Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan kepada Dewan Rakyat dalam sesi soalan tambahan bahawa pengikut Syiah Imamiyah dilarang menyebarkan mazhab tersebut namun bebas beramal dengannya selain tidak boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Mar 11, 2011

Pengikut Syiah Kini Bebas Beramal- Harap jangan hangat-hangat tahi ayam

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA,ir) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan kepada Dewan Rakyat dalam sesi soalan tambahan bahawa pengikut Syiah Imamiyah dilarang menyebarkan mazhab tersebut namun bebas beramal dengannya selain tidak boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bachok Nasharudin Mat Isa yang mempersoalkan mengapa pengikut mazhab Syiah perlu ditahan di bawah ISA dan tidak dibicarakan secara adil di Mahkamah.
Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mereka dibenarkan beramal dengan mazhab Syiah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan hak beragama kepada rakyat negara ini
.
“Kita tidak melarang pengikut ajaran ini untuk terus beramal, tetapi terdapat akta yang diperuntukkan dalam undang-undang syariah di negeri-negeri yang tidak membenarkan ajaran ini disebarkan kepada penganut ahli Sunnah wal-Jamaah yang sedia ada,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini
.
Ismail mahu tahu sama ada Syiah adalah satu ajaran baru atau mazhab baru dan tindakan yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.
Jamil Khir berkata, walaupun Syiah telah dikategorikan sebagai ajaran menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi tidak semua ajaran fahaman itu yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini.
“Oleh sebab itu mereka (pengikut Syiah) tidak boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA),” katanya ketika menjawab soalan tambahan Nasharuddin Mat Isa
.
Selain itu Jamil Khir bertegas, usaha membanteras penularan mazhab Syiah masih berjalan dengan memantau ceramah, media massa dan bahan-bahan media yang cenderung dalam penyebaran mazhab tersebut
.
Selain itu, kerjasama antara agensi-agensi agama turut ditingkatkan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar peruntukan negeri-negeri yang mewartakan kesalahan penyebaran ajaran Syiah
.
KUALA LUMPUR, 9 Mac:
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan laporan Bernama hari ini yang seolah-olah menggambarkan beliau mahu pengikut ajaran Syiah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, dalam sesi soalan tambahan di parlimen pagi tadi, beliau sebenarnya mempersoalkan mengapa pengikut-pengikut ajaran Syiah perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak membicarakan mereka secara adil di mahkamah.

Walau bagaimanapun, Bernama dalam laporannya bertajuk “Dewan Rakyat: Pengikut Syiah Dilarang Sebar Ajaran Kepada Pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah” melaporkan sebaliknya, dengan mendakwa Nasharudin bertanya kenapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.

“Kesilapan wartawan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti PAS yang selama ini lantang dan konsisten memperjuangkan supaya dan Kem Tahanan Kamunting dihapuskan.

“Malah, dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari ini, saya sekali lagi mengulangi desakan supaya akta drakonian ini dibubarkan selari dengan desakan pelbagai pihak termasuk Gerakan Mansuhkan ISA, Suhakam, UNHCR dan Human Rights Watch,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Sehubungan itu, melahirkan rasa kesal dan mahu agensi berita itu memperbetul kesilapan tersebut.

Pagi tadi, sidang Dewan Rakyat dimaklumkan pengikut ajaran Syiah di negara ini dilarang menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah, tetapi bebas untuk terus mengamalkannya.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga memberitahu pengikut ajaran itu tidak boleh ditahan di bawah ISA kerana tidak semua ajaran fahaman itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s