Pemikiran Ayatullah Ruhullah Khomeini dan Sejarah Hidupnya

Beliau boleh diibaratkan sebagai sebuah ribut, tetapi orang lain boleh melihat ada ketenangan di dalam ribut itu, walaupun tegas dan mengarah, tetapi tenang dan menerima pendapat. Terdapat sesuatu yang tidak dapat diubah di dalam rohani beliau, tetapi sesuatu yang tidak dapat diubah itu mengubah keseluruhan negara Iran. Beliau bukan sekadar manusia biasa, malah walaupun dibandingkan dengan semua orang yang digelar “wali” yang pernah saya temui, dari dalai Lama, Sami Buddha dan wali Hindu, tiada yang memiliki apa yang Khomeini miliki. – Robin Woodsworth Carlsen, The Imam and His Revolution

Beliau dilahirkan dengan nama Sayyid Ruhullah al Musawi pada 1320 Hijrah. Datuk beliau ialah seorang ulama besar, Sayyid Ahmad al hindi, yang telah berhijrah dari lucknow, pusat ilmu Syiah di kawasan India, ke Khomein sebuah pekan kecil di selatan barat Qom. Bapa beliau telah dibunuh ketika beliau masih kecil, oleh itu beliau dibesarkan oleh ibu dan makcik beliau. Bagaimanapun, mereka juga meninggal tidak lama kemudian, dan tanggungjawab ini ditanggung oleh abang sulung beliau Sayyid Mustafa.

Beliau memulakan pengajian agama beliau ketika masih muda lagi.Di umur 7 tahun beliau sudah menjadi hafiz dengan menghafal keseluruhan al Quran. Kemudian beliau bermusafir ke Arak untuk menyambung pengajian beliau, seterusnya ke Qom, yang mana baru dalam permulaannya menjadi sebuah pusat pengajian Syiah dengan kehadiran Syeikh Abdul Karim Hairi. Di Qom, beliau belajar kerohanian dan falsafah di bawah Mirza Javad Maliki Tabrizi dan Mirza Muhammad Ali Shahabadi. Sementara itu, beliau juga turut mempelajari kurikulum tradisional hauzah di bawah Syeikh Abdul Karim Hairi dan pada ahli fiqh yang ulung di zamannya.

Setelah kematian Syeikh Hairi di Qom dan kemudiaannya Sayyid Abul Hassan Isfahani di Najaf, begitu terasa sekali keperluan untuk seorang pemimpin yang kuat di dalam masyarakat Syiah. Imam Khomeini dan tenaga pengajar muda yang lain di Hauzah meminta Sayyid Hussain Burujardi untuk datang ke Qom dan mengambil tampok kepimpinan hauzah.

Ketika waktu ini, dinasti Pahlawi sedang dalam proses menegakkan pemerintahan sekular dan autokrasi. Sebarang penentangan terhadap polisi kerajaan akan diambil tindakan secara kejam oleh ejen-ejen Savak, badan perisikan kerajaan. Amalan-amalan keagamaan telah dilarang, kerana Shah cuba untuk mengasingkan Islam dari masyarakat umum. Polisi fiskal beliau yang radikal dan perbelanjaan boros untuk ketenteraan telah berjaya membankrapkan ekonomi Iran. Kebergantungan berlebihan terhadap barat juga menambah lagi penentangan terhadap rejim beliau.

Sesetengah orang terlalu cepat dalam mengkritik Ayatollah Burujerdi yang memilih untuk berdiam diri terhadap kerajaan dalam tempoh ini. Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa revolusi tidak akan boleh berjaya tanpa para pemimpin yang komited dan mereka berdua(Burujerdi dan Khomeini) sedang sibuk dalam melahirkan bakal pemimpin masa depan untuk revolusi. Antara yang terkenal hasil dari Imam Khomeini ialah Sayyid Muhammad Hussain Beheshti, Sayyid Muhammad Ali Qadhi, Sayyid Ali Hussaini Khamenei, Sayyid Abdul Karim Musawi Ardbeli, Shaikh Murtadha Mutahhari, Shaikh Fadhil Lankarani, Shaikh Ali Quddusi, dan Shaikh Haidar Ali Hashmian.

Setelah kematian Ayatollah Burujerdi, Imam Khomeini diiktiraf sebagai salah seorang dari guru yang terkemuka di Hauzah. Oleh kerana itu, beliau diterima sebagai kepimpinan agama oleh ramai masyarakat Iran. Dari Madrasa Faiziyya yang terkenal, beliau menulis dan menerbitkan banyak hasil penulisan berkenaan Mantik, Irfan, Falsafah dan Fiqh, yang mana menarik ratusan pelajar ke kuliah beliau.

