Foto Foto Pagelaran Kekuatan Republik Islam Iran !!!

Perbezaan Antara Rejim Saudi dan Israel

Para pemerhati politik telah membuat perbandingan jenayah yang telah dilakukan oleh Arab Saudi dengan Israel, setelah penjajahan militeri yang dilakukan oleh negara itu ke atas Bahrain demi menghentikan protesan anti kerajaan.

Pada 13 Mac, kerajaan Saudi laknatullah telah mengerahkan tenteranya ke Bahrain untuk menghancurkan para penentang kerajaan, yang membuat tuntutan peralihan kuasa dari tangan al Khalifah.

Tindakan ini telah membuatkan para pemerhari politik untuk melihat semula jenayah yang telah dilakukan oleh rejim Saudi sepanjang sejarahnya, dan menyoal satu persoalan yang menarik, “Apakah perbezaan antara kerajaan Arab Saudi dan Israel?”

Israel telah menyerang Palestin dan menamakannya semula ke Israel, manakala Saudi menjajah twnah Hijaz dan menamakannya mengikut nama keluarga mereka pada tanah jajahan itu, yakni, Saudi Arabia.

Rejim Israel menyerang Lubnan dan Gaza atas nama menjamin keamanan dan keselamatan, Sadui pula membunuh orang awam Bahrain untuk menghalang pemberontakan ini merebak ke nagara mereka.

Israel telah melanggar undang-undang perang antarabangsa dengan menggunakan senjata bukan konventional terhadap penduduk Lubnan dan Gaza, manakala Saudi menggunakan peluru hidup dan gas saraf terhadap serangan mereka terehadap rakyat Bahrain yang tidak mempunyai kemampuan mempertahankan diri.

Israel menyerang rumah kediaman, hospital dan sekolah, dan begitu jugalah yang dilakukan oleh rejim saudi.

Israel menggunakan teknik penculikan, pengeboman dan banyak lagi aktiviti keganasan untuk menjamin kedaulatannya. Saudi pula menubuhkan Al Qaeda untuk meneruskan penguasaannya dan menghantar kumpulan ini untuk membunuh orang yang tidak bersalah di Iraq.

Satu lagi soalan yang belum terjawab,” Antara Arab Saudi dan Israel, yang mana lebih menerima sokongan dari US?”

Saya tahu, kalau tengok tajuk di atas, dan kaitkan saya sebagai Syiah, maka mesti post ni nak puji tentera Iran, nak besar-besarkan Iran dan macam-macam lagi. Dan kemudian akan datang la tuduhan tak patriotik, tak bangga dengan negara sendiri. Sebelum korang mula dengan pemikiran skeptikal korang, maka elok la stop dan baca dahulu, kerana ada sebab saya rasa apa yang saya rasa, dan ia bersandarkan fakta. Saya teringin nak berkongsi tentang kekuatan, kelebihan angkatan bersenjata Iran, seringkas mungkin di dalam posting yang pendek ini.

Saya ni memang minat benar bab ketenteraan ni, memang minat sangatla, dari segi ilmu ketenteraan, equipmentnya, dan perkara berkaitan dengannya dari segi keadaan politik dunia sekarang. Pernah jugak dulu nak jadi tentera, tapi tak lepas pasal rabun. Huhu, tak pe lah, yang lepas biar lepas, janji maintain stamina, so bila Imam Zaman kita zuhur nanti, tak semput-semput nak tolong beliau(aj).

Post ini bukan untuk membincangkan kelengkapan ketenteraan tentera Iran, itu mungkin saya akan sentuh di artikel lain, kerana ada perkara yang boleh juga kita banggakan dari sudut itu. Artikel ini hanyalah kupasan struktur organisasi ketenteraan Iran secara umum sahaja, kerana, walaupun dari struktur ini semata-mata, sudah nampak betapa sukarnya untuk penceroboh luar menyerang negara ini dan menaklukinya.

Secara ringkasnya angkatan bersenjata Iran(tidak termasuk pasukan polis) terbahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu:

