Rasulullah tidak pernah menjanjikan syurga kepada SAHABAT yang mengingkari suruhan Allah, Rasul dan Ahlul Bait baginda. Syi’ah mengasingkan diri dari mereka.

adanya hadis hadis seperti  10 sahabat dijamin masuk sorga  yang membuat Sunni selalu berburuk sangka kepada Syi’ah.

Permasalahannya pihak Sunni sendiri kurang teliti atau kritis terhadap hadis hadis  yang ada dalam kitab hadis  hadis Sunni sendiri.

Banyak sekali hadis2 yang menempatkan para sahabat itu seolah-olah tidak ada celanya dan tidak boleh diganggu gugat. Kira2 selevel dg Nabi. Padahal kenyataannya sebaliknya. Ada yang saleh tapi juga banyak yang fasik.

Jadi ketika orang Syi’ah mengkritik salah satu sahabat, maka orang Sunni yang sudah “terdoktrin” dg hadis2 spt itu, maka mereka marah dan menuduh orang2 Syi’ah mencaci-maki sahabat. Bahkan untuk masalah ini sudah dibuat pula hadis yang kira2 isinya Nabi tidak membolehkan mencaci maki para sahabat. Hadis ini bertentangan dengan hadis lain yang lebih kuat yang menyatakan bahwa sebagian sahabat masuk neraka (Hadis Al Haudh riwayat Bukhori Muslim).

Seandainya saja para ulama Sunni mau memilah-milah antara hadis yang dhaif/maudhu dg yg sahih khususnya mengenai para sahabat ini, maka paling tidak akan mengurangi kesalah-fahaman yang terjadi selama ini antara Sunni dan Syi’ah.

Maaf, jika anda membaca lagi tulisan yang anda tanggapi maka harusnya anda sadar bahwa, saya bukan dalam rangka mengkafirkan sahabat, tetapi mengkritisi hadis yang digembar-gemborkan sebagai hadis sahih….Jika itu tidak sohih, kenapa masih didengung-dengungkan bahwa hadis jaminan 10 sahabat masuk sorga itu masih terus dilancarkan? Sekali lagi, cobalah telaah dengan kepala dingin ttg kesahihan hadis itu…!?

Tentu anda setuju dengan saya bahwa, Ahlu-Sunnah yang anda akui sebagai mazhab anda itu adalah berdasarkan Sunah Nabi yang sahih bukan? Saya hanya ingin mengajak supaya anda kritis, jangan sampai ke-Ahlusunnah-an anda itu tercampur dengan hadis-hadis bikinan yang gak jelas asal-usulnya, bukan dari baginda Rasul. Karena itu akan membahayakan ke-Ahlisunnah-an anda, juga berbahaya karena pendustaan atas nama baginda Rsul yang mulia.

Mungkin banyak dari saudara-saudara Ahlusunnah yang sering mendengar akan adanya hadis yang menyatakan jaminan Rasulullah terhadap 10 sahabat beliau untuk masuk syurga. Anehnya, hadis yang terkenal itu selain tidak diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, juga tidak pernah dijadikan hujah khalifah pertama dan kedua dalam pemilihan mereka sebagai khalifah. Padahal jika hadis Rasul itu memang benar adanya maka itu juga dapat dijadikan penguat akan sahnya kekhalifahan mereka. Sebelum kita mengkaji dengan lebih dalam tentang hadis ini, adalah lebih elok jika kita mengkaji hujah saudara Sunni kita tentang jaminan syurga oleh Allah kepada para sahabat.

Saudara Sunni membaca ayat Quran berikut bagi menyokong hujah mereka atas adanya khabar gembira dari Allah ke atas para sahabat.

“Tiadalah sama di antara kamu orang yang menafkahkan(hartanya) dan berperang sebelum penaklukan kota(Makkah dengan orang yang lainnya. Mereka itu lebih besar darjatnya dari orang yang menafkahkan hartanya dan berperang setelah penaklukan. Tetapi masing-masingnya itu Allah telah menjanjikan pahala yang baik baginya. Allah mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” Al Quran(57:10)

Mereka mengatakan melalui ayat ini, Allah telah, secara umumnya, menjanjikan syurga kepada para sahabat. Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi kumpulan para sahabat yang lebih istimewa, kerana diberikan berita gembira ini dari mulut Rasulullah saaw sendiri. Mereka inilah yang digelar Ashara Mubashara bil Jannah. 10 yang dijamin syurga.

(http://www.lastprophet.info/en/the-ashara-mubashara-the-ten-companions-promised-/companions-given-the-good-tidings-of-paradise-ashara-mubashara.html)

Walaubagaimanapun, membuat kesimpulan dengan hanya mendasarkan kepada ayat yang umum, jelas hanya boleh dilakukan oleh orang yang tidak pernah membaca atau merenungi ayat-ayat quran yang ditujukan oleh Allah kepada para sahabat dalam artikel saya sebelum ini. Contohnya : “Muhammad itu tidak lebih dari seorang Rasul, seperti Rasul-rasul sebelumnya. Jika Rasul itu mati atau terbunuh, adakah kamu akan kembali menjadi kafir? …..Tetapi Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang berterima kasih.(3:144)

Ayat ini menyebut, Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur, yang juga membawa maksud orang-orang yang mematuhi segala suruhan Rasulullah saaw, taat dan dedikasi pada ajaran dan suruhan baginda. Mereka yang menafkahkan harta serta berperang di jalan Allah sudah semestinya adalah dari kumpulan orang-orang yang berterima kasih ini. Oleh itu, selama mana seseorang sahabat itu hidup dalam keadaan ini dan mati dalam keadaan yang serupa, maka sudah pasti, berita gembira Allah untuknya. Walaubagaimanapun, jika dia kemudiannya memusnahkan segala kebaikan yang pernah di buatnya, maka, perkara yang serupa tidak boleh dikatakan padanya.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suara mu lebih dari suara nabi..kerana takut akan menghapuskan amalan sedang kamu tiada sedar”Al Quran(49:2)

Barangsiapa yang kebaikannya masih berada di dalam diri mereka, maka dia akan selamat. Allah swt akan menghakimi dan mengadili semua mengikut amal yang baik atau buruk yang telah dilakukan semasa di dunia, oleh itu dengan mengatakan semua para sahabat dijanjikan syurga telah melakukan satu ketidakadilan pada Al Quran sendiri.

Saudara dari Ahlul Sunnah mengatakan bahawa Allah telah menjanjikan syurga kepada sahabat-sahabat ini, dan mengkritik sahabat ini adalah satu dosa. Manakala Syiah pula mengatakan semua orang, termasuk para sahabat akan dihakimi dan diadili oleh Allah swt di hari pembalasan dan mendapat balasan yang setimpal dengan amal perbuatan mereka di dunia, serta Rasulullah tidak menjanjikan syurga kepada mana-mana sahabat. Mana-mana mereka yang mengingkari suruhan Allah, Rasul dan Ahlul Bait baginda, haruslah kita mengasingkan diri dari mereka.

Mari kita kembali semula kepada kes kita iaitu Ashra Mubashra, bukan sahaja hadis yang sangat-sangat mencurigakan ini tidak langsung diriwayatkan dari 2 buku utama Sunni iaitu Bukhari dan Muslim, malah ia diriwayatkan di dalam Tarmizi, Abu Dawud dan Ibnu Majah dengan beberapa percanggahan.

  1. Said bin Zaid berkata: Aku bersaksi, aku mendengar Rasulullah bersabda: 10 orang berada di dalam syurga: Nabi di dalam syurga, Abu Bakr di dalam syurga, Thalhah di dalam syurga, Umar berada di dalam syurga, Uthman berada di dalam syurga, Saad bin Malik berada di dalam syurga, dan Abdul Rahman berada di dalam syurga. Kalau kamu mahu aku akan khabarkan yang ke sepuluh? Mereka menjawab: “Siapakah dia?”. Baginda menjawab: “Said bin Zaid.”

Sunan Abu Dawud

  1. Abdul Rahman Bin Auf berkata: Nabi bersabda: Abu Bakr di dalam syurga, Umar di dalam syurga, Uthman di dalam syurga, Ali di dalam syurga, Thalhah di dalam syurga, Zubair di dalam syurga, Abdul Rahman di dalam syurga, Saad bin Abi Waqas di dalam syurga, Said bin Zaid di dalam syurga dan Abu Ubaidah di dalam syurga. Al Tarmizi, Hadis 3747
  1. Said Bin Zaid berkata, 10 orang berada di dalam syurga, Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali, Al Zubair, Thalhah, Abu Ubaidah, AbdulRahman dan Saad Abi Waqas. Mereka bertanya, siapa yang ke sepuluh? Dia menjawab: Kamu bersumpah atas nama Allah, Abu Al Anwar berada di dalam syurga.” Tarmizi memberi komentar bahawa Abu Al Anwar ialah Said bin Zaid.

Dari pada hadis-hadis di atas dapatlah disimpulkan bahawa para sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah(sawa) itu ialah:

  1. Nabi Muhammad (SAW)
  2. Abu Bakr
  3. Umar
  4. Uthman
  5. Ali ibn Abu Talib(as)
  6. Talha
  7. Zubair bin al-Awwam
  8. Saad bin Abi Waqas
  9. Saeed bin Zaid
  10. Abdul Rahman ibn Awf
  11. Saad bin Malik
  12. Abu `Ubaida bin al-Jarrah

Selain dari apa yang saya kata bahawa hadis ini tidak di jumpai di dalam buku hadis utama Sunni, iaitu Bukhari dan Muslim, hadis-hadis ini juga mencabar para pemilik akal yang berfikir:

  • Mereka bersusah payah untuk menghadkan bilangan hanya kepada sepuluh orang, kadang kala mereka meletakkan Saad ibn Abi Waqas, dan kadangkala mereka meletakkan Saad ibn Malik.
  • Versi hadis yang pertama tidak meletakkan Ali dan juga Abu Ubaidah, tidak lupa juga pada Rasulullah yang tidak tersenarai di dalamnya.
  • Hadis yang pertama dan ketiga jelas ialah hadis yang serupa, dari orang yang sama, tetapi seorang disingkirkan dan seorang lagi di tambah dan hanya 7 orang sahaja yang diriwayatkan di dalam Abu Daud.
  • Menyenaraikan Nabi di dalam kumpulan ini membuktikan pemalsuan hadis ini, adakah logik apabila sahabat-sahabat baginda masuk syurga tetapi dirinya ditinggalkan? Baginda tidak perlu menjelaskan hal ini kerana ia sudah termaktub.
  • Kedua-dua perawi ini menceritakan hadis tentang diri mereka sendiri. Keduanya menyenaraikan diri mereka sebagai antara yang di janjikan syurga. Mengikut Islam, apabila seseorang itu memuji orang lain dengan memuji diri sendiri, maka ia tidak akan di endahkan. Juga apabila seseorang itu memberi kesaksian untuk orang lain walhal dalam masa yang sama, mendapat faedah darinya, kesaksiannya akan ditolak.
  • Sejarah menunjukkan kebanyakan dari 10 orang yang dijamin syurga ini, tidak layak mendapat ganjaran sebesar ini, sementara dalam masa yang sama, menyingkirkan ramai lagi para sahabat yang alim, dan tetap pada pendirian mereka sehingga mereka meninggal dunia. Bukhari sendiri langsung tidak meletakkan ruangan khas untuk kemuliaan Abdul Rahman Ibn Awf dan Saad ibn Zaid, sedangkan dia meletakkan kemuliaan untuk Muawiyah, dan 1 hadis untuk Khalid ibn Al Walid.
  • Secara faktanya, Saad bin Malik langsung tidak di kategorikan sebagai 10 sahabat yang paling di hormati Sunni.

InsyaAllah, dalam post saya yang seterusnya, akan saya isukan tajuk tentang hadis, agar kita dapat menilai hadis mana yang patut kita terima dan hadis mana yang kita patut tolak. Bagaimanapun secara ringkasnya, hadis yang bercanggah dengan Quran, sejarah dan logik, adalah hadis yang selayakknya di di tolak mentah-mentah.

Sebelum saya meneruskan, saya ingin bertanya kepada saudara-saudara Sunni saya tentang apa yang mereka dapat fahami dari hadis ini.

  • Orang-orang ini akan masuk syurga setelah dihisab amal mereka, atau secara ringkas, segala amal mereka sehingga mereka mati mendapat keredhaan Illahi.
  • Orang-orang ini akan masuk syurga tanpa dihisab segala amal mereka, atau secara ringkasnya, tidak kira apa amalan dan pengkhiatan yang telah mereka lakukan, Allah swt akan membenarkan mereka ke dalam syurga.
  • Orang-orang ini akan masuk ke syurga setelah menjalani hukuman atas dosa mereka di dunia(jika ada).

Masuk syurga tanpa hisab

Jikalau kamu mempercayai bahawa mereka akan masuk ke syurga tanpa hisab, ini bermakna kamu mengecualikan mereka dari keadilan Allah, dan memberikan sifat maksum kepada mereka.

