأَنْظُرُ وأطأطىء له مَرَّةً فَيَنْظُرُ فَكُنْتُ أَعْرِفُ أبى إذا مَرَّ على فَرَسِهِ في السِّلَاحِ إلى بنى قُرَيْظَةَ.
النيسابوري القشيري ، ابوالحسين مسلم بن الحجاج (متوفاى261هـ)، صحيح مسلم، ج 4   ص 1879، ح2416، كتاب فضائل الصحابة، باب من فضائل طلحة والزبير ، تحقيق: محمد فؤاد عبد الباقي، ناشر: دار إحياء التراث العربي – بيروت.

Ismail bin Al-Khalil dan Suwaid bin Sa’id, kedua-dua mereka meriwayatkan daripada Ibnu Mushir, daripada Hisham bin ‘Urwah, daripada ayahnya, daripada ‘Abdullah bin Al-Zubair yang berkata: Aku dan ‘Umar bin Abi Salamah bersama para wanita di hari peperangan Khandaq dalam kubu Hassan. Kadang-kadang ia menaiki belakangku untuk menjeguk, kadangkala aku menaiki belakangnya untuk melihat peperangan. Aku kenal ayahku apabila beliau bersenjata dan berada di atas kuda yang menuju ke arah Bani Quraizah. – Al-Nisyaburi Al-Qusyairi, Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj (wafat tahun 261 Hijrah), Sahih Muslim, jilid 4 halaman 1879, hadis 2416.

Nawawi dalam syarah hadis ini berkata:

وفي هذا الحديث دليل لحصول ضبط الصبي وتمييزه وهو بن اربع سنين فان بن الزبير ولد عام الهجرة في المدينة وكان الخندق سنة اربع من الهجرة على الصحيح فيكون له في وقت ضبطه لهذه القضية دون اربع سنين وفي هذا رد على ما قاله جمهور المحدثين انه لا يصح سماع الصبي حتى يبلغ خمس سنين والصواب صحته متى حصل التمييز وان كان بن اربع أو دونها.
النووي الشافعي، محيي الدين أبو زكريا يحيى بن شرف بن مر بن جمعة بن حزام (متوفاى676 هـ)، شرح النووي علي صحيح مسلم، ج 15   ص 189 ، ناشر: دار إحياء التراث العربي – بيروت، الطبعة الثانية، 1392 هـ.

Hadis ini menunjukkan kanak-kanak dapat merakam dan membezakan,  meskipun berusia empat tahun. Sesungguhnya Ibnu Zubair lahir pada tahun pertama Hijrah di Madinah dan perang Khandaq tercetus pada tahun empat Hijrah menurut pandangan yang sahih. Maka beliau meriwayatkan peristiwa ini ketika belum mencapai usia empat tahun. Oleh itu perkara ini menolak kata-kata majoriti ulama hadis bahawa tidak sah mendengar hadis daripada kanak-kanak melainkan sesudah usia lima tahun. Yang benar tentang bila seseorang itu boleh meriwayatkan hadis ialah ketika ia dapat membezakan (Mumayyiz) meskipun anak yang berusia empat tahun atau kurang. – Al-Nawawi Al-Shafi’i, Muhiyuddin Abu Zakaria bin Syarf bin Mur bin Jum’ah bin Hizam (wafat tahun 676 Hijrah), Syarh Al-Nawawi ‘Ala Shahih Muslim, jilid 15 halaman 189.

Apabila ‘Abdullah bin Zubair berusia empat tahun boleh menukilkan hadis dan riwayatnya terdapat di dalam Sahih Muslim, mengapakah Ibnu ‘Abbas yang berusia lima belas tahun tidak dapat diterima riwayatnya?

Neraca timbangan penukilan hadis daripada kanak-kanak menurut perspektif Ahlusunnah Wal Jama’ah:

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Nawawi bahawa usia tidak penting dalam meriwayatkan hadis, bahkan yang paling utama ialah mumayyiz atau tidak. Namun apakah ciri-ciri seorang anak kecil sudah mencapai peringkat usia mumayyiz?

Khatib Al-Baghdadi menulis tentang perkara ini:

سألت موسى بن هارون الحمال متى يسمع الصبي الحديث قال إذا فرق بين البقرة والحمار. 
البغدادي، ابوبكر أحمد بن علي  بن ثابت الخطيب (متوفاى463هـ)، الكفاية في علم الرواية، ج 1   ص 65 ، تحقيق: ابوعبدالله السورقي، إبراهيم حمدي المدني، ناشر:المكتبة العلمية – المدينة المنورة.