Oleh kerana Shah dalam proses melaksanakan sistem sekular, Imam Khomeini secara terbuka mengutuk beliau. Beliau mengarahkan pelajar-pelajar beliau untuk menyampai dan mendidiki masyarakat Iran tentang bahaya kepada masa depan jika trend ini dibiar berlanjutan. Beliau juga mengisytiharkan bersifat pasif terhadap kerajaan atas doktrin taqiyyah adalah haram dalam kes ini.

Shah bertindak balas dengan kejam. Pada 1382 Hijrah, tentera telah dihantar ke Madrasah Faiziyya, dimana mereka menyerang dan membunuh beberapa orang pelajar. Beberapa minggu kemudian, setelah memberi khutbah semasa Asyura, dimana beliau menyamakan rejim Shah dengan rejim Ummaiyah, Imam telah di tahan. Protes secara besar-besaran tercetus di seluruh Iran mengarahkan pembebasan beliau. Walaupun kerajaan membebaskan beliau beberapa bulan kemudian, pemberontakan pada 15 Khordad sebenarnya memberi gambaran tentang pemberontakan yang sama yang bakal terjadi 16 tahun kemudian, dimana seluruh rakyat Iran bangkit menjatuhkan kerajaan yang sekular dan diktator.

Setelah beliau dibebaskan dari penjara, Imam Khomeini meneruskan penentangan terhadap kerajaan yang mengamalkan amalan autokrasi dan tidak Islamik. Beliau mengisytiharkan kerajaan sebagai menyerahkan segala kedaulatan negara Iran apabila Shah menandatangani perjanjian yang memberi status imuniti terhadap semua orang Amerika di Iran. Tidak lama selepas itu, Imam dibuang negeri, pertama ke Turki dan kemudiannya ke Iraq. Shah berharap agar kedudukan beliau “dikerdilkan” oleh keberadaan ulama-ulama agung seperti  Ayatollah Mohsin al-Hakim dan Sayyid Abul Qasim al-Khoei.

Di Najaf, Imam Khomeini memulakan pengajaran fiqh di Madrasah Syeikh Murtadha Ansari. Sebagai tambahan, beliau juga memulakan  kuliah tentang Teori Kerajaan dan Politik Islam, yang mana mendapat sambutan dari pelajar dari berbagai latar belakang. Imam Khomeini berpendapat, di masa keghaibab Imam ke 12(semoga Allah mempercepatkan kedatangannya), sebuah sistem kerajaan hanya akan menjadi Islamik apabila ia di bawah pengawasan seorang yang faqih.  Kuliah-kuliah ini kemudiannya dijadikan buku terkenal, iaitu Wilayah Al Faqih. Ucapan, artikel dan surat beliau diseludup ke Iran, di mana ia disebarkan ke masyarakat massa oleh pelajar-pelajar beliau yang sangat dedikasi seperti Sayyid Muhammad Hussain Beheshti dan Syeikh Murtadha Mutahhari.

Penentangan terhadap Syah berterusan dan semakin bertambah, tetapi selalunya ia di balas dengan berbagai teknik ganas dari Savak. sempena ulang tahun 15 Khordad, pelajar dari Madrasah Faiziyya menganjurkan satu lagi tunjuk perasaan terhadap kerajaan. Para aktivis yang tidak berdaya itu ditembak dari helikopter, dan puluhan syahid. Rejim juga bertindak balas dengan cara yang serupa terhadap tunjuk perasaan yang lain di seluruh negara. 400 orang mati terbakar apabila sebuah pawagam dibakar dan pintu dikunci. Di dalam peristiwa Jumaat Hitam yang terkenal, 2000 orang syahid di Tehran, sehingga tempat itu kini digelar Lapangan Syuhada.(Maydan e Syuhada)

Dari Najaf, khutbah Imam direkodkan di dalam kaset dan di seludup ke dalam Iran. Beliau memuji rakyat Iran kerana pengorbanan mereka dan meminta mereka bersabar dan bertahan. Beliau berkata dengan ucapan yang terkenal: Demonstrasi ini yang menjatuhkan kerajaan zalim dan memajukan tujuan utama Islam adalah sejenis ibadah yang tidak tertakluk kepada bulan dan hari. Demi matlamat untuk menyelamatkan bangsa, menegakkan undang-undang islam dan kerajaan tuhan yang berdasarkan keadilam.”