“Kami letakkan neraca yang adil pada hari kiamat, maka tiadalah teraniaya seseorang sedikit pun. Jika usahanya seberat biji sawi, niscaya kami hadirkan juga. Cukuplah Kami memperhitungkannya.” Al Quran(21:47)

“Allah menciptkan langit dan bumi dengan kebenaran dan supaya dibalas tiap-tiap orang menurut usahanya masing-masing, sedang mereka itu tidak teraniaya.” Al Quran(45:22)

Masuk syurga selepas hisab

Jikalau kamu mempercayai mereka semua akan masuk ke dalam syurga selepas hisab, maka kamu harus mengandaikan bahawa di dalam amalan mereka, tiada langsung amalan buruk, kerana Rasulullah telah menjanjikan syurga kepada mereka. Sekali lagi kamu memberi sifat maksum kepada mereka. Beban kini beralih kepada kamu untuk membuktikan kepada kami bahawa orang-orang ini memang maksum dan tidak melakukan sebarang dosa kepada Allah, Rasulullah(sawa) dan Ahlul Baitnya(as).

Masuk syurga setelah balasan

Jika kamu mempercayai bahawa mereka akan masuk syurga setelah di hukum berdasarkan amalan mereka, maka hadis ini menjadi sia-sia, kerana semua orang lain juga akan di adili dengan cara serupa.

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan hadis-hadis ini diragui. Kami mempercayai bahawa hadis ini direka dan dipalsukan bagi mengangkat kedudukan para musuh Imam Ali as, dan juga keluarga Rasulullah saaw.

Seseorang yang berfikiran waras dan rasional akan mendapati,- tanpa syarat-, adalah sangat tidak logik untuk seseorang yang tidak maksum, dan terdedah kepada kebarangkalian untuk membuat dosa dijanjikan syurga, dan mendapat immuniti dari api neraka. Seseorang yang terdedah kepada dosa adalah sangat tidak boleh di jangka. Jika seseorang yang tidak maksum dijanjikan syurga, maka dia akan mempunyai satu sifat kemahuan untuk melakukan dosa kerana dia menganggap semua dosa beliau tidak akan dihisab di hadapan Allah swt. Jadi adalah tidak logik bagi Rasulullah untuk menjanjikan perkara sedemikian kepada para sahabatnya.

Jika hadis ini benar, mengapa Uthman tidak menggunakan hujah ini keatas orang-orang yang menganggap halal untuk membunuh beliau? Tidak juga mana-mana para sahabat memprotes tindakan membunuh seseorang yang telah dijanjikan syurga walau sebanyak mana kejahatan dan ketidakadilan yang telah beliau lakukan. Malah, adalah haram bagi mereka untuk mendiamkan diri mereka dalam hal ini. Jelaslah bahawa hadis ini telah dipalsukan pada kemudian hari.

Selain itu, apakah yang membuatkan kamu, wahai saudaraku dari Ahlul Sunnah, yakin bahawa 10 orang ini dijanjikan syurga? Thalhah dan Zubair menentang Imam Ali dalam perang Jamal yang mengakibatkan kematian ribuan Muslim, dan ketiga mereka akan berada di dalam syurga? Sejarah telah menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang menentang Imam Ali semuanya berada di jalan yang salah, tidak kira sama kaum musyrikin Mekah, Yahudi Khaibar, isteri Rasulullah atau Muawiyah. Malah Rasulullah sendiri telah bersabda secara berulang-ulang, bahawa sesiapa yang menentang Imam Ali adalah munafik, atau sesiapa yang menentang Ali bererti menentang Rasulullah, yang juga bererti menentang Allah swt!!

Adakah kamu mempercayai bahawa pembunuh dan yang dibunuh keduanya akan berada di dalam syurga, walaupun mereka semasa hidupnya, melancarkan perang antara satu sama lain, yang turut mengorbankan diri mereka bersama ribuan lagi Muslim lain?

Jika hadis ini benar, maka ia adalah wahyu untuk Rasulullah, kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut Rasulullah adalah wahyu(53:3-4), dan sekaligus bermakna bahawa Allah swt telah mengetahui apa yang bakal dilakukan oleh mereka, dan redha dengan tindakan mereka. Tetapi akal kami yang sentiasa mendasarkan kepada pemikiran logika, gagal untuk memahami bagaimana Allah swt redha dengan tindakan mereka yang memanggil Rasulullah nyanyuk, yang menafikan hak anak baginda, membuat bid’ah di dalam agama dll.

Namun, ternyata hadis itu memiliki ‘tanda tanya besar’ yang mengakibatkan kita meragukan kebenarannya. Hadis itu memiliki dua sandaran (sanad) yang kedua-duanya tidak dapat dipercaya.

Sanad pertama hadis itu kembali kepada peribadi yang bernama Humaid bin Abdurrahman bin Auf, di mana kononnya Umaid menukilkan hadis tersebut dari ayahnya sendiri, Abdurrahman. Padahal sewaktu ayahnya meninggal, Humaid masih berusia kanak-kanak, 10 tahun. (Tahdzib at-Tahdzib 3/40)

Sanad kedua kembali kepada peribadi Abdullah bin Dzalim dimana keperibadiannya sangat ditentang oleh para ulama ilmu hadis Ahlusunnah sendiri, seperti: Bukhari, Ibnu ‘Adi, Aqili dan selainnya. (Tahdzib at-Tahdzib 5/236, adz-Dzu’afaa’ al-Kabir 2/267, al-Kamil fi adz-Dzu’afaa’ 4/223)

Jika hadis itu tidak dapat di sahihkan maka masihkah kita akan menggembar-gemburkan keutamaan 10 sahabat itu sebagai “yang mendapat jaminan masuk syurrga” (‘asyrah mubassyariin bil jannah) oleh Allah melalui lisan suci Rasulullah? Pada zaman siapakah dan atas perintah siapakah hadis itu dibuat? Silahkan teliti kembali untuk membuka hakikat pemalsuan hadis atas nama Rasulullah itu…!

Sunni mengatakan di antara ciri-ciri ashra mubashra ialah:

  1. Menjadi antara muslim yang terawal
  2. Berjasa besar kepada Rasulullah dan perjuangan Islam
  3. Berhijrah
  4. Menyertai Perang Badar
  5. Baiyah pada Nabi di Hudaibiyah

Jika apa yang dikatakan adalah benar, maka bolehkah terangkan apakah sumbangan yang telah mereka lakukan? Jika mereka adalah orang-orang yang berhijrah, senarai nama mereka juga dapat dilihat di dalam senarai nama yang meninggalkan Rasulullah di medan perang.

Jika mereka menyertai perang Badar, mereka juga menyertai perang sesama diri mereka.

Jika mereka member perjanjian taat setia kepada Nabi, mereka juga meragui kenabian baginda, semasa mereka mengatakan beginda nyanyuk.

Jika terdapat banyak hadis tentang kemuliaan mereka, maka juga Allah swt mengutamakan mengenai kemuliaan Ahlul Bait, jadi bagaimana boleh kita mengatakan bahawa orang-orang yang menentang Ahlul Bait ini diberikan taraf yang serupa oleh Allah?

Allah swt tidak menjanjikan 10 orang ini syurga, Dia menjanjikan kepada semuanya seperti di dalam ayat ini:

“Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh – dari lelaki atau perempuan – sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.(40:40)

Jikalau kita mengikuti syarat seperti di dalam ayat ini, Allah swt pasti mengabulkan janjinya. Wallahu’alam

Salah satu yang menjadi topik perdebatan dan juga benih permusuhan antara saudara Sunni dan Syiah adalah masalah berkaitan para sahabat. Perkara ini diburukkan lagi apabila berlakunya salah faham dan fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu membantu memburukkan lagi keadaan.

Mereka menuduh Syiah membenci para sahabat, mencaci maki mereka serta mengatakan bahawa Syiah menjatuhkan hukum kafir kepada para sahabat. Tidak hairanlah perselisihan dan pergaduhan sangat mudah terjadi kerana di sebelah pihak, Sunni menganggap semua para sahabat adalah adil dan saksama serta soleh, tanpa sebarang pertimbangan atas kelakuan mereka. Gelaran sahabat diberikan tanpa kompromi kepada sesiapa sahaja dari mereka yang mendampingi Rasulullah sehingga lah kepada mereka yang pernah sekalipun melihat baginda. Manakala Syiah memilih sikap berhati-hati dalam mendefinasikan perkataan “sahabat” serta kepada siapa gelaran ini diberikan. Kami menilai sikap dan perbuatan para sahabat dengan Al-Quran dan Sunnah, untuk mengetahui kedudukan dan integriti sahabat di sisi Islam.

Jadi atas dasar kesatuan Ummah, maka perlu rasanya saya membuat beberapa siri artikel mengenai para sahabat, objektifnya untuk memberi penjelasan tentang pandangan Syiah tentang para sahabat secara umumnya, dan secara terperinci mengenai beberapa sahabat yang sangat-sangat menjadi kontroversi antara kedua puak.

Secara ringkasnya Syiah mengkategorikan para sahabat kepada 3 kumpulan dan kategori mengikut kelakuan dan sikap mereka yang dinilai berdasarkan undang-undang Islam dari Al Quran dan Al Hadis. Syiah juga menilai para sahabat berdasarkan fakta sejarah berkaitan kelakuan sahabat  sebelum Islam, semasa Rasulullah masih hidup dan selepas baginda wafat.

Kategori pertama

Kategori pertama para sahabat ialah para sahabat yang mempercayai Allah, Rasulnya dan telah memberi apa yang termampu untuk Islam. Kumpulam ini mempunyai kedudukan paling tinggi dalam Islam. Mereka sentiasa menyokong Nabi, bersamanya susah dan senang, mempercayai baginda, tidak pernah meragui baginda, sentiasa melaksanakan arahan nabi, tidak pernah mengengkari arahan nabi dan mengeluarkan kata-kata yang menyakiti baginda contohnya mengatakan Nabi bercakap karut, berhalusinasi dan sebagainya.

Kumpulan ini lah yang disebutkan di dalam Quran (48:29)

“Muhammad itu adalah Rasulullah. Orang-orang yang bersama dengannya(mukminin) sangat keras terhadap orang kafir, berkasih sayang sesama mereka, engkau lihat mereka itu rukuk, sujud serta mengharapkan kurnia daripada Allah dan keredhaannya. Tanda mereka itu adalah di muka mereka, kerana bekas sujud. Itulah contoh mereka di dalam taurat. Dan contoh mereka dalam injil, ialah seperti tanaman yang mengeluarkan anaknya, lalu bertambah kuat dan bertambah besar, lalu tegak lurus dengan batangnya, sehingga ia menakjubkan orang yang menanamnya.  Begitu juga orang islam , pada mulanya sedikit serta lemah, kemudian bertambah banyak dan kuat, supaya Allah memarahkan orang-orang kafir sebab mereka. Allah telah menjanjikan ampunan dan pahala besar untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh diantara mereka itu.

Sahabat kategori ini ialah para sahabat yang tiada percanggahan antara kedua-dua pihak. Tidak kira Sunni dan Syiah,bersetuju dengan kemuliaan para sahabat kategori ini, oleh itu, sahabat kategori ini tidak akan dibincangkan di dalam siri artikel ini.

Perhatikan frasa yang telah di bold di atas, “di antara mereka itu”. Jelas sekali penggunaan frasa ini menunjukkan bahawa bukan semua para sahabat nabi tergolong dalam kategori ini seperti yang di war-warkan oleh saudara Ahlul Sunnah. Inilah yang kami cuba untuk nyatakan selama ini, bahawa di antara semua para sahbt nabi, hanya sebahagian sahaja yang mencapai standard yang telah di tetapkan di dalam ayat ini. Antaranya besikap keras terhadap orang kafir dan berkasih sayang antara mereka. Jadi para sahabat yng tidak bersikap keras terhadap orang kafir dan berlemah lembut sesama kaum muslimin tidak jatuh dalam kategori ini. Sekaligus membatalkan kenyataan sesetengah saudara Ahlul Sunnah bahawa ayat ini diturunkan untuk semua sahabat tanpa kecuali.

Contoh para sahabat yang jatuh dalam kategori ini ialah- Ammar Ibn Yassir, Miqdad, Malik Al Asytar, Abu Dzar Al Ghiffari dan Salman Al Farisi.

Kategori kedua

Kategori kedua ialah para sahabat yang memeluk Islam dan mengikuti Rasulullah samada kerana pilihan sendiri atau kerana ketakutan, dan mereka sentiasa menghargai dan berterima kasih kepada Rasulullah atas keislaman mereka. Bagaimanapun, mereka menyakiti Rasulullah di beberapa peristiwa, dan tidak selalunya mengikuti perintah baginda, malah kerap mencabar perintah baginda, sehingga Allah swt, melalui Quran, harus masuk campur dengan memberi amaran dan mengancam mereka. Allah membuka pekung mereka dalam banyak ayat-ayat Quran, Rasulullah juga banyak menegur mereka dalam banyak hadis. Syiah hanya menyebut kumpulan sahabat ini dengan menyebut perbuatan mereka tanpa sebarang kekaguman.

Para sahabat kategori kedua di terangkan oleh Al Quran dalam banyak ayat, walau bagaimanapun saya akan menulis artikel yang berasingan bagi tajuk ini agar tidak terlampau memanjangkan artikel. Berikut ialah beberapa potong ayat dari kitab suci Al Quran yang menyebut tentang mereka.

“Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu bila dikatkan padamu: Berperanglah kamu di jaln Allah, lalu kamu berlambat-lambat duduk di tanah? Adakah kamu lebih suka kepada kehidupan dunia lebih dari akhirat? Maka tidak adalah kesukaan hidup di dunia, di perbandingkan dengan akhirat melainkan sikit sekali. Jika kamu tiada mahu berperang, niscaya Allah akan menyiksamu dengan azab yang pedih dan dia akan menukarkan kamu dengan orang lain” (9:38-39)

Ayat di atas menceritakan mengenai ada sesetengah sahabat yang berasa malas untuk berjihad sehingga Allah swt mengancam mereka dengan azab seksa di akhirat. Ini bukanlah satu-satunya peristiwa mereka di tegur.

“Jika kamu berpaling, maka Allah akan menukar kamu dengan kaum yang lain dri mu.” (47:38)

Bolehkah anda terangkan siapakah yang dimaksudkan dengan kamu di dalam ayat di atas? Allah juga berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suara mu lebih dari suara nabi..kerana takut akan menghapuskan amalan sedang kamu tiada sedar”(49:2)

Walaupun perintah Allah seperti diatas, kita dapati masih terdapat kes-kes dimana para sahabat menentang perintah nabi yang dapat kita lihat dalam sejarah seperti:

  1. Kes tawanan perang badar, apabila Rasulullah mengarahkan pembebasan mereka dengan dibayar fidyah.
  2. Perang Tabuk dimana ketika Rasulullah mengarahkan unta di sembelih untuk menyelamatkan nyawa mereka.
  3. Ketika Perjanjian Hudaibiyah, para sahabat ragu kepada kenabian
  4. Perang Hunain, di mana para sahabat menuduh Nabi tidak adil dalam pengagihan rampasan perang.
  5. Ketidakpuasan hati dalam isu perlantikan Usamah Ibnu Zaid sebagai komander tentera sejurus sebelum kewafatan baginda.
  6. Peristiwa Hari Khamis di mana para sahabat menghalang Rasulullah menulis wasiat terakhir baginda dan menuduh baginda meracau.(Na uzubillah)

Dan banyak lagi laporan-laporan dari buku-buku hadis tentang kelakuan para sahabat, yang akan saya pautkan di dalam artikel-artikel saya yang seterusnya. Contoh-contoh para sahabat yang jatuh dalam kategori ini tidak dapat  saya sertakan kerana ia bergantung kepada penilaian individu berdasarkan kelakuan setiap sahabat itu. InsyaAllah, saya juga akan menulis lebih banyak artikel dalam menganalisis keperibadian sahabat Rasulullah secara spesifik, semoga para pembaca boleh membuat pemerhatian sendiri.

Kategori ketiga

Kategori ketiga ialah para munafik yang tidak pernah mempercayai Allah dan Rasulnya, juga golongan yang menjadi murtad selepas nabi. Walaupun begitu kumpulan ini berjaya memasuki dan berada bersama kelompok kaum muslimin, dan melakukan kerosakan dari dalam. Antaranya ialah Abu Sufyan, Muawiyah dan Yazid.

Yazid berkata: “Bani Hashim bermain dengan kerajaan, tetapi tiada wahyu yang di turunkan, malah tiada langsung risalah yang benar.”- Tarikh Al Tabari dan Tadhkirat al Khawas

Abu Sufyan pernah berkata apabila Usman mengambil alih jabatan khalifah:

“Wahai anak-anak Umaiyah! Oleh kerana kerajaan ini telah jatuh ke tangan kita, maka bermainlah dengannya seperti kanak-kanak bermain bola, dan berilah ia di antara satu sama lain di dalam puak kita. Kita tidak dapat memastikan wujudnya syurga atau neraka, tetapi kerajaan ini ialah realiti.- Al Isti’ab, Ibn Abd Al Barr dan Sharh Ibn Abil Hadid.

Muawiyah berkata:

“Aku tidak memerangi kamu agar kamu bersolat, berpuasa atau membayar zakat, tetapi untuk menjadi raja kamu dan menguasai kamu.”- Tadhkirat al Khawas

Ini adalah sebahagian dari contoh yang saya berikan tentang bagaimana ketiga-tiga orang ini meragui beberapa doktrin paling penting dalam Islam. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, saya akan membincangkan dengan lebih detail berkenaan individu-individu ini dalam artikel saya yang lain.

Di dalam Quran, Allah swt banyak memberi amaran dan menceritakan tentang golongan ketiga ini malah memperuntukkan satu surah khas untuk mereka, iaitu surah Al Munafiqun. Berikut adalah contoh ayat mengenai kumpulan ini.

“Muhammad itu tidak lebih dari seorang Rasul, seperti Rasul-rasul sebelumnya. Jika Rasul itu mati atau terbunuh, adakah kamu akan kembali menjadi kafir? …..Tetapi Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang berterima kasih.(3:144)

Ayat ini diturunkan ketika perang Uhud, apabila para sahabat melarikan diri apabila mendengar berita kematian Rasulullah saaw. Hanya beberapa orang sahaja yang masih setia bersama nabi ketika itu kebanyakannya golongan Ansar di antaranya Imam Ali, Abu Bakr, Abd Rahman Ibn Auf,Abu Dujana, Saad ibn Abi Waqas, Assim Ibn Thabit, Saad Ibn Muadh. Bagaimanapun dari sumber-sumber hadis lain antaranya Al-Mustadrak karangan Imam Al Hakim, kita dapat mengetahui bahawa hanya Imam Ali sahaja yang bersama Rasul selama pertempuran berlaku,manakala para sahabat lain yang sama baginda adalah antara yang pertama sampai semula kepada baginda selepas mereka berundur.

“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, nanti Allah akan mendatangkan satu kaum, Allah mengasihi mereka, dan mereka mengasihi Allah, mereka berlemah lembut kepada orang-orang beriman dank eras terhadap orang kafir, mereka berjuang di jalan Allah, tidak taku orang yang mencerca. Demikian itu kurnia Allah, diberikannya kepada siapa yang dikehendaki. Allah luas kurnianya lagi maha mengetahui. (5:54)

Ayat ini menunjukkan adanya kemungkinan para sahabat akan murtad dari agama Islam. Panggilan “Hai orang-orang beriman!”,jelas sekali merujuk kepada kaum muslimin, yaitu para sahabat di zaman Nabi. Jelas sekali gelaran sahabat, sama sekali tidak menjamin seseorang itu dari:

  • Imuniti dari dosa
  • Tahap keimanan yang sama sehingga mati.
  • Akan sentiasa berada dalam Islam sehingga mati.
  • Imuniti dari kemahuan kepada duniawi dan tuntutan hawa nafsu.

Kami Syiah, apa yang kami mahu ungkapkan kepada saudara Sunni hanyalah bahawa, para sahabat juga manusia biasa, terdedah kepada:

  • Dosa
  • Kesilapan
  • Godaan syaitan
  • Godaan nafsu.

Yang menjadikan seorang sahabat itu sahabat ialah apabila dia setia kepada perintah Rasul selama baginda masih hidup dan setelah baginda wafat,  selama nyawa ditanggung badan. Itulah erti sahabat kepada Syiah.

Begitu juga halnya dalam kehidupan harian kita, kita hanya boleh menganggap seseorang itu sebagai sahabat apabila dia bersama kita dalam susah dan senang, setia, sentiasa menjaga hubungannya dengan kita, rahsia kita. Tetapi adakah definasi itu masih boleh dipakai jika tiba-tiba pada suatu hari, sahabat kita berubah, mengaibkan kita, tikam belakang, mengkhianati kita, membocorkan rahsia kita dan meninggalkan kita keseorangan bila kita memerlukan mereka?

Mari kita perhatikan apa kata Rasulullah saaw dalam hal ini secara ringkas melalui hadis-hadis dalam Sahih Al Bukhari.

Rasulullah bersabda:  “Pada hari kebangkitan kamu akan di sambar dari sebelah kiri, dan aku akan berkata: “Kemana mereka di bawa pergi?” Kemudian akan dijawab: “Ke neraka, demi tuhan”. Aku berkata: “Tuhanku! Mereka adalah sahabatku.” Allah menjawab: Kamu tidak tahu apa yang mereka lakukan selepas kamu. Dari waktu kamu pergi meninggalkan mereka, mereka tidak berhenti-henti berubah. Aku menjawab: “Pergilah dengan dia, pergilah dengan dia, celakalah barangsiapa yang mengubah perkara-perkara selepas ku. Dan aku tidak melihat satu pun dari mereka terselamat melainkan dia menjadi seolah-olah kambing yang ditinggalkan.(minoriti)

Diriwayatkan dari Abdullah: “Aku adalah pendahulu mu di telaga kausar, dan sesetengah dari kamu akan dibawa kehadapanku hingga aku dapat melihat mereka, dan mereka akan di bawa pergi dari ku dan aku akan berkata: “Ya Tuhan mereka adalah sahabatku!” Kemudian akan di balas: “Kamu tidak mengetahui apa yang mereka telah lakukan selepas pemergianmu.”

Lihat bagaimana dalam hadis ini Nabi saaw menceritakan apa yang bakal terjadi kepada para sahabatnya,  yang mana berubah dan mengubah selepas wafatnya Rahmatal Lil Alamin. Malangnya mereka tidak akan mendapat keselamatan di Akhirat.

Nabi berkata kepada puak Ansar: “Kamu akan mendapati selepasku sifat kepentingan diri yang tinggi. Oleh itu bersabarlah sehingga kamu bertemu Allah dan Rasulnya di Kautsar.” Anas menambah, “Tetapi kami tidak bersabar.”

Lihat sahaja apa yang dihadapi kaum Ansar selepas wafat nabi dan kaum muhajirun menyingkirkan mereka.

Diriwayatkan dari Al Musayyab: Aku bertemu al Bara Ibnu ‘Azib dan berkata padanya: “Semoga kamu hidup dalam kemakmuran. Kamu menikmati persabatan dengan nabi, dan memberi Nabi perjanjian taat setia di bawah pokok.” Selepas itu Al Bara berkata: “Wahai anak saudaraku, kamu tidak mengetahui apa yang telah kami lakukan selepas baginda.” Fikirkan!!!

Begitulah secara ringkasnya, pandangan Syiah tentang para sahabat. Kami mempunyai definasi yang berbeza mengenai perkataan ‘sahabat’.  Kami tidak mengkaji kelakuan dan sejarah para sahabat untuk memalukan mereka atau mengaibkan mereka. Kami mengkaji adalah demi untuk mencari kebenaran, memastikan pihak yang benar dan pihak yang salah.

Kami mengkaji adalah kerana telah menjadi suruhan Allah swt agar kita mengkaji sejarah, supaya kita dapat mengmbil kebaikan darinya, serta mengelakkan keburukan sebagaimana Allah menyarankan kita mengambil iktibar dari peristiwa sejarah Firaun, Namrud, dan kaum-kaum lain yang diceritakan di dalam Quran, kerana sejarah mereka akan berulang kepada kaum Muslimin, dan telah terjadi di zaman para sahabat, sebagaimana sabda Rasulullah saaw: Kamu akan mengikuti jalan umat terdahulu sebelum kamu, sedikit demi sedikit, walaupun jika mereka memasuki lubang biawak sekalipun, pasti kamu akan mengikuti mereka.” Kami bertanya: “Ya Rasulullah, adakah kamu maksudkan Yahudi dan Nasrani?” Rasulullah saaw menjawab, “Siapa lagi?”

Kami juga mengkaji para sahabat  atas dasar kecintaan kami kepada Ahlul Bait Rasulullah saaw, agar kami tidak mencintai mereka dan dalam masa yang sama redha kepada musuh-musuh mereka. “Tidak wujud di dalam hati kaum Muslimin rasa sayang serta cinta kepada sahabat dan musuh Allah swt.” Imam Ali bersabda: “Seseorang yang menyamakan kami dengan musuh kami bukanlah dari kalangan kami”

Kebanyakan para sahabat yang kalian letakkan di kedudukan tertinggi, semua mereka menyakiti, memerangi, mencaci maki serta membunuh Imam Ali serta Ahlul Bait Nabi yang lainnya. Sedangkan Rasulullah dengan terang bersabda:

“Barangsiapa yang mahu hidup dan matinya seperti ku, dan memasuki syurga yang telah dijanjikan padaku, hendaklah dia mengiktiraf Ali sebagai walinya selepas ku, dan selepas Ali, hendaklah mengiktiraf anak-anak Ali, kerana mereka tidak akan membiarkan kamu di luar pintu petunjuk dan tidak pula membiarkan kamu memasuki pintu kesesatan.” Kanz Al Ummal

“Barangsiapa yang aku ini adalah mawla, maka Ali juga ialah mawla mereka. Ya tuhan, cintailah orang yang mencintai beliau dan musuhilah orang yang memusuhi beliau.”

