Wahabi protes pembelaan terhadap Al-Quran Persidangan Membela Al-Quran di Norway diserang Wahabi

Wahabi protes pembelaan terhadap Al-Quran
Persidangan Membela Al-Quran di Norway diserang Wahabi
Persidangan Membela Al-Quran di Norway diserang Wahabi
Persidangan Membela Al-Quran yang akan dilangsungkan di Norway mendapat tentangan hebat kumpulan Wahabi menerusi beberapa laman web mereka.

Muhammad Azhar, jurubicara penganjur persidangan ini menyatakan rasa hairan dengan tindakan kumpulan Wahabi di beberapa negara Eropah. Beliau mengatakan, “Persidangan ini diadakan hanya untuk mempertahankan nilai-nilai Al-Quran yang menghadapi serangan anti-kitab suci Islam”.

Beliau menambah, “Saya sangka kumpulan-kumpulan Kristian dalam negara-negara Scandinavia dan beberapa negara Eropah akan mengharamkan dan menyerang persidangan ini, namun di saat ini kami menyaksikan serangan-serangan berasal daripada tindakan individu yang menggunakan nama Islam”.

Muhammad Zahir menyatakan kekesalan atas propaganda negatif Wahabi terhadap persidangan ini. Beliau menyifatkannya sebagai usaha pecah belah dan fanatik Mazhab. Menurut beliau, “Organisasi Pemuda Islam Norway dibentuk atas nama agama oleh para pemuda Islam dari negara-negara Pakistan dan Somalia. Di kalangan mereka terdapat pengikut mazhab Syiah dan Sunni yang akan berkerjasama menjayakan persidangan ini. Namun yang penting ialah Wahabi tidak mempunyai tempat di dalam organisasi ini”.

Persidangan yang akan berlangsung di Universiti Oslo, ibnu negara Norway pada 19 November ini bertujuan menerangkan hakikat sebenar tentang Al-Quran dan ajaran kemanusiaan sebagai mukjizat Nabi (s.a.w) sepanjang zaman.

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s