Yazid bin Mu’awiyah Dinasti Umayyah Andalan HTI :: 1. Peminum arak 2. Pembunuh sahabat 3. Penyerang Makkah dan Madinah 4. Yang mengarahkan pembunuhan Hussain(a)


Salamun Alaikum wa rahmatollah

Di zaman kebangkitan aliran Wahabi ini, kita dapat menyaksikan naiknya nama-nama penentang Ahlulbait(a), terutamanya dengan 2 personaliti yang terkenal dengan kebenciannya terhadap Ahlulbait(a). Tidak lain dan tidak bukan, Muawiyah dan Yazid. Agak menghairankan mengapa mereka begitu terdesak dalam menaikkan nama mereka sehingga terpaksa mengorbankan nama baik Ahlulbait(a) Nabi(s) yang merupakan salah satu dari tinggalan kepada umat agar tidak sesat sehingga ke akhir zaman.

 

Tambah menghairankan, pegangan memuliakan Yazid ini, malah meletakkan doa gelaran “radiallahuanhu” kepada pembunuh ini, nyata tidak dipegang oleh ulama Sunni yang terdahulu. InsyaAllah kita akan bincangkan.
Imam Ahmed meriwayatkan dari Sa’ib bin Khalad (RA) bahawa Rasulullah(sawa) bersabda: Barangsiapa yang menyebarkan kezaliman dan menakutkan penduduk Madinah, maka Laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia ke atas orang tersebut. [Musnad Ahmed bin Hanbal seperti diriwayat oleh Imam Ibn Kathir dalam Al Bidayah Wal Nihayah Jilid 8 halaman 274]

Quran juga turut merekodkan: Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina.

 

Agaknya, apakah perkara yang lebih tidak diredhai oleh Nabi(sawa), dari pembunuhan cucunda bagida(s) sendiri?
=========================================================

1. Jenayah kejam oleh Yazid yang terkutuk

Imam Ibn Kathir (rah) menulis di dalam kitab Tarikh di bawah peristiwa tahun 63H


فقال ابن الزبير يا هؤلاء قتل أصحابكم فانا لله وإنا إليه راجعون

وقد أخطأ يزيد خطأ فاحشا فى قوله لمسلم بن عقبة أن يبيح المدينة ثلاثة أيام وهذا خطأ كبير فاحش مع ما انضم إلى ذلك من قتل خلق من الصحابة وأبنائهم وقد تقدم أنه قتل الحسين وأصحابه على يدى عبيد الله بن زياد وقد وقع فى هذه الثلاثة أيام من المفاسد العظيمة فى المدينة النبوية مالا يحد ولا يوصف مما لا يعلمه إلا الله عز وجل وقد أراد بارسال مسلم بن عقبة توطيد سلطانه وملكه ودوام أيامه من غير منازع فعاقبه الله بنقيض قصده وحال بينه وبين ما يشتهيه فقصمه الله قاصم الجبابرة وأخذه أخذ عزيز مقتدر وكذلك أخذ ربك إذا أخذ القرى وهى ظالمة إن أخذه أليم شديد

Ibn Zubayr telah berkata: Wahai manusia, sahabat kalian telah dibunuh – Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun

“Yazid telah melakukan satu kesilapan yang sangat menjelekkan, dengan mengarahkan Muslim Bin Uqbah menjadikan “Madinah” halal untuk 3 hari. Ini adalah kesalahan beliau yang paling besar dan paling menjijikkan. Ramai para sahabat dan anak-anak mereka dibunuh. Telah diterangkan juga, Yazid telah mengarahkan Ubaidillah Ibnu Ziyad untuk membunuh cucunda Rasulullah(s) dan para sahabatnya. Dalam tempoh 3 hari itu, jenayah keji telah terjadi di Madinah yang mana tiada siapa yang mengetahui kecuali Allah swt. yazid mahu menjamin kekuasaannya dengan menghantar Muslim Bin Uqbah tetapi Allah telah menginginkan bertentangan dengan kehendaknya dan menghukumnya. Sunnguh, Allah telah membunuhnya…tanpa ragu genggaman Allah itu ketat dan menyakitkan.[Al Bidayah Wal Nihayah, Jil 8 Hal 283]
=========================================================

2. Ibnu Ziyad juga memprotes Yazid

Jenayah yang dilakukan oleh Yazid adalah begitu keji sehingga anjing suruhan beliau yang paling setia sendiri(Ibnu Ziyad) memprotes tindakan beliau.