  • Sahih Tarmizi
  • Sunan Ibnu Majah
  • Khsa’is, an Nisai
  • Al Mustadrak
  • Musnad Inbu Hanbal

“Aku menasihatkan kamu untuk berbuat baik kepada Ahlul Baitku, kerana sesungguhnya aku akan membuat tuntutan dari kamu mengenai mereka di hari perhitungan, dan barangsiapa yang aku berbalah dengannya akan merasa Api. Barangsiapa yang mengenangku dengan mengenang Ahlul Bait ku telah mengambil janji Allah(untuk memasuki syurga)

  • Al Tabaqat
  • Al Sawaiq al Muhriqah

“Barangsiapa yang menghina Ali menghina ku, barangsiapa menghinaku, menghinaku dia menghina Allah, dan barangsiapa menghina Allah, akan dihumban ke dalam neraka.”

  • Mustadrak
  • Khasais
  • Musnad Ibnu Hanbal
  • Tarikh at Tabari.

Didalam Majma’ al Zawa’id, dan Tafsir Suyuti, telah diriwayatkan dari Abu Sa’id al Khudri, berbunyi:

Selama 40 hari Rasulullah pergi ke rumah Fatimah pada waktu pagi lalu berkata “Assalamu’alaika ya Ahlul Bayt, sudah tiba masa solat. Dan selepas itu beliau akan membaca ayat “Allah hanya mengkehendaki…(33:33)” Aku akan berada dalam keadaan berperang dengan sesiapa yang memerangi kamu. Dan aku akan berada dalam keadaan berdamai dengan sesiapa yang mengikuti kamu.”

Hadis-hadis seperti ini terlampau banyak dan diriwayatkan secara mutawattur dari sumber-sumber Ahlul Sunnah juga Syiah. Akhir kata sebagai renungan mari kita amati hadis di bawah:

Fatimah berkata kepada Abu Bakr dan Umar: “Aku bertanya pada kamu dengan nama Allah, bukankah kamu mendengar Rasulullah bersabda, “Kepuasan Fatimah ialah kepuasanku, kemarahan Fatimah ialah kemarahanku, barangsiapa menyayangi Fatimah menyayangi ku, yang memuaskan hati Fatimah memuaskan hati ku, dan barangsiapa yang membuatkan Fatimah marah, membuatku marah.” Mereka menjawab “ya”. Fatimah meneruskan: “Jadi aku memberi kesaksian di hadapan Allah dan para Malaikat yang kamu telah membuat ku marah, dan apabila aku berjumpa Nabi, pasti aku akan mengadukan tentang kamu berdua pada Nabi.”

  • Al Imamah wal Siyasah, Ibnu Qutaybah

…………………………………………………………………………….

Manusia sememangnya telah diketahui suka membuat keputusan, atau menghakimi sesuatu walaupun di dalam keadaan diri mereka belum mengetahui sepenuhnya sesuatu isu itu kerana mereka selalu tersilap. Sebelum kamu menghakimi artikel ini, dan mengumumkan bahawa artikel ini ialah kempen anti sahabat, suka saya mengingatkan sekali lagi, seperti artikel-artikel saya sebelumnya, nama  saya ialah Ammar, di namakan dari seorang sahabat terkemuka Nabi, Ammar ibn Yassir. Rasa benci terhadap sahabat bukanlah sebahagian dari Pegangan Syiah(Islam). Kami menyayangi para sahabat Rasulullah saaw, yang berbuat kebaikan kepada diri mereka dan kepada orang lain.

“Muhammad itu adalah Rasulullah. Orang-orang yang bersama dengannya(mukminin) sangat keras terhadap orang kafir, berkasih sayang sesama mereka, engkau lihat mereka itu rukuk, sujud serta mengharapkan kurnia daripada Allah dan keredhaannya. Tanda mereka itu adalah di muka mereka, kerana bekas sujud. Itulah contoh mereka di dalam taurat. Dan contoh mereka dalam injil, ialah seperti tanaman yang mengeluarkan anaknya, lalu bertambah kuat dan bertambah besar, lalu tegak lurus dengan batangnya, sehingga ia menakjubkan orang yang menanamnya.  Begitu juga orang Islam , pada mulanya sedikit serta lemah, kemudian bertambah banyak dan kuat, supaya Allah memarahkan orang-orang kafir sebab mereka. Allah telah menjanjikan ampunan dan pahala besar untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh diantara mereka itu.
Quran [48:29]

Para sahabat ialah manusia normal yang tidak maksum. Mereka itu tidaklah suci dan bukan pula dihantar oleh Allah swt.  Para sahabat Nabi yang setia bersama Nabi Saaw dan misi baginda, yang kuat berjihad(sughra dan kubra) di jalan Islam, yang melakukan kebaikan kepada diri mereka dan orang lain, sebelum dan selepas kewafatan Rasulullah, akan layak memasuki syurga melalui proses hisab. Dan kepada sahabat-sahabat ini kami memberi penghargaan dan penghormatan kepada mereka.

Walaubagaimanapun, menghormati semua sahabat dan menyayangi mereka semua, serta mendakwa kesemua mereka -tanpa kompromi- benar dan soleh, adalah salah dari segi prinsip asas Quran dan sejarah.Sedangkan Allah sendiri tidak menjanjikan keampunan kepada semua para sahabat, kecuali mereka yang beriman dan melakukan kebaikan, jadi siapalah kita untuk memberikan sifat zuhud kepada semua para sahabat?

Jika semua para sahabat nabi maksum dan tidak dapat melakukan kesilapan, jadi untuk siapakah ayat Quran yang mengutuk kekikiran mereka untuk berjihad ditujukan?

Kamu Hai orang-orang yang diseru, supaya kamu menafkahkan(hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang bakhil. Barangsiapa yang bakhil, maka bahaya kebakhilan itu hanya atas dirinya.
Quran [47:38]

Begitu juga jika semua sahabat suci, maka bolehkah kamu buktikan dari sejarah bahawa tiada hukuman syariah pernah dikenakan semasa zaman nabi dan 4 khalifah awal, iaitu sebuah era di mana semua yang wujud ialah para sahabat?

Nabi saaw ialah seorang yang hebat. Baginda ialah Nabi Allah yang maksum. Baginda ialah asas Islam. Untuk menjadi seorang Muslim, kita perlu memberi kesaksian tentang kenabian baginda..  Manakala orang-orang lain di sekeliling beliau(kecuali orang-orang yang disebut khas oleh Allah) ialah orang-orang biasa. Selagi mana mereka berpegang kepada prinsip Islam dan mematuhi perintah Muhammad saaw,  akan dibalasi mereka dengan kebaikan oleh Allah swt. Tetapi jika mereka mengingkari baginda dan Islam, maka mereka akan dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka. Kamu boleh memuji Musharaf atas kebaikan yang dilakukan oleh beliau, dan mengkritik Musharaf kerana perkara buruk yang beliau lakukan, kerana beliau bukanlah seorang personaliti di pilih Allah, beliau ialah seorang bukan maksum yang dipilih oleh rakyatnya atau pemimpin yang diangkat oleh dirinya sendiri.

Islam bukan tentang orang yang kamu pilih. Mereka tidak menjadi sebahagian dari kepercayaan/agama kamu. Islam ialah mengenai manusia yang dipilih Allah, dan orang-orang yang manusia pilihan Allah swt tetapkan.

Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, Keluarga Ibrahim dan keluarga Imran keatas orang-orang seluruh alam.
Quran [3:33]

Muhammad wa aali Muhammad ialah keturunan Ibrahim as. Allah swt memilih mereka. Mereka inilah orang-orang ditujukan solawat oleh kita. Ahlul Bait Nabi ialah orang-orang yang diarahkan kepada kita untuk disayangi dan dicintai, mereka disucikan dari segala jenis kekotoran dan di bawa di dalam insiden mubahila

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang menyucikan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak menyucikan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikit pun.
Quran [4:49]

Sesetengah orang menyucikan(kata diri sendiri suci)  diri mereka sendiri atau orang lain. Mereka ialah orang-orang yang tidak perlu kita pentingkan. Bagaimanapun, terdapat satu golongan yang Allah sendiri memilih mereka, ini ialah orang-orang yang perlu kita pentingkan.

Sesungguhnya Allah hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). Quran [33:33]

Manakala orang-orang lain, mereka layak mendapat cinta dan penghormatan kami selagi mereka melakukan kebaikan dan mematuhi arahan Nabi saaw.

Secara peribadi, saya tidak mempunyai masalah dan tidak akan menimbulkan apa-apa isu dalam menyayangi dan menghormati semua para sahabat, jika semua mereka sendiri tiada masalah dalam menyayangi dan menghormati sesama diri mereka sendiri. Bagaimana kami boleh mempercayai semua para sahabat itu adil, soleh dan hidup seperti saudara, sebelum dan selepas kewafatan Nabi, sedangkan sejarah membuktikan perkara yang bertentangan dengan menceritakan begitu banyak perbalahan antara para sahabat Nabi juga isteri-isteri Nabi serta antara para sahabat dan Ahlul Bait Nabi saaw.

Akan saya utarakan isu-isu yang terdapat di dalam sejarah yang diketahui Sunni, tetapi dipandang sebelah mata untuk bertahun lamanya

INSIDEN IFK

Mari kita mulakan dengan insiden IFK, di mana Aisya telah di tuduh melakukan penzinaan. Perlu rasanya bagi saya untuk menyatakan, Syiah tidak menyukai Aisya kerana kebencian beliau kepada Mawla Ali. Tiada Syiah yang mendakwa Aisyah melakukan penzinaan, kerana penghakiman dari Quran mengalahkan segala dakwaan. InsyaAllah akan saya tulis artikel mengenai Aisyah dan peranan beliau dalam Islam, jika ada peluang nanti.

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”. Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”. Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.
Quran [24:11-17]

(Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu) bererti mereka mempunyai 2 kumpulan.  Yang paling menyerlah di dalam kumpulan ini ialah Abdullah bin Ubayy bin Salul, ketua kaum munafik, yang mencipta fitnah ini dan menyebarkannya ke orang lain, hinggakan sesetengah kaum Muslimin mulai mempercayai berita itu, sementara yang lain berprasangka bahawa berita itu mungkin benar dan mula bercerita mengenainya. Perkara ini berterusan selama hampir sebulan sehingga ayat Quran mengenainya diturunkan.
Tafseer Ibn Kathir, Tafseer  Surah 24, ayat 11

Fitnah terhadap Aisyah mungkin dimulakan oleh kaum Munafik, tetapi pertuduhan ini turut di sokong oleh sekumpulan sahabat Rasul saaw, yang dikutuk kuat oleh Allah swt dan diberi amaran untuk menjaga sikap mereka di masa hadapan. Ini membuktikan para sahabat adalah manusia yang boleh melakukan kesilapan, yang mampu melakukan dosa, dan akan menerima hukuman yang berat jika mereka mengulangi kesilapan mereka.

Pergaduhan dan perselisihan kecil serta kebencian antara para sahabat nabi, telah pun muncul sebelum kewafatan baginda..

Di dalam buku-buku sahih Sunni, telah menyebutkan tentang perselisihan antara Abu Bakr dan Umar, yang hampir membawa kepada kemusnahan ke atas diri mereka sendiri dan merosakkan amal mereka, tetapi mereka di maafkan atas perbuatan mereka.

(Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu tinggikan suara kamu dari suara nabi!) Ayat ini mengdanungi satu lagi sikap yang bagus. Allah swt mengajar orang-orang beriman agar tidak meninggikan suara mereka lebih dari suara Nabi saaw. Telah dinyatakan bahawa ayat ini diturunkan tentang Abu Bakr dan Umar. Al-Bukhari melaporkan bahawa Ibn Abi Mulaykah meriwayatkan, “2 orang yang benar, Abu Bakr dan Umar, hampir memperoleh kebinasaan kerana meninggikan suara mereka lebih dari suara Nabi, sebelum baginda menerima wakil delegasi Bani Tamim. Salah seorang dari mereka( Abu Bakr dan Umar) mencadangkan Al-Aqra bin Habis, seorang ahli Bani Mujashi, manakala seorang lagi mencadangkan orang lain. Nafi’(salah seorang perawi) berkata: “Aku lupa namanya.”  Abu Bakr berkata kepada Umar, “Kamu hanya mahu menyanggah pendapat ku.” Sementara Umar berkata, “Aku tidak berniat untuk menyanggah kamu”. Suara mereka menjadi kuat, dan oleh kerana itu, Allah swt menurunkan ayat di atas.`Abdullah bin Az-Zubayr said” Abdullah bin Az Zubair berkata, “Selepas kejadian itu, suara Umar menjadi begitu rendah sehingga Rasulullah terpaksa meminta Umar mengulangi apa yang beliau katakan untuk memahaminya.
Tafseer Ibn Kathir, Tafseer of Surah 49, Ayat 2

Sahih Sunni juga meriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah, Urwa, mencaci maki seorang lagi sahabat Nabi, Hassan Bin Thabit

Diriwayatkan dari Al-Bara: Nabi bersabda kepada Hassan, “Cacilah mereka(dengan sajak mu), dan Jibril bersama kamu(menyokong kamu).” (Melalui sebuah lagi kumpulan perawi) Al-Bara bin Azib berkata, “Di hari Quraiza, Rasulullah bersabda kepada Hassan bin Thabit, “Cacilah mereka(dengan sajakmju), dan Jibril bersama dengan mu. ”
Sahih Bukhari, Jilid 5, Kitab 59, Nombor 449

Diriwayatkan dari Urwa: Aku mula mencaci Hassan di hadapan Aishah, di mana beliau(aishah) berkata: “Janganlah kamu mencaci Hassan, kerana beliau pernah mempertahankan Rasulullah(dengan sajaknya)”
Sahih Bukhari, Jilid 4, Kitab 56, Nombor 731

Sebelum kewafatan Nabi saaw, baginda mengarahkan ekspidisi ketenteraan ke Syria di hantar di bawh pimpinan Usama bin Zayd. Tetapi para sahabat Nabi saaw, bukan sahaja menentang perintah Rasul pada permulaannya, malah mereka mengkritik kepimpinan Usama, sama seperti mereka mengkritik kepimpinan ayah beliau, Zayd.