  1. Tentera Republik Islam Iran(Artesh)
  2. Pengawal Revolusi(Juga terkenal dengan nama Pasdaran)
  3. Basij(Pasukan separa tentera yang terdiri dari sukarelawan)
Artesh, pasukan bersenjata Republik Islam Iran, yang terdiri dari 545,000 orang anggota, terbahagi kepada 4 kumpulan major, iaitu tentera darat, laut, udara dan pasukan pertahanan udara
.
Tentera darat Iran, tulang belakang kepada pasukan bersenjata Iran, terdiri dari 465,000 orang anggota, yang mana 230,000 darinya ialah pasukan tetap profesional, manakala 235,000 adalah anggota kerahan tenaga, yang mana wajib perkhidmatan selama 18 bulan
.
Walaubagaimanapun, anggota kerahan tetap juga menerima latihan profesional, seperti mana anggota tetap yang lain. Selain itu, Artesh juga mempunyai 815,000 orang pasukan simpanan, yang boleh dikerahkan bila-bila masa sahaja, dalam situasi kecemasan. Komander sekarang ialah Panglima Ataollah Sallehi
.
Angkatan ini dilengkapi 1600 kereta kebal baru dan lama, helikopter penyerang, dan berbagai-bagai lagi.
Tentera laut Iran adalah cawangan terkecil dari pada pasukan ini, dengan hanya dianggotai oleh 28,000 orang anggota. Pasukan ini dilengkapi oleh sekurang-kurangnya 243 kapal yang terdiri dari Frigat, kapal selam, kapal peronda dan bot misil. Komander sekarang ialah Laksamana Habibollah Sayyari.
Tentera udara Iran yang seramai 52,000 orang dikuasakan oleh 530 buah pesawat perang baru dan lama, yang terdiri dari jet pejuang, kapal terbang pengangkut dan helikopter.
Inilah secara ringkasnya struktur Tentera Iran atau Artesh. Wow, tengok dari jumlah ini sahaja agak menggentarkan. Ini tak termasuk lagi Pasdaran.
Pasdaran, atau pasukan Pengawal Revolusi, secara umumnya, mempunyai tugas untuk melindungi keberterusan Revolusi Islam dan bertugas secara terus di bawah Panglima Tertinggi Iran, Ayatollah Sayyid Ali Khamenei. Pasukan ini dianggotai oleh 220,000 orang anggota, yang dipilih secara detail keanggotaannya. Bermakna bukan semua orang boleh join pasukan ini. sampai begitulah detailnya semakan latar belakang, untuk menapis pengkhianat, dan memastikan hanya orang yang benar-benar setia kepada Wilayatul Faqih sahaja yang terpilih
.
Pasdaran mempunyai unit udara dan laut yang tersendiri. Mereka juga adalah organisasi yang mengawal Militia Basij dan Pasukan Peluru Berpandu Iran.
Kalau nak cerita tentang Pasdaran ini, memang panjang kerana organisasinya memang special dan elit. Cukuplah sekadar dinyatakan bahawan Pasdara ialah tulang belakang pertahanan Revolusi Islam Iran
.
Seperti yang saya nyatakan di atas, Pasdaran adalah organisasi yang menyelia dan mengawal Basij, pasukan separa tentera Iran, yang sememangnya akan memeningkan kepala musuh-musuh yang ada hati nak menyerang Iran. Kenapa mesti pening? Of course, kerana jumlahnya.
Jumlah sebenar pasukan Basij sebenarnya menjadi satu kontroversi, tetapi saya sertakan di sini kenyataan dari Iran dan juga kenyataan dari pemerhati luar
.
Sumber Iran menyatakan bahawa Basij mempunyai keanggotaan seramai 12.6 juta orang, yang mana 3 juta darinya adalah “combat ready and capable”
.
Manakala sumber luar, yang saya quotekan dari Center for Strategic and International Studies Basij mempunyai 90,000 orang anggota sepenuh masa, 300,000 orang simpanan dan 11,000,000 orang yang boleh dipanggil bila-bila masa apabila keadaan memerlukan
Tak kira yang mana satu betul, tetap Basij ini akan memeningkan kepala tentera penceroboh. Teringat ketika serangan Amerika terhadap Iraq, setelah berjaya dalam misinya menjatuhkan rejim Saddam, terjadi perang insurgensi(perang gerila) untuk beberapa ketika, dan kita dapati, perang inilah yang memberi jumlah kematian teramai kepada tentera Amerika. Jumlah pemberontak insurgen ini mungkin dalam linkungan 1000 orang paling ramai pun(saya mengambil contoh kes Muqtada al Sadr), telah berjaya memberi kesan kepada operasi ketenteraan Amerika walaupun tidak lama, tetapi bayangkan kalau sejuta orang militia melancarkan serangan gerila, hancur!!
Kemunculan Basij ini adalah hasil dari arahan Imam Khomeini dengan kata-kata beliau: “Jika sebuah negara itu mempunyai 20 juta pemuda, maka ia seharusnya mempunyai 20 juta tentera”
.
Seperti yang saya telah sebutkan di atas, Iran mempunyai sistem kerahan tenaga wajib kepada pemuda berusia 18 tahun, untuk berkhidmat selama 18 bulan minima. Maka dapatlah disimpulkan bahawa majoriti pemuda Iran sekarang semuanya mengetahui ilmu perang, dan mampu mempertahankan negara mereka bila-bila masa sahaja
.
Tidak seperti Program Khidmat Negara di negara kita yang tidak bersifat militer, dan diragui keberkesanannya. matlamat dan motifnya juga samar-samar. Setakat itu pun, banyak kes-kes kematian dan buli yang tak diingini. Mak bapak pun takut nak hantar. Bukan nak mengkritik, tetapi cuma mengeluh
.
Dengan sekadar melihat struktur saiz sahaja, kita dapat melihat keteguhan sistem pertahanan Iran, belum lagi melihat kemampuan dan kelengkapannya. Tidak hairanlah Iran dikatakan negara Timur Tengah yang mempunyai tentera yang terkuat, oleh General John Abizaid, seorang komander tentera US di rantau itu.
Oops, saya lupa nak letak satu lagi sumber kekuatan tentera Iran dan kekuatan bangsanya.
Iaitu ketaatan kepada Allah, RasulNya(sawa), Ahlulbait(as) serta sayangnya mereka kepada Wali al Faqih mereka.
OK, Obama, jika ada rancangan nak menyerang Iran, maka di sini saya nak ucapkan “good luck”.