كان يزيد كتب إلى عبد الله بن زياد أن يسير إلى الزبير فيحاصره بمكة فأبى عليه وقال والله لا أجمعهما للفاسق أبدا أقتل ابن بنت رسول الله ص وأغزو البيت الحرام وقد كانت أمه مرجانة قالت له حين قتل الحسين ويحك ماذا صنعت وماذا ركبت وعنفته تعنيفا شديدا قالوا وقد بلغ يزيد أن ابن الزبير يقول فى خطبته يزيد القرود شارب الخمور تارك الصلوات منعكف على القينات

Apabila Yazid menulis kepada Ibnu Ziyad agar beliau menuju ke Mekah dan mengepung Ibnu Zubair, beliau telah mengingkarinya dan berkata: “Demi Allah, aku tidak akan menyatukan dua perkara untuk seorang fasiq(Yazid). Aku sudah membunuh anak Rasulullah(s) atas arahan beliau, dan kini beliau mahu aku melancarkan perang ke atas Baitul Haram?” Bagaimanapun ketika beliau telah menyahidkan Imam Hussain(a), ibu beliau, Marjanah berkata kepada beliau, “Semoga kamu mati! Beratnya jenayah yang telah kamu lakukan.” Yazid telah diberitahu bahawa Ibnu Zubair, di dalam ucapannya kerap mengatakan Yazid itu seorang penipu, pemabuk, seorang yang meninggalkan solat, dan seorang yang tinggal bersama perempuan yang menyanyi.[Al-Bidayah Wal Nihayah, Jilid 8, Hal 279]

Imam Ibn Kathir (rah) tambah meriwayatkan:

ثم أباح مسلم بن عقبة الذى يقول فيه السلف مسرف بن عقبة قبحه الله من شيخ سوء ما أجهله المدينة ثلاثة أيام كما أمره يزيد لا جزاه الله خيرا وقتل خيرا خلقا من أشرافها وقرائها وانتهب أموالا كثيرة منها ووقع شر وفساد عريض على ما ذكره غير واحد فكان ممن قتل بين يديه صبرا معقل بن سنان وقد كان صديقه قبل ذلك ولكن أسمعه فى يزيد كلاما غليظا فنقم عليه بسببه

Dan Muslim bin Uqba, yang turut dikenali dengan nama As Saif Musraf Bin Uqba, semoga Allah membalas ketua kejahatan dan kejahilan ini, beliau telah menjadikan Madinah halal selama 3 hari di bawah arahan Yazid. Semoga Allah juga memberi balasan serupa kepada Yazid, beliau telah menyebabkan ramai orang soleh mati, dan telah merompak banyak sekali amwaal di Madinah. Telah diriwayatkan dengan banyak sekali bahawa beliau telah menyebabkan banyak Shar dan Fasad. Turut disebutkan bahawa Hadhrat Muafl bin Sanan(ra) telah diikat dhadapan Ibnu Uqbah dan dibunuh… [Al-Bidayah Wal Nihayah, Jilid 8, Halaman 280]

=========================================================

3. Keganasan Yazid terhadap Tabiin besar Sa’id Ibn Musaib (rah)

قال المدائنى وجىء إلى مسلم بسعيد بن المسيب فقال له بايع فقال أبايع على سيرة أبى بكر وعمر فأمر بضرب عنقه فشهد رجل إنه مجنون فخلى سبيله

Al Mudaini berkata: Sa’id Ibn Musaib telah dibawa kepada Muslim Bin Uqbah dan diminta memberi bai’ah. Sa’id berkata: “Aku akan memberi bai’ah atas sirah Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina Umar. Muslim mengarahkan agar beliau dibunuh, namun ada seorang mengatakan bahawa Sa’id adalah seorang yang gila(demi untuk menyelamatkannya), oleh itu beliau dibiarkan”. [Al Bidayah Wal Nihayah, Jilid 8, Halaman 281]

 

=========================================================

4. Shaykh ul Islam Ibn Hajr al-Asqalani (rah)

 

Imam Ibn Hajr telah membuat keseluruhan tajuk di dalam kitab beliau al-Imta bil al-Arb’ain sebagai “menghantar laknat kepada Yazid.”(لعن يزيد)”

وأما المحبة فيه والرفع من شأنه فلا تقع إلا من مبتدع فاسد الاعتقاد فإنه كان فيه من الصفات ما يقتضي سلب الإيمان عمن يحبه لأن الحب في الله والبغض في الله من الإيمان والله المستعان

dan meninggikan beliau(Yazid) tidak dilakukan oleh seseorang melainkan beliau adalah seorang sesat, kerana imannya terbatal disebabkan Yazid mempunyai sifat yang sedemikian rupa yang membuatkan pencintanya layak untuk menjadi seorang yang tidak beriman, kerana mencintai dan membenci kerana Allah, adalah lambang keimanan.”[Penerbit: Dar ul Kutb al iLmiyyah, Beirut, Lebanon,  al-Imta bil al-Arba’in al-Matbainatus Samah (الإمتاع بالأربعين المتباينة السماع),  Imam Ibn Hajr al Asqalani (rah), Tarikh cetakan: 1997, Halaman 96]