Diriwayatkan dari Abdullah Ibnu Umar: Rasulullah menghantar tentera dengan Usama bin Zayd sebagai panglimanya. Orang ramai mengkriktik kepimpinan beliau. Rasulullah bangun dan bersabda: “Jika kalian mengkritik kepimpinan beliau, maka kalian mengkritik kepimpinan bapanya. Demi Allah, Zayd memang layak mendapat kepimpinan tersebut, dan beliau pernah menjadi antara orang yang paling aku sayangi, dan sekarang Usama ialah antara yang paling aku sayangi selepas bapanya.”
Sahih Bukhari, Jilid 5, Kitab 59, Hadith 745

Tidak dilupakan, harus juga kita menyebut pergaduhan dan perselisihan antara para sahabat di kamar kematian baginda, juga dikenali sebagai Insiden pen dan kertas atau Tragedi Hari Khamis.

Ibnu Abbas melaporkan:….Rasulullah saaw bersabda: Mari, aku tuliskan kepada kalian sesuatu, yang mana kalian tidak akan tersesat di kemudian hari. Kemudian Umar berkata: Sesungguhnya Nabi Allah sedang berada dalam kesakitan yang teramat sangat. Quran bersama dengan kamu. Kitab Allah cukup untuk kita. Mereka yang berada di dalam rumah berbeza pendapat.Sebahagian dari  mereka berkata: Bawakan baginda(bahan menulis) agar baginda dapat menuliskan wasiat yang tidak akan menyelamatkan kita dari kesesatan selepas baginda manakala sebahagian lagi berkata apa yang Umar katakan. Apabila mereka mula bergaduh di dalam keberadaan Rasulullah saaw, baginda berkata: Bangunlah dan pergi. Ubaidillah berkata: Ibn Abbas selalu berkata: Ini adalah kerugian yang besar, memang adalah kerugian yang besar, oleh kerana hingar bingar pergaduhan mereka, Rasulullah tidak dapat menuliskan dokumen untuk mereka.”
Sahih Muslim, Kitab 13, Hadith 4016

Sebelum kita beralih kepada isu yang lebih besar, yang boleh menganggu pemikiran serta iman kita, molek juga kiranya kita lihat bahawa sesetengah isteri-isteri Rasulullah cemburu antara satu sama lain, mensabotaj dan bergaduh antara satu sama lain.

…Ibn Awn berkata: Adalah dipercayai beliau selalu pergi kepada Ummul Mukminin Aishah. Dia berkata: Ummul Mukminin berkata: “ Rasulullah saaw datang kepada ku ketika Zainab binti Jahsh sedang bersama kami. Baginda mula melakukan sesuatu dengan tangan baginda. Aku memberi isyarat kepada baginda sehingga baginda memahami tentang beliau(Zainab). Jadi baginda berhenti. Zainab datang dan mula memaki Aishah. Aishah cuba menghalang tetapi Zainab tidak mahu berhenti. Jadi Nabi berkata kepada Aishah: Makilah dia, jadi Aishah mencaci Zainab dan memenangi….
Sunan Abu Dawud, Kitab 41, Nombor 4880

Bukan itu sahaja, mereka kerap merancang sesuatu terhadap Nabi saaw sendiri.

Diriwayatkan dari ‘Ubaid bin Umar: Aku mendengar Aishah berkata, “Nabi selalu tinggal untuk jangka masa yang lama bersama Zainab binti Jahsh dan minum madu di rumahnya. Jadi Hafsah dan aku membuat keputusan jika Nabi datang salah seorang dari kami, kami akan berkata kepada baginda, “Aku tercium bau Maghafir(gula-gula berbau busuk) pada mu. Adakah kamu makan Maghafir?” Jadi Rasulullah melawat salah seorang dari mereka dan mereka berkata yang serupa kepada baginda Nabi saaw. Nabi saaw bersabda: “Tidak mengapa, aku telah mengambil sedikit madu dari rumah Zainab Binti Jash, tetapi aku tidak akan meminumnya lagi.” Kemudian diturunkan ayat :

(1)“Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu; dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu, dan Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya), dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: “Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan? ” Nabi menjawab: “Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi) “.
Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat – juga menjadi penolongnya.”(4) Menegur Aishah dan Hafsah
Sahih Bukhari Jilid 7, Kitab 63, Nombor 192
Sahih Bukhari Jilid 7, Kitab 63, Nombor 193
Sahih Muslim Kitab 009, Nombor 3496

Akan saya postkan artikel tentang peranan Aishah di dalam sejarah di masa hadapan, InsyaAllah.

Sekarang, untuk perselisihan antara sahabat “yang mendebarkan”.

Khalid bin Al Walid, pedang Allah, selepas memimpin Quraysh dalam penentangan mereka terhadap Nabi di Uhud, menerima Islam selepas Hudaibiyah.

Selepas Khalid memimpin ekspidisi keatas Bani Jadhimah, beliau memujuk mereka untuk meletak senjata dengan mengakui mereka semua telah memeluk Islam, kemudian beliau membunuh sebahagian mereka. Apabila Muhammad mendengar perkara ini, baginda mengumumkan kepada Tuhan bahawa baginda tidak bersalah diatas apa yang Khalid telah lakukan, dan menghantar Ali untuk membayar ganti rugi kepada yang terselamat.
al-Tabari, Victory of Islam, translated by Michael Fishbein, Albany 1997, pp. 188 ff.

Sebelum kita meneruskan dengan tindakan Khalid ini, serta perselisihan beliau dengan Umar al Khattab, sewajarnya juga kita menyebut tentang Saqifa.

Kewafatan Nabi menimbulkan isu tentang khilafah, atau pengganti politik. Ansar mahukan khalifah dari mereka manakala Muhajir menentang dengan mengatakan Nabi adalah dari mereka, dan khalifah perlu dari Quraish. Ansar mencadangkan 2 khalifah iaitu dari Ansar dan Muhajirun, tetapi ditolak oleh Muhajir.

Selepas Abu Bakr menyudahi ucapan beliau, al Hubab ibn Al Mundhir bangun, menghadap kaum Ansar dan berkata: “Wahai kaum Ansar, janganlah kamu memberikan pemerintahan kepada orang lain. Penduduk semua berada di bawah jagaan kamu. Kamu adalah orang-orang yang bermaruah, berharta. Jikalau kaum Muhajirun mempunyai kelebihan di dalam hal tertentu, maka kamu juga mempunyai kelebihan dalam hal tertentu. Kamu memberi mereka perlindungan di dalam rumah kita. Kamu ialah tangan Islam yang berperang. Dengan bantuan kamu Islam berjaya berdiri. Di bandar kamu ibadah kepada Allah dilakukan dengan bebasnya. Selamatkan diri kamu dari perpecahan dan peganglah hak kamu. Jikalau Muhajirun tidak mahu mengalah, maka beritahu mereka, akan ada satu ketua dari mereka dan satu dari kita.

Sejurus selepas Al Hubab duduk, Umar bangun dan berkata: “Tidak boleh wujud 2 pemerintah dalam satu masa yang sama. Demi Allah, bangsa Arab tidak akan bersetuju untuk kalian menjadi ketua negara, kerana Nabi bukan dari kalian. Kaum Arab mahukan pemimpin dari rumah yang sama dengan Nabi. Kepada sesiapa yang mempunyai hujjah yang jelas, boleh lah bentangkan. Sesiapa yang bercanggah dalam isu khalifah dengan kami, sedang menuju kearah yang salah, ialah seorang pendosa dan sedang menuju kehancuran.”

Selepas Umar, Al Hubab bangun sekali lagi dan berkata kepada kaum Ansar, “ Tetapkan pendirian kalian dan jangan endahkan pandangan orang ini atau penyokongnya. Mereka mahu memijak-mijak hak kamu, dan jika mereka tidak bersetuju, maka, halaulah mereka dari bandar kamu, dan ambil alih khilafah. Siapa lagi yang lebih layak dari kalian.

Selepas al Hubab selesai, Umar memarahinya. Terdapat  beberapa penggunaan perkataan yang kotor, dan situasi semakin buruk. Melihat perkara ini, Abu Ubaidah bersuara dengan niat menenangkan keadaan dan memenangi hati kaum Ansar. Beliau berkata: Wahai kaum Ansar, kamu adalah kaum yang menyokong kami dan membantu kami dari segala segi. Janganlah menukar jalan kamu dan sikap kamu.”

Malangnya, kaum Ansar tidak mahu menukar pendirian mereka.Mereka bersedia untuk memberi perjanjian taat setia kepada Sa’ad, sehinggalah seorang dari Bani Sa’ad, Bashir ibn `Amr al-Khazraji berdiri dan berkata: “Tidak dapat diragukan lagi, kita berjihad dan memberi bantuan kepada agama, bagaimanapun, tujuan kita adalah keredhaan Allah dan mentaati  Rasulullah. Tidaklah sepadan dengan kita untuk mengungkit kelebihan dan meriuhkan keadaan untuk khilafah. Muhammad (sawa) berasal dari Quraish dan mereka mempunyai hak yang lebih keatasnya dan lebih sesuai.” Sebaik sahaja beliau habis mengucapkan kata-kata beliau, perbezaan pendapat terjadi di kalangan Ansar, dan ini ialah matlamat beliau, kerana beliau tidak mahu melihat seseorang dari puaknya berada di kedudukan yang sangat tinggi. Kaum Muhajirun mengambil sepenuhnya kesempatan ke atas perkara ini, dan Umar serta Abu Ubaidah membuat keputusan untuk membai’ah Abu Bakr. Mereka mempunyai peluang untuk berbuat demikian apabila Bashir meletakkan tangannya ke atas Abu Bakr dan seterusnya Umar dan Abu Ubaidah. The Kemudian orang dari suku Bashir datang dan memberi baiah, dan memijak Sa’d ibn Ubadah di bawah kaki mereka.
al-Tabari, Ta’rikh, VI, 263
Nahjul Balaghah, Footnotes of Khutbah 67, Berita di Saqifah

Perselisihan di Saqifah diantara Muhajirun dan Ansar, telah diselesaikan di Saqifah, dengan kecederaan serius kepada Saad Ibnu Ubadah, seorang sahabat.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas: ……dan salah seorang dari Ansar berkata, ‘Aku ialah satu tonggak dimana unta yang menghidapi penyakit kulit menggaru gatalnya( Aku seorang bansawan), dan aku ialah pohon palma berkualiti tinggi! Wahai kaum Quraish, adakan satu pemimpin dari kamu dan satu dari kami.” Kemudian terdapat kekecohan yang besar diantara mereka, jadi aku(Umar) risau akan terjadinya perselisihan pendapat yang besar, jadi aku berkata, “Wahai Abu Bakr, keluarkan tangan kamu.” Beliau mengeluarkan tangannya, dan aku memberi baiah padanya, dan kemudiannya para muhajirin memberi baiah dan kemudiannya Ansar.‘ Dan akhirnya kami mendapat kemenangan ke atas Saad Ibn Ubadah. Salah seorang dari Ansar berkata: “Kamu telah membunuh Saad Ibn Ubadah.” Aku(Umar) menjawab, “Allah telah membunuh Saad.”
Sahih Muslim, Jilid 8, Kitab 82, Nombor 817

Perlantikan Abu Bakr masih mendapat tentangan dari ahli keluarga dan para sahabat besar Nabi, yang dikenali sebagai Syiah Ali, seperti Ammar, Salman, Miqdad, Abu Dzarr, Thalhah dan Zubair.

Dari Ibn Abbass: ….. Dan tiada ragu selepas kewafatan Nabi, kami diberitahu yang Ansar tidak bersetuju dengan kami dan berkumpul di Bani Sa’da. Ali dan Zubair sert sesiapa lagi yang bersama mereka menentang kami, sementara Muhajirun bersama Abu Bakr.
Sahih Bukhari, Jilid 8, Kitab 82, Hadith 817

Dengan berkurangnya pengaruh politik Imam Ali, isu Fadak antara Fatimah dan Abu Bakr muncul. Fatimah mendakwa Fadak ialah hak beliau, serta mendapat sokongan Imam Ali, tetapi ditolak oleh Abu Bakr. Oleh itu Fatimah memboikot kepimpinan Abu Bakr.