Aku betanya kepada Musa bin Harun Al-Hammal, bilakah seorang kanak-kanak dapat meriwayatkan hadis? Beliau menjawab: Sekiranya ia dapat membezakan antara lembu dan keledai. – Al-Baghdadi, Abu Bakar bin ‘Ali bin Tsabit Al-Khatib (wafat tahun 463 Hijrah), Al-Kifayah Fi ‘Ilm Al-Riwayah, jilid 1 halaman 65.

Perkara ini juga terdapat di dalam catatan-catatan Ahlusunnah seperti berikut:

1. Al-Kurdi Al-Shahrizuri, Abu ‘Amru ‘Uthman bin ‘Abdul Rahman bin ‘Uthman (wafat tahun 643 Hijrah), ‘Ulum Al-Hadits (Muqaddimah Ibnu Al-Shalah), jilid 1 halaman 129.

2. Al-Shakhawi Al-Shafi’i, Shamsuddin Muhammad bin Abdul Rahman (wafat tahun 902 Hijrah), Fath Al-Mugits Syarah Al-Fiyatul Hadits, jilid 2 halaman 15.

3. Al-Abnasi Al-Misri Al-Shafi’i, Abu Ishaq Burhan Al-Din bin Musa bin Ayyub (wafat tahun 802 Hijrah), Al-Shadz Al-Fayyah min ‘Ulum Ibnu As-Shalah, jilid 1 halaman 275.

Sirajuddin Al-Anshari yang terkenal sebagai Ibnu Mulaqqin di dalam kitab Al-Muqni’ menulis tentang perkara tersebut:

وأما كتابته وتقييده فمن حين أهله له ويختلف باختلاف الأشخاص ولا يتقيد بسن مخصوص . فقال موسى بن هارون إذا فرق بين البقرة والدابة.
الأنصاري الشافعي، سراج الدين أبي حفص عمر بن علي بن أحمد المعروف بابن الملقن(متوفاى804هـ)، المقنع في علوم الحديث ، ج 1   ص 290 ، تحقيق : عبد الله بن يوسف الجديع ، ناشر : دار فواز للنشر – السعودية  ، الطبعة : الأولى ، 1413هـ

Adapun penulisannya hendaklah ketika sudah layak dan terdapat ikhtilaf dalam menentukan individu-individu ini dan tidak khusus pada usia tertentu. Musa bin Harun berkata: Ketika dapat membezakan antara lembu dan haiwan melata. – Al-Anshari Al-Shafi’i, Sirajuddin Abi Hafsh ‘Umar bin ‘Ali bin Ahmad terkenal dengan Ibnu Al-Mulaqqin (wafat tahun 804 Hijrah), Al-Muqni’ Fi ‘Ulum Al-Hadis, jilid 1 halaman 290.

Badruddin Al-‘Aini di dalam Syarah Sahih Al-Bukhari menulis tentang perkara begini:

واختلفوا في السن الذي يصح فيه السماع للصغير ، فقال موسى بن هارون الحافظ : إذا فرق بين البقرة والدابة .
العيني الغيتابي الحنفي، بدر الدين ابومحمد محمود بن أحمد (متوفاى 855هـ)، عمدة القاري شرح صحيح البخاري، ج 2   ص 68 ، ناشر: دار إحياء التراث العربي – بيروت.

Ulama berselisih pendapat tentang umur kanak-kanak yang sahih untuk mendengar hadis, maka Musa bin Harun Al-Hafiz berkata: Ketika ia dapat membezakan antara lembu dan binatang melata. – Al-‘Aini Al-Ghaitabi Al-Hanafi, Badruddin Abu Muhammad bin Ahmad (wafat tahun 855 Hijrah), ‘Umdatul Qari Syarah Sahih Al-Bukhari, jilid 2 halaman 68.

Kesimpulan:

Apabila kanak-kanak bawah umur empat tahun yang boleh membezakan antara lembu dan keledai, boleh meriwayatkan hadis sebagaimana anak perempuan yang masih menyusu menjawab persoalan Fiqh, maka apa masalahnya Ibnu ‘Abbas meriwayatkan hadis ketika berusia lima atau sehingga sepuluh tahun?

*Pembaca yang budiman, sila tinggalkan pesanan dalam komen sekiranya terdapat kesilapan bahasa atau terjemahan

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s