قال يحيـى بن عبد الملك بن أبـي غنية أحد الثقات، ثنا نوفل بن أبـي عقرب ثقة قال: كنت عند عمر بن عبد العزيز فذكر رجل يزيد بن معاوية، فقال: قال أمير المؤمنين يزيد، فقال عمر: تقول أمير المؤمنين يزيد، وأمر به فضرب عشرين سوطاً

Yahya Bin Abdul Mulk Bin Abi Ghania, yang merupakan antara perawi yang tsiqah, telah mendengar dari Nawl Bin Abi Aqrab, yang merupakan seorang tsiqah, meriwayatkan: “Di dalam satu majlis Umar bin Abdul Aziz, orang ramai bercakap tentang Yazid bin Muawiyah, seseorang di antara mereka menyebut Yazid dengan gelaran Amirul Mukminin, mendengar perkara ini, Umar menjadi marah lalu mengarahkan orang itu disebat 20 kali.”[Imam Ibn Hajr al Asqalani, Tahdhib ut Tahdhib, Jilid No. 6, Halaman No. 313]. 

=========================================================

5. Imam Jalal ud din Suyuti (rah) in Tarikh ul Khulafa

Beliau menyatakan: “Kamu(Imam Hussain) telah syahid dan kepalamu telah dibawa kepada Ibnu Ziyad di atas pinggan. Semoga Allah melaknat pembunuh mu, Ibnu Ziyad dan ke atas Yazid.” [As-Suyuti in Tarikh ul Khulafa, Page No. 165]

Klik di sini untuk rujukan scan (32)

Imam as Suyuti menulis: Nawfl Bin Abi Firaat berkata, suatu hari beliau duduk bersama Khalifah Umar bin Abdul Aziz apabila seseorang memanggil Yazid dengan gelaran Amirul Mukminin, menyebabkan kemarahan Umar dan mengarahkan agar orang itu disebat 20 kali. Pada tahun 63H, Yazid telah mendapati penduduk Madinah telah menolak beliau dan sedang bersiap sedia untuk berperang dengan beliau. Mengetahui perkara ini, Yazid menghantar gerombolan tentera yang besar ke Madinah dan mengisytiharkan perang ke atas penduduknya. Selepas merampok Madinah, tentera itu digerakkan pula untuk membunuh Abdullah bin Zubair di Makkah, maka terjadilah insiden Hurra. Tahukah kamu apa itu al Hurra? Berkenaan dengan perkara itu, Hassan(seorang tabiin) berkata: “Apabila Madinah di serang, tiada seorang pun yang selamat dari serangan itu. Ramai sekali para sahabat yang dibunuh, Madinah di rompak dan ribuan dara di rogol.” Inna lillah wa inna ilaihi rajiun.

Rasulullah(sawa) bersabda: Barangsiapa yang menyebarkan kezaliman dan menakutkan penduduk Madinah, maka Laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia ke atas orang tersebut. Sebab penduduk Madinah tidak memberi Bai’ah kepada Yazid adalah kerana beliau telah terlibat dengan terlalu banyak dosa. Imam Waqidi meriwayatkan dari Abdullah Bin Khazlatal Ghusail(seorang sahabat) bahawa beliau berkata: “Demi Allah, kami tidak memberontak terhadap Yazid sehingga kami menjadi pasti bahawa kami akan dihujani oleh batu dari langit. Para penyokong Yazid mula bernikah dengan ibu, adik beradik dan anak-anak mereka, mereka mula minum arak secara terbuka dan meninggalkan solat!

Imam Dhahabi berkata: “Apabila Yazid melakukan perkara sedemikian dengan penduduk Madinah, walaupun beliau telah melakukan dosa-dosa ini jauh sebelum itu, penduduk Makkah juga turut memberontak terhadap beliau dari 4 bahagian dan kemudian Allah mencabut barakah dari hidup Yazid..”(As-Suyuti, Tarikh ul Khulafa, Halaman No. 167) 

Klik sini untuk rujukan scan (33)

Cukup dulu sampai di sini. Ada banyak lagi sebenarnya pendapat para ulamak Sunni yang lain, cuma, jika seseorang itu berfikiran terbuka dan ikhlas mencari kebenaran, maka walaupun satu dalil sudah cukup membuka hatinya. Bagaimanapun, kepada puak Nasibi terlaknat, maka beribu hujah pun tidak akan berguna. Begitulah nasib Para Nabi(a) terdahulu, yang mana bila di minta bukti kenabian, mereka menunjukkan mukjizat, setelah ditunjukkan mukjizat, maka dituduh sebagai ahli sihir pula. Kesimpulannya:
  1. Peminum arak
  2. Pembunuh sahabat
  3. Penyerang Makkah dan Madinah
  4. Yang mengarahkan pembunuhan Hussain(a)

Kepada para Syiah Yazid, bersedialah untuk dibangkitkan bersama beliau, yang mana kemungkinan besar, bukanlah dalam keadaan baik. Wallahualam

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s