Dari ‘Aisha:  Selepas kewafatan Rasulullah, Fatimah binti Rasulillah meminta Abu Bakr untuk memberi semula hak beliau dari peninggalan Rasulullah selepas Fai, yang mana Allah berikan pada baginda. Abu Bakr berkata pada Fatimah, “Rasulullah bersabda: Harta kami tidak akan diwarisi, segala yang ditinggalkan oleh Nabi ialah sedekah.” Fatimah, anak kepada Rasulullah berasa marah dan berhenti dari bercakap dengan Abu Bakr sehingga beliau wafat. Fatimah hidup selama 6 bulan selepas peninggalan baginda (saaw)
Sahih Bukhari, Jilid 4, Kitab 53, Hadith 325

Imam Ali menyangka Khilafah ialah hak beliau. Hujah yang digunakan oleh Umar di Saqifa lebih sesuai di gunakan untuk Ali( kerana beliau ialah saudara terdekat Rasulullah) lebih dari kedua sheikh( Abu Bakr dan Umar). Ini juga ialah sebab kenapa Imam Ali, singa Allah di Badr, Uhud, Khaibar dan Khandaq, tidak menyertai mana-mana pertempuran(yang di dakwa sebagai jihad) di bawah khalifah Abu Bakr dan Umar serta Usman.

Berjagalah! Demi Allah anak Abu Quhafah (Abu Bakr) memakai pakaian khalifah dan beliau semestinya mengetahui kedudukan ku kepada khilafah ibarat paksi kepada pengisar. Air banjir melalui ku, dan burung-burung tidak boleh terbang kepada ku. Aku meletakkan hijab kepada khilafah dan menjauhkan diriku darinya. Kemudiannya aku mula berfikir samada aku sepatutnya menyerang atau bertahan dengan tenang dalam kegelapan bencana yang membutakan……..Aku mendapati bertahan adalah lebih bijak. Jadi aku mangamalkan sikap bersabar, walupun sakit dimataku dan kelemasan di kerongkong ku. Aku melihat hak warisan ku dirompak, sehinggalah yang pertama pergi dan memberikan Khilafah kepada Ibnu Al Khattab sendiri.
Nahjul Balaghah, Khutbah 3, Khutbah ash-Shiqshiqiyyah

Adalah di laporkan dari Zuhri, riwayat ini diriwayatkan oleh Malik Ibn Aus yang berkata: Abu Bakr berkata:”Rasulullah(saw) bersabda: “Kami tidak mempunyai pewaris, dan apa yang kami tinggalkan ialah sadaqah.” Jadi kamu berdua( Ali dan Abbas) mendakwa dia ialah penipu, pendosa, pengkhianat dan tidak jujur. Dan Allah maha mengetahui bahawa dia seorang yang benar, mulia, terpimpin dan pengikut kebenaran. Setelah Abu Bakr meninggal, aku(umar) telah menjadi pengganti Rasulullah saw dan Abu Bakr, kamu(Ali) mendakwa aku ialah seorang penipu, pendosa, pengkhianat dan tidak jujur. Dan Allah lebih mengetahui yang aku ialah orang yang benar, mulia dan pengikut kebenaran.”
Sahih Muslim , Kitab 19, Nombor 4349

Walaupun Imam Ali memilih untuk senyap dan tidak aktif dalam politik demi survival Islam, beliau selalu memberi nasihat kepada Umar bila-bila sahaja Umar memintanya. Ini bukan bermakna Mawla Ali menerima Khilafah Umar,menyayangi atau menerimanya, nasihat politik Imam Ali ialah untuk kebaikan Islam.

Sebagai contoh, Raja Mesir bukanlah seorang Muslim, bagaimanapun, baginda selalu meminta nasihat dari Nabi Yusuf, dan Nabi Yusuf bersetuju menolong baginda, demi rakyatnya. Saya tidak memaksudkan bahawa Umar bukan Muslim. Allah ialah hakim yang menghakimi dengan seadil-adilnya. Apa yng saya maksudkan ialah nasiha Imam Ali kepada Umar adalah demi kebaikan Empayar Muslim, dan bukanlah kerana Umar ialah orang yang jujur.

…. raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: “Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami “.
Quran [12:54]

Raja, para menteri, putera, pegawai dan orang-orang berpangkat pada ketika itu  telah mengetahui dan mengakui nilai Yusuf, dan merasai kehebatan moral baginda selama beberapa tahun yang lepas. Yusuf telah membuktikan tiada setandingnya dalam kejujuran, kemuliaan, kesabaran, displin, kemurahan, kebijaksanaan dan pemahaman. Mereka mengetahui dan mempercayai bahaw hanya Yusuf sahaja yang mengetahui bagaimana untuk menjaga dan menguruskan sumber tanah. Oleh kerana itu, sebaik sahaja Yusuf menunjukkan keinginannya, mereka dengan sepenuh hati member kepercayaan pada Nabi Yusuf

Tafheem ul Quran, dari Abul Ala Maududi, Tafseer of Surah 12, ayat 55

Kejujuran, kemuliaan, kesabaran, disiplin, kemurahan, kebijaksanaan dan pemahaman yang dimiliki oleh Imam Ali, melebihi yang lainnya. Kesanggupan beliau membantu pentadbiran Umar dan beberapa isu politik yang lain adalah kerana kualiti yang dipunyai oleh Imam Ali.

Sekali lagi kita kembali semula tentang keperibadian Khalid Ibn Al Walid. Malik Ibnu Nuwairah telah dilantik sebagai pengutip zakat oleh Rasulullah saw. Sunni dan Syiah berbeza pendapat samada Malik menjadi murtad selepas kewafatan baginda atau tidak. Semasa pemerintahan Abu Bakr, Khalid ibn Walid telah dihantar untuk berurusan dengan Malik. Mari kita perhatikan dari pendapat Sunni:

Setelah ditahan, Malik bertanya kepada Khalid tentang kesalahan yang dilakukan oleh beliau(malik). Khalid membalas dengan berkata: ‘Tuan kamu berkata itu dan ini.’ Khalid mengetahui ini adalah satu percubaan Malik untuk melepaskan diri. Setelah mempunyai bukti yang kukuh yang Malik mengagihkan duit zakat setelah mendengar kewafatan Muhammad, dan pakatan beliau dengan Sajjah, Khalid mendakwa Malik telah kufur dan mengarahkan pembunuhan beliau.
al-Balazuri, kitab no 1, m/s 107

Malik mempunyai seorang isteri, Layla bint al Minhal. Beliau ialah sahabat wanita Rasulullah saw, dan dikatakan seorang wanita tercantik di seluruh Tanah Arab. Syiah mendakwa Khalid merogol Layla pada malam Khalid membunuh Malik. Sunni pula mendakwa, Layla dikahwini Khalid pada malam yang sama Malik dibunuh.

Pada malam yang sama, Khalid menikahi Layla, bekas isteri Malik, yang dikatakan sebagai perempuan Arab tercantik
Tabari: Vol. 2, M/s 5

Katakan saya menerima pandangan Sunni, iaitu Malik menikahi Layla pada malam yang sama Malik dibunuh, dan ia bukan satu kes rogol, maka saya mempunyai 2 isu. Saya bukanlah Ulama, tetapi di dalam Quran ada menyebutkan:

Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.
Quran [2:234]

1.      Seorang isteri yang melihat suami nya terbunuh, atau mendengar suaminya meninggal dunia, tidak akan berkahwin semula pada hari yang sama dengan sukarela, kerana perkahwinan adalah berdasarkan cinta dan kasih sayang. Saya ingin menyatakan di sini, tiada isteri yang akan mengahwini lelaki lain dalam masa yang terdekat setelah kematian suaminya.

2.      Iddah seorang balu ialah selama 4 bulan 10 hari, atau lebih kurang 130 hari. Berdasarkan prinsip Islam, dia tidak boleh berkahwin semula, walaupun jika beliau mahukannya.

Oleh itu, berdasarkan point pertama, sudah semestinya keinginan Khalid sendiri untuk mengahwini Layla, dan bukannya kemahuan Layla, yang juga seorang balu yang sedang berkabung. Berdasarkan point kedua, perkahwinan itu tidak sah, dan ia merupakan penzinaan(jika Layla mahukannya) atau kes rogol(jika dipaksakan keatas Layla). Saya mempunyai sebab untuk mempercayai ia adalah rogol dari mempercayai mitos perkahwinan.

Para sahabat Nabi yang lain juga melihat perkara yang serupa, termasuk Umar Al Khattab yang memprotes tindakan itu. Perkahwinan antara Layla dan Khalid akhirnya menjadi satu isu kontroversi kerana terdapat kumpulan yang menyangka Khalid membunuh Malik untuk mendapatkan Layla, termasuk dalam kumpulan ini ialah saudara Khalid, Umar. Khalid kemudiannya di panggil oleh Khalifah Abu Bakr untuk menerangkan keadaan, Selepas memikirkan perkara ini, Khalifah membuat keputusan bahawa Khalid tidak bersalah. Khalifah bagaimanapun mencaci Khalid atas tindakan beliau menikahi Layla serta membuka peluang kepada orang lain mengkritik beliau, dan kerana terdapat kemungkinan kesilapan, kerana bagi sesetengah orang menganggap Malik ialah Muslim. Abu Bakr mengarahkan agar membayar ganti rugi kepada pewaris Malik.

Di Madinah, Umar berasa sangat memalukan sehingga beliau menuntut agar Abu Bakr memecat Khalid. Umar berkata Khalid patut didakwa atas 2 kesalahan iaitu membunuh dan berzina. Bagaimanapun, Abu Bakr mempertahankan Khalid dengan mengatakan beliau telah melakukan “perhitungan yang salah”
A Restatement of the History of Islam dan Muslims, Ali Razwy, Chapter 55

Ini mungkin salah satu sebab Umar memecat Khalid dari pimpinan tertinggi tentera apabila beliau diangkat menjadi khalifah oleh Abu Bakr, dan menggantikan Abu Ubaidah di tempatnya. Kemudiannya Umar memecat sepenuhnya Khalid dari pasukan tentera. Syiah dan Sunni  berbeza pendapat tentang mengapa beliau dipecat, bagaimanapun ia tidak akan dibincangkan disini.

Selepas kematian Umar, Usman telah mengambil tampuk pemerintahan. Masalah ekonomi dan pengagihan kekayaan yang tidak seimbang telah menyebabkan kekecohan di kalangan kaum Muslim, dan mereka menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada Khalifah Usman. Para sahabat seperti Ammar, Abu Dzarr dan Abdullah Ibn Masud telah dipukul, diseksa serta dibuang negeri oleh pentadbiran Usman.

Wahai Abu Dzarr! Kamu menunjukkan kemarahan kamu atas nama Allah, kerana kamu mempunyai harapan keatasNya. Masyarakat takut kepada mu dalam hal kesenangan duniawi mereka manakala kamu risaukan mereka kerana iman kamu. Maka tinggalkanlah apa yang mereka takutkan dari kamu dan lepaskanlah kerisauan kamu keatas mereka. Betapa mereka memerlukan perkara yang kamu minta mereka jauhkan dan betapa tulinya kamu keatas perkara yang mereka nafikan kepada kamui. Tidak lama lagi kamu akan mengetahui siapa yang mendapat keuntungan di akhirat dan siapa yang akan dicemburui di sana. Walaupun langit dan bumi ini tertutup untuk individu tertentu dan beliau takut kepada Allah, maka Allah akan membuka langit dan bumi untuk beliau. Hanya kebenaran dapat menarik kamu sementara kabatilan menjauhi kamu. JIka kamu menerima tarikan duniawi mereka, pasti mereka menyayangi kamu, dan pasti mereka akan melindungi kamu jika kamu berkongsi dengan mereka
Nahjul Balaga, Khutbah130, Diberi semasa Abu Dharr di buang negeri ke ar-Rabadhah

Oleh kerana Abu Dzar dibuang negeri dan kehormatannya di jatuhkan, oleh kerana Abdullah ibn Mas’ud dipukul tanpa belas, oleh kerana patahnya rusuk Ammar ibn Yassir, dan oleh kerana rancangan untuk membunuh Muhammad Ibn Abu Bakr, Bani Ghiffar, Bani Hudhayl, Bani Makhzum dan Bani Taym semuanya menyimpan dendam dan kemarahan(terhadap pentadbiran Usman)Muslim dari bandar-bdanar lain juga penuh dengan aduan terhadap pegawai-pegawai Usman yang terlampau mabuk dengan kekayaan dan kemewahan, yang melakukan sesuka hati mereka dan memusnahkan sesiapa yang mereka mahu.
Al-Baladhuri, Ansab, V, 98, 101

Amr Ibn Al ‘as, Thalhah, Zubair dan Aisyah telah memainkan peranan yang besar dalam mengapikan masyarakat terhadap Usman, yang kemudiannya terbunuh. Siapakah pembunuh beliau? Mereka ialah kaum Muslimin sendiri, yang secara teknikalnya ialah para sahabat sendiri.