Kebanggaan Ketenteraan Iran

 Hari tu, saya ada sebut tentang struktur pertahanan kebangsaan Iran, dari segi jumlahnya, yang menyebabkan kesukaran kepada mana-mana pihak musuh untuk menyerang negara ini. Tetapi negara kebanggaan Rasulullah(sawa) ini tidak hanya bergantung kepada jumlah tentera dalam sistem pertahanannya.

Satu perkara yang membuatkan saya berasa bangga akan negara ini, sebagai seorang Islam umumnya dan seorang Syiah amnya, adalah ke”berdikari”an Iran dalam  mengkaji, membina sistem dan teknologi pertahanan mereka. Ini adalah satu faktor penting dalam menjadi sebuah negara yang berkuasa, kerana kebergantungan kepada sesebuah negara dalam membekalkan sistem persenjataan adalah antara sebab utama kejatuhan apabila terjadi kecemasan.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa perkembangan saintifik Iran pada tahun 2010, adalah 11 kali lebih laju dari seluruh dunia secara purata, samada di bidang nuklear, industri atau perubatan. wah, kenapa? Tak percaya ke?

Banyak lagi, malah musuh dunia Islam, Amerika sendiri yang mengakui hal ini. Oleh itu tidak dapat tidak, maka industri pertahanan Iran juga pasti menerima habuan dari otak-otak briliant Parsi ini. Syukur alhamdulillah.

Maka tak perlulah Iran terpaksa menjilat punggung negara-negara barat demi mendapatkan sistem persenjataan mereka, macam sesetengah negara tu, kapal selam pun second hand, beli tak tau untuk apa, maybe ada keuntungan untuk pihak-pihak tertentu yang tidak diketahui. Ya, mereka masih membeli dari negara seperti Rusia, tetapi tahap kebergantungan mereka tidak seperti negara yang tidak mempunyai industri pertahanan sendiri.

Mari kita tengok, apa persenjataan yang geng-geng Syiah ni dah reka. Dalam keadaan mereka mendapat sekatan ekonomi beb!!

Pesawat Pejuang Saegheh
HESA Shahed 285, helikopter penyerang
Drone UAV Ra’d
Misil jarak sederhana Shahab 3, menggentarkan Israel
Nasr-1, Cruise Missile, Tomahawk versi Iran
Raad, Misil anti kereta kebal, ditiru dari versi Soviet
Sayyad 2, Misil anti pesawat altitud tinggi
Frigat Jamaran
Kapal Selam Kecil Ghadir, kapal selam bersaiz sederhana Qaem sedang dibina
Kereta Kebal Zulfiqar

Banyak lagi sebenarnya, dan Iran memang ialah sebuah negara yang pakar dalam teknik “reverse-engineering” atau bahasa mudahnya, meniru semula apa sahaja alat ganti, atau design alatan persenjataan dalam inventorinya, membuatkannya dapat menaik taraf apa sahaja persenjataan milik mereka.

Semoga Allah merahmati akal-akal bijaksana bangsa Iran, dan semoga negara kita juga mencontohi akal-akal mereka.

2 comments

  1. Satu-satunya negara Islam yang mempunyai teknologi perang moden dan digeruni, pesewat anti radar (RQ-170 Sentinel) pun dah Iran tanggkap tanpa merosakan persawat tersebut canggih betul teknologi Iran tp apa2 sebab pun rakyat mereka setiasa bersatu.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s