Di manakah Muawiyah, Thalhah, Zubair dan Aisyah, apabila rumah Usman di kepung selama berhari-hari atau berminggu? Mengapa mereka tidak datang membantu Usman ketika itu? Orang-orang yang mempertahankan mereka mendakwa perang Jamal dan Siffin tercetus akibat mereka ingin membalas dendam terhadap pembunuh Usman. Jika mereka ialah sekutu kepada Usman seperti yang di dakwa oleh Sunni, jadi mengapa mereka yang mempunyai kekayaan dan kuasa suku atau puak mereka, tidak datang untuk membantu Usman yang dikepung selama berminggu-minggu? Jawablah soalan ini dan kamu mungkin akan mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang pembunuh Usman.

Apabila masyarakat melihat apa yang di lakukan oleh Usman, para sahabat Nabi di Madinah menulis surat kepada para sahabat yang berada di kawasan lain: “Kamu telah berjuang di jalan Allah swt, demi agama Muhammad. Semasa ketiadaan kalian, agama Muhammad telah dirosakkan dan ditinggalkan. Jadi kembalilah untuk membangunkan agama Muhammad.” Kemudian, mereka datang dari segala penjuru sehingga mereka membunuh khalifah Usman.
Sejarah al-Tabari, English version, v15, p184

Masyarakat melantik Imam Ali sebagai khalifah. Imam Ali mengambil jawatan itu dengan berat hati dan menghadapi pemberontakan dari Thalhah, Zubair dan Aisyah di Jamal. Saya akan membincangkan tentang perang Jamal di dalam artikel yang lain. Bagaimanapun, secara hakikatnya dapat kita ketahui bahawa perang Jamal ialah perang yang di sertai oleh para sahabat di kedua-dua belah pihak lawan.

Mawla Ali memberi komen tentang  Thalhah dan Zubair;

Demi Allah, mereka tidak menjumpai sesuatu yang tidak mereka setujui pada ku, tidak juga mereka berlaku adil di antara mereka dan aku. Sudah pasti, sekarang mereka menuntut hak yang mereka sendiri tinggalkan dan menuntut darah yang mereka sendiri tumpahkan(dalam kes Usman). Jika aku menyertai mereka di dalamnya, maka mereka juga mempunyai bahagian di dalam perkara itu, tetapi jika mereka melakukan tindakan itu, maka tuntutan itu sepatutnya ke atas mereka. Langkah pertama dalam keadilan mereka ialah mereka mengeluarkan keputusan kehakiman ke atas diri mereka sendiri. Aku mempunyai kecerdikan ku. Aku tidak pernah mencampurkan keadaan atau keadaan itu nampak tercampur padaku. Sesungguhnya, ini ialah kumpulan pemberontak yang terdiri dari orang terdekat(az Zubair), bisa kala jengking( Aisyah) dan keraguan yang mencipta hijab( terhadap kebenaran). Tetapi hal ini sangat jelas, dan kebatilan telah digoncang dari asasnya. Lidahnya telah berhenti dari mengucapkan suatu kebatilan. Demi Allah, aku akan menyediakan untuk mereka tangki air, yang hanya aku seorang sahaja boleh mengambilnya. Mereka tidak akan boleh meminum darinya atau dari tempat lain.
Nahjul Balagah, Khutbah 137,Tentang Thalhah dan Zubair

). Saya  tidak akan berhujah mengenai sebab-sebab tercetusnya perang Jamal, tetapi hakikatnya tetap sama, Thalhah, Zubair dan Aisyah memberontak terhadap Mawla Ali.

Imam Ali memberi komen tentang Muawiyah

Demi Allah, Muawiyah tidak lebih bijak dari ku, tetapi beliau menipu dan melakukan perbuatan yang jahat. Jika tidak kerana aku membenci kejahatan(dalam menggunakan taktik kotor), maka akulah orang yang paling bijak antara mereka. Bagaimanapun, setiap penipuan ialah dosa dan setiap dosa ialah penderhakaan kepada Allah. Setiap orang yang menipu akan ada panji yang menyebabkan dia akan dikenali di Hari Pembalasan. Demi Allah aku tidak akan dapat melupakan strategi atau tidak pula aku boleh dikalahkan oleh kesusahan.
Nahjul Balagah, Khutbah 200, Pengkhianatan Muawiyah dan nasib pengkhianat di Akhirat kelak.

Dan tentang Amr Ibn Al ‘As, seorang sahabat Nabi, juga merupakan seorang panglima Muawiyah yang cerdik tipu daya nya.

Aku berasa terkejut dengan anak an Naghibah yang mengatakan tentangku kepada penduduk asy Syams, sebagai seorang pelawak yang suka bermain-main dan menyeronokkan. Dia telah silap bercakap sesuatu yang berdosa. Beringatlah, ucapan yang paling buruk ialah yang tidak benar. Dia bercakap dan menipu. Dia memberi janji dan memungkirinya. Dia merayu dan meminta, tetapi bila seseorang merayu padanya, beliau melayannya dengan teruk. Dia mengkhianati perjanjian dan tidak mengendahkan hubungan persaudaraan. Di dalam pertempuran, beliau memberi arahan dan menasihati, tetapi hanya sehingga tidak melibatkan pedang. Apabila sampai masa itu, teknik terhebat beliau ialah lari membelakangkan lawan beliau. Demi Allah, mengingati mati telah menjauhkan aku dari keseronokan dan bermain-main, sementara kelupaan terhadapa dunia akhirat telah menghalang beliau dari bercakap benar. Beliau tidak memberi baiah kepada Muawiyah tanpa sebab: melainkan sebelumnya telah menetapkan harga yang harus dibayar, dan member penghargaan padanya kerana meninggalkan agama.
Nahjul Balagah, Khutbah 84, tentang Amr ibn al-aas

Oleh itu Imam Ali menganggap Muawiyah dan Amr sebagai manusia yang jahat. Mengambil kira peristiwa Perang Siffin, di mana Imam Ali menghadapi sahabat seperti Muawiyah dan Amr, Rasulullah (saw) memberi ramalan bahawa Ammar(ra) akan di syahidkan oleh pemberontak.

…Semasa pembinaan masjid Nabi, kami membawa bata masjid itu satu demi stu, sementara Ammar membawa 2 dalam masa yang sama. Nabi terserempak dengan Ammar dan membuang debu dari kepala beliau dan berkata: “Semoga Allah merahmati Ammar. Beliau akan dibunuh oleh kumpulan pemberontak yang agresif. Ammar akan menjemput mereka untuk taat kepada Allah manakala mereka menjemput Ammar ke neraka.”…
Sahih Bukhari, Jilid 4, Kitab 52, Hadith 67

Ammar disyahidkan pada hari ketiga Perang Siffin oleh pasukan Syria, iaitu pasuka Muawiyah. Ramalan Rasulullah (saw) menjelaskan dengan sendirinya.

Muawiyah bukan sahaja membenci Imam Ali, tetapi memulakan aktiviti mencaci maki beliau dari mimbar setiap kali khutbah, seperti yang diramalkan oleh Imam Ali.

Selepas pemergianku, akan diletakkan kepada mu seorang lelaki dengan mulut yang luas dan perut yang besar. Beliau akan menelan apa sahaja yang beliau dapat dan mengidam perkara yang  tidak beliau dapat. Kamu patut membunuh beliau tetapi aku tahu, kamu tidak akan membunuhnya. Beliau akan memerintahkan kamu untuk mencaci diriku dan menafikan diriku. Berkenaan mencaciku, kamu ccilah aku kerana ia membawa kepada penyucian untuk diriku dan keselamatan untuk diri mu. Berkenaan menafikan ku, janganlah kamu menafikan aku kerana aku dilahirkan pada agama lumrah(Islam) dan merupakan yang terawal dalam menerimanya, dan juga berhijrah.
Nahjul Balagah, Khutbah 57, Amir al-mu’minin berkata kepada para sahabatnya tentang Muawiyah.

Hadis ini diriwayatkan oleh Shu’ba dengan rangkaian perawi yang sama. Amir ibn Saad ibn Abi Waqas melaporkan dari bapanya: “Muawiyah ibn Abu Sufyan melantik Saad sebagai gabenor dan berkata: Apa yang menghalang kamu dari mencaci Abu Turab(Imam Ali), di mana beliau menjawab: “Ia kerana 3 perkara yang aku ingati Rasulullah(sawa) sebutkan mengenai beliau, yang membuatkan aku tidak akan mencaci beliau dan jika satu dari sift itu aku miliki, maka ia adalah lebih berharga bagi ku dari unta merah. Aku mendengar Rasulullah (sawa)  berkata kepada Ali semasa baginda meninggalkan beliau untuk perang Tabuk. Ali berkata kepada baginda: “Ya Rasulullah, kamu meninggalkan aku bersama wanita dan kanak-kanak.” Rasulullah(sawa) bersabda: “Tidakkah kamu berpuas hati dengan kedudukan mu pada ku ialah seperti kedudukan Harun kepada Musa dengan pengecualian tiada lagi Nabi selepas ku.” Dan aku juga mendengar baginda bersabda di Hari Khaibar: Aku akan memberi panji ini kepada seorang yang menyintai Allah dan RasulNya serta Allah dan RasulNya turut menyayangi beliau. Dia(perawi) berkata: Kami menunggu dengan penuh debaran, sehingga Rasulullah bersabda: “Panggilkan Ali.” Beliau di panggil, sedangkan ketika itu beliau mengidap sakit mata. Baginda menyapukan air liur baginda pada mata beliau, dan member panji itu pada beliau, dan Allah memberi beliau kejayaan. Yang ketiga ialah ketika ayat ini diturunkan “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu”(Ayat Mubahalah [3:61]), baginda memanggil Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain dan berkata : Ya Allah, mereka ialah keluarga ku.”

Sahih Muslim, Kitab 31, Hadith 5915

Mari kita andaikan kamu tidak mencaci Imam Ali, dan saya tidak pernah menyuruh kamu mencaci Imam Ali(nauzubillah), jadi adakah sebarang sebab untuk saya bertanya kepada kamu sebab kamu tidak mencaci Imam Ali? Tidak! Sebab mengapa Muawiyah bertanya kepada Saad ialah kerana Muawiyah memperkenalkan amalan itu sendiri.

Seerat ul Nabi, Jilid 1, m/s 66 to 67 menyatakan; Shibli Numani mengatakan perkara yang serupa iaitu para Khalifah Bani Umayyah mencaci keturunan Fatimah di seluruh Empayar Islam, di setiap masjid, selama 90 tahun dan mencaci Al dari setiap mimbar semasa solat Jumaat.

… Shah Shaheed bertanya kepada Subhan Khan, “Adakah Tabarra kepada Muawiyah di lakukan oleh Imam Ali?” Beliau memberi jawapan negatif. Shah bertanya lagi: “Adakah Tabarra kepada Imam Ali di lakukan oleh Muawiyah?” beliau menjawab: “Tanpa ragu ia berlaku.” Mendengar perkara ini Mawlana Shah Shaheed memuji Allah dan berkata Ahlul Sunnah mengikuti amalan Ali manakala Rafidi mengikut amalan Muawiyah.

…. Mawlana Shah Moinuddin Ahmad Nadvi menyatakan dalam Tareekh e Islam, Jilid 1, M/s 13 dan 14. Semasa pemerintahan Muawiyah, beliau telah memulakan amalan mencaci maki Imam Ali dari mimbar, serta semua tindakan beliau dan masyarakat mencapat tujuan ini. Mughaira ibn Shuibah ialah seorang penuh dengan kualiti mulia, tetapi kerana beliau mengikuti Muawiyah, beliau juga tidak dapat melindungi diri dari Bid’ah ini.

Click below for scanned m/s:
Khilafat O Malukiyat aur Ulema e AhleSunnat, Abu Khalid Muhammad Aslam, m/s 120-122

Selepas kewafatan Maula Ali, permusuhan antara maula Hassan dan Muawiyah berterusan. Imam Hassan mehu perjanjian damai ditandatangani dari melancarkan satu lagi peperangan dengan Muawiyah, yang telah menyebabkan tertumpahnya banyak darah kaum Muslimin dan para sahabat Nabi (sawa)

Perjanjian damai itu tidak bermakna Imam Hassan menjadi sahabat kepada Muawiyah atau mencintai Muawiyah, kerana perjanjian itu ditandatngani oleh 2 paksi berperang. Nabi Muhammad (sawa) menandatangani Perjanjian Hudaibiyah dengan pihak yang sama memerangi baginda selama bertahun-tahun.

Kalau tidak ada angin masakan dahan bergoyang. Sumber Sunni yang kuat mencadangkan yang Muawiyah turut bertanggungjawab dalam pembunuhan Aisyah.

Kita bercakap mengenai isteri yang paling disayangi Rasulullah (sawa) yang telah diceritakan sebagai contoh segala wanita di dalam Quran, dan kerana inilah darah beliau menjadi sangat bernilai pada umur 64.

Muawiyah menjemput Aisyah untuk makan malam. Beliau mengarahkan satu lubang dikorek, dan dipenuhkan ia dengan lembing dan pedang mencacak keatas. Mengikut sejarah Allama Ibn Khldun, Muawiyah menyorokkan lubang ini dengan papan yang lembik dan karpet. Beliau meletakkan kerusi kayu di atasnya sebagai tanda menghormati Aisyah. Sebaik sahaja aisyah duduk di atas kerusi itu, beliau jatuh ke dalam lubang itu dan cedera parah. Untuk menyembunyikan jenayahnya, Muawiyah mengarahkan lubang itu di tutup dan Aisyah turut di tanam di dalamnya. Oleh itu Muawiyah bertanggungjawab atas kematian baginda. Aisyah berumur 64 ketika itu, dan tindakan ini membuktikan kebencian beliau terhadap Nabi Muhammad (sawa)

Klik Di Bawah:
Musharaf al Mehboobeen, By Sheikh ul Tareeqat Hazrat Khwaja Mehboob Qasim Chishti Muhsarafee Qadiri, M/s 616

Ini ialah salah satu dari dakwaan yang di ambil dari sumber Sunni yang sahih. Kamu boleh memberi hujah balas berkenaan perkara ini, tetapi sebelum itu, saya sangat-sangat teringin untuk membaca berkenaan dengan majlis pengebumian Aisyah mengikut rujukan kamu.

Selepas syahidnya Imam Hassan, giliran Imam Hussain pula untuk syahid di bumi Karbala oleh Yazid Ibn Muawiyah.

Saya tidak boleh mempercayai semua sahabat secara TOTAL Rasulullah (sawa) membuat kebaikan samada kepada diri mereka atau antara satu sama lain. Sebagai kesimpulan, biar saya tunjukkan senarai keraguan saya;

  • Para sahabat Rasulullah (sawa) menyebarkan berita yang salah tentang Aisyah berzina.
  • Pergaduhan kecil antara Umar dan Abu Bakr yang meninggikan suara lebih dari Rasulullah (sawa) dan hampir menghapuskan segala amalan mereka.
  • Urwah(seorang sahabat) mencaci Hassan(seorang lagi sahabat)
  • Para sahabat enggan mengakui kepimpinan Usamah yang dilantik sendiri oleh Rasulullah. Ada juga sesetengah sahabat mengkritik kepimpinan beliau.
  • Tragedi Hari Khamis; Pertengkaran antara dua kumpulan sahabat di hadapan Rasulullah yang sedang tenat, di satu pihak mahu mengikut permintaan Rasulullah untuk menulis wasiat manakala di satu pihak lagi mengikuti pendapat mereka sendiri dengan menolak permintaan Rasulullah.
  • Pertengkaran dan pergaduhan  antara isteri-isteri nabi akibat dari cemburu sesama mereka. Ada juga di antara mereka yang merancang keatas Rasulullah (sawa) sendiri.
  • Kekejaman Khalid Ibn Walid kepada Bani Jadhima, sehingga Rasulullah sendiri berlepas tangan darinya.
  • Pertengkaran panas antara Muhajirun dan Ansar di Saqifah yang berakhir dengan Saad Ibn Ubaidah di pijak-pijak
  • Imam Ali dan penyokong beliau tidak bersetuju dalam konteks hak khilafah Abu Bakr.
  • Boikot dari Fatimah kepada Abu Bakr dalam konteks rampasan Fadak
  • Pendapat Imam Ali tentang Abu Bakr dan Umar yang dianggap oleh Imam Ali sebagi penipu dan tidak jujur dalam isu Fadak dan isu khilafah
  • Khalid Ibn Walid(sahabat) membunuh Malik Ibn Nuwara(juga seorang sahabat) dan merogol isteri beliau, Layla(juga seorang sahabat)
  • Kemarahan Umar dan protes beliau terhadap Khalid di zaman Abu Bakr.
  • Pemecatan Khalid dari semua jawatan angkatan tentera,
  • Abu Dzar dibuang negeri oleh Usman dan pentadbirannya.
  • Ammar Yasir dan Abdullah Ibn Masud di pukul atas arahan Usman
  • Menyalakan api pemberontakan rakyat terhadap Usman oleh Thalhah, Zubair dan Aisyah.
  • Pendapat Imam Ali terhadap Thalhah, Zubair dan Aisyah serta perang Jamal
  • Pendapat Imam Ali terhadap Muawiyah dan Amr ibn Al As serta perang Siffin
  • Muawiyah memulakan amalan mencaci Imam Ali
  • Ramalan Rasulullah (sawa) terhadap pembunuhan Ammar ibn Yassir oleh puak pemberontak(Muawiyah)
  • Perjanjian damai Imam Hassan dan Muawiyah
  • Pertuduhan Muawiyah membunuh Aisyah

Jika kamu ingin saya mempercayai bahawa semua sahabat dan isteri Nabi tidak mempunyai masalah dan kebencian antara satu sama lain, dan mereka hidup aman dan damai seperti saudara, jadi saya perlu menghiraukan sebahagian besar dari sejarah dan logik untuk hidup dalam dunia mitos dan mimpi. Bagaimanapun jika kamu bertanya mengenai fakta, maka fakta itu amat menggentarkan bagi orang yang mempercayai Imam Ali menyayangi Muawiyah, atau Aisyah menghormati Usman. Khalid ibn al Walid dan Amr ibn Al As secara faktanya, tidak dapat dinafikan ialah panglima perng yang bagus, tetapi itu tidak menjadikan mereka Muslim yang baik. Jika kamu mencintai dan menghormati semua orang, maka ia seperti menghormati Musa dan Firaun dalam masa yang sama. Ini kerana 2 puak yang melancarkan perang antra satu sama lain , secara logiknya tidak menyayangi satu sama lain, tetapi berniat untuk membunuh pihak lawannya.

Keadaan di mana Rasulullah (saw) meninggalkan dunia ini sangat sensitif sehingga tidak sampai 50 tahun peninggalan baginda, cucu baginda di bunuh oleh seorang Muslim, khalifah dan anak kepada sahabat.

Jika kamu mendakwa kamu menyayangi semua pihak, maka kamu secara logiknya tidak mampu membuat keputusan dan keliru secara moral.

Satu-satunya pilihan untuk kamu, ialah memilih. Pilihlah antara orang yang dipilih masyarakat atau yang di pilih Allah swt. Ini kerana jika kamu memilih seseorang yang menyakiti Allah, rasul dan Ahlul Bait baginda, maka kamu akan bertanggungjawab dengn pilihan kamu.

Jika kamu bertanya kepada saya, maka saya memilih Ahlul Bait yang di rahmati dari para sahabat Rasulullah(sawa). Kamu mungkin akan bertanya mengapa, saya akan membiarkan Imam Ali menjawab soalan ini.

Imam Ali(as) dalam suratnya menukilkan:

Sekumpulan Muhajirin berjaya mendapatkan syahid. Mereka terbunuh dalam perjuangan Islam dan Allah. Semuanya dirahmati Allah dengan kedudukan dan pangkat(di akhirat).Mereka yang terdiri daripada keluarga ku dan suku ku, Bani Hashim, di berikan status yang tinggi oleh Allah swt. Hamzah menerima gelaran Sayyidus Syuhada. Rasulullah (sawa) sendiri memanggil nama ini selepas kesyahidan beliau dan ketika pengebumian beliau. Rasulullah mengucapkan takbir 70 kali sebagai pengiktirafan kepada beliau, sesuatu yang tidak dilakukan kepada Muslim lain. Terdapat Muhajirin yang kehilangan tangannya di medan perang, tetapi apabila salah seorang dari kami kehilangan (Ja’far, saudara Nabi)  kedua tangannya dan syahid di medan perang, Allah memberikan beliau sayap, dan Rasulullah memberitahu kami beliau diberikan gelaran At Tayyar.

Jika tidak kerana Allah swt tidak menyukai perbuatan meninggi dan memuji diri sendiri, aku akan memberikan beberapa peristiwa yang menceritakan prestij ku dan statusku di hadapan Allah swt, peristiwa di mana ia boleh diterima dan diberi kesaksian oleh Muslim yang beriman kerana ia tidak boleh diragui lagi. Janganlah kamu menjadi seperti seorang yang syaitan telah sesatkan. Terimalah kebenaran apabila ia berada di hadapan mu.

Dengar wahai Muawiyah! Kami Ahlul Bait ialah satu contoh yang unik dari semua ciptaan Allah swt. Untuk status itu, kami tidak mempunyai tanggungjawab terhadap mana-mana orang atau suku kecuali Allah swt. Manusia telah dan akan mencapai kesempurnaan melalui kami. Ketinggian darjat kami tidak menghalang kami dari berurusan dengan kamu atau suku kamu, kami telah mengahwini sesama kamu dan membina hubungan kekeluargaan dengan suku kamu, walaupun kamu tidak termasuk di dalam kumpulan kami.

Bagaimana kamu boleh menjadi setaraf dengan kami sedangkan Rasulullah sebahagian dari kami dan Abu Jahal, musuh terburuk Islam adalah sebahagian dari kamu. Asadullah(Imam Ali) adalah dari kami dan Asadul Ahlaaf(Singa pihak lawan) adalah dari kamu. Dua orang pemuda ketua pemuda syurga adalah dari kami dan anak-anak neraka adalah dari kamu. Wanita terbaik di dunia(Fatimah) adalah dari kami, sedangkan wanita terburuk yang sentiasa mahu menyakiti Nabi ialah ibu saudara mu.

Terlalu banyak perkara yang membezakan kita. Kami ialah pengikut setia arahan Allah swt, manakala kamu dan suku kamu sentiasa menentang Islam dan menerimanya hanya untuk menyelamatkan diri kamu dari penghinaan. Keikhlasan kami dalam Islam dan bakti kami keatasnya adalah fakta sejarah manakala sejarah tidak dapat menidakkan kebencian kamu terhadap Islam dan Rasulullah (sawa).

Nama baik kami, yang mana kamu cuba merampasnya dari kami, dan kehormatan yang ingin kamu rendahkannya ialah sesuatu yang dijaga sendiri oleh Al Quran. Diceritakan di dalam Quran: “ Dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak dari setengahnya yang lain – menurut (hukum) Kitab Allah [ Qur'an, 33:6 ] dan di tempat lain dalam kitab yang sama, Allah memberitahu manusia: “Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi ugamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya – umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman.” [ Qur'an, 3:68 ]. Oleh itu kami mempunyai 2 kelebihan, hubungan yang rapat dengan Rasulullah (sawa) dan kesetiaan dalam menerima ajaran baginda.

Tahukah kamu di hari Saqifah, Muhajirin memberitahu kepada Ansar, yang mereka mempunyai kelebihan lebih dari Ansar kerana mereka mempunyai pertalian dengan Rasulullah(sawa), dan oleh kerana itu, mereka lebih layak ke atas khilafah, dan oleh kerana hujah ini juga mereka berjaya memenangi perebutan kuasa pada hari itu. Jika kejayaan boleh dicapai dengan bantuan hujah ini dan jika hujah ini mempunyai walau sedikit sahaja kebenaran di dalamnya, maka KAMI dan BUKAN KAMU lebih layak ke atas khilafah. Jika tidak, maka kaum Ansar juga masih mempunyai hak ke atas khilafah.

Nahjul Balaga, Surat 28, Surat balasan Imam Ali terhadap surat Muawiyah

Sunni mendakwa mengikuti dan menyayangi para sahabat akan membawa kamu ke jalan yang benar. Mereka mengungkapkan hadis yang dhaif ini:

Rasulullah (sawa) bersabda : Para sahabat ku ialah seperti bintang, sesiapa sahaja yang kamu ikuti, akan terpimpin(ke jalan yang benar)
Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, p. 160.

Jadi siapakah yang harus saya pilih, kerana jika saya memilih Ali, kamu memanggil saya kafir, kerana jika saya memilih Ali, maka saya perlu memisahkan diri dari musuh-musuh beliau, orang-orang yang beliau perangi serta orang-orang yang beliau kenali sebagai penipu. . Ini di panggil Tabarra, yang mana akan saya bincangkan dalam artikel lain selepas ini.

Zirr melaporkan: ‘Ali berkata: Demi Dia yang membelah benih dan mencipta Sesuatu yang hidup, Rasulullah (sawa) memberi ku janji yang hanya seorang Muslim akan menyayangi aku dan hanya seorang munafiq yang akan membenci ku.’
Sahih Muslim Kitab 001, Nombor 0141

Cinta kami ialah untuk Ali ibn Abi Thalib dan cinta kami juga untuk Ahlul Bait Nabi(as). Penghormatan kami ialah untuk para sahabat dan isteri baginda yang kekal setia kepada Islam, Nabi dan Ahlul Bait baginda sebelum dan selepas kewafatan baginda. Saya bertanya kepada kamu semua, siapa yang kamu pilih, semua para sahabat atau para sahabat yang bertaqwa kepada Allah dan melakukan kebaikan

Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud).Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.
Quran [3:172]

Ingatlah, ganjaran Allah bukan untuk semua orang.

Rahmat Allah ke atas Nabi Muhammad (sawa) dan Ahlul Bait baginda yang di rahmati. Redha Allah ke atas mereka yang menyokong perjuangn Islam serta membantu Rasulullah dan Ahlul Bait Baginda dengan ikhlas seumur hidup mereka. Dan laknat Allah telah mencukupi bagi mereka yang bertindak bertentangan dengan Islam, arahan Nabi serta menyakiti Ahlul Bait baginda, kerana Allah swt tidak akan bersama penipu.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s