Apabila melihat kegagalan rancangan beliau, Shah menukar rancangannya dengan membuang Imam dari negara Iraq. Imam kemudiannya bermaustatin di Paris dan menginap di sebuah kawasan bernama Neauphle-le-Chateau. Shah mengharapkan dengan tindakan ini, dapat mengurangkan komunikasi antara Imam dan pengikut beliau di Iran. Tetapi perkara yang berlawanan pula yang terjadi. Atas usaha Shah untuk merapatkan hubungan antara eropah dan Iran, komunikasi antara Imam dan pengikutnya makin bertambah. Tambahan pula, beliau sering dilawati oleh wartawan dari seluruh dunia, dan hasilnyaa seluruh dunia mengenali Imam Khomeini dan visinya tentang sebuah negara Islam berdasarkan Al Quran dan ajaran Ahlulbait(as).

Apabila bulan Muharam menjelang, Imam mengisytiharkan bahawa bangsa Iran perlu mencontohi Imam Hussain yang yang bangun menentang pemerintahan zalim dan ketidakadilan. Pada malam Asyuran 1399Hijrah, lebih dari sejuta orang mengenakan pakaian syahid berwarna putih dan berarak di jalan-jalan Tehran. Mereka membuat 17 tuntutan, antaranya ialah penubuhan kerajaan Islam Iran. Ribuan penunjuk perasaan ditembak, tetapi tidak berjaya dikalahkan. Di seluruh negara, satu per satu pekerja berbagai industri melaksanakan mogok. Revolusi telah bermula.

Dari Paris, Imam mengarahkan penubuhan Majlis Revolusi Islam, yang akan menggantikan Perdana Menteri Bakhtiar. Shah melarikan diri dari Iran dan tidak kembali. Satu-satunya penghalang antara untuk mencapai kerajaan Islam bagi Iran sekarang hanyalah rampasan kuasa tentera. Jutaan aktivis keluar untuk berhadapan dengan tentera, tetapi bukan menggunakan kekerasaan. Mereka menggunakan sifat persaudaraan, meletakkan bunga ke dalam lubang rifel dan memberi hadiah kepada anggota tentera. Hasilnya ialah mereka semua meninggalkan perkhidmatan mereka secara beramai-ramai.

Pada 2 Rabiul awal. 1399 Hijrah,(31 Januari 1979), Imam menaiki pesawat milik Perancis untuk pulang ke Tehran. Berjuta-juta orang menyambut beliau. Setibanya di Iran, perkara pertama yang dilakukan oleh Iran ialah melawat perkuburan Behest Zahra untuk memberikan penghormatan kepada para syuhada Revolusi. Beberapa hari kemudian, kerajaan Islam sementara ditubuhkan di bawah Mahdi Bazargan. Oleh kerana pihak tentera tidak lagi berfungsi, Bakhtiar mengisytharkan darurat. Sebagai tindak balas, Imam meminta pengikutnya untuk menentang perintah darurat itu dan mengisytiharkan jika pengikutnya diserang atau ditentang, beliau akan mengisytiharkan jihad terhadap kerajaan. Pihak tentera akhirnya menarik semua sokongan terhadap Bakhtiar dan pada 14 Rabiul awal, runtuhlah rejim Pahlawi. Revolusi akhirnya berjaya mencapai kemenangan.

Sebuah pungutan suara diadakan dan masyarakat telah mengundi untuk penubuhan sebuah Kerajaan Islam. Majlis Pakar(yang dianggotai oleh ulama faqih) telah bersidang untuk meluluskan cadangan perlembagaan. Di penghujung tahun, perlembagaan itu telah diluluskan oleh rakyat. Artikel 5 dari perlembagaan itu mengisytiharkan bahawa semasa keghaiban Imam ke 12, “kerajaan dan kepimpinan bangsa hanya layak kepada seorang fuqaha yang adil dan beriman yang berpengalaman dengan umurnya, berani, bijak dan mempunyai kebolehan pengurusan serta diterima sebagai pemimpin oleh majoriti rakyat.” Imam Khomeini secara sepakat telah dipilih sebagai Rahbar pertama Republik Islam Iran.

Dalam sedekad pertama Republik Islam ialah dekad terakhir bagi Imam Khomeini. Beliau telah memindahkan pejabat beliau ke Tehran dari Qom, di mana di Tehran, beliau menyelia urusan negara, menjawab persoalan agama dan bertemu dengan tetamu dan peminat beliau. Dalam beberapa tahun pertama, puak penentang telah melaksanakan beberapa teknik kejam untuk melemahkan Kerajaan Islam. Sebuah letupan bom telah membunuh lebih dari 70 pemimpin tertinggi revolusi, termasuk Sayyid Muhammad Behesti. Tambahan lagi, Republik Islam turut menghadapi perang yang dipaksakan oleh Iraq selama 8 tahun, dalam masa yang sama pihak barat mengenakan sekatan ekonomi ke atas Iran.

Mana-mana kerajaan yang lain pasti akan hancur jika dihadapakan dalam keadaan ini. Akan tetapi Republik Islam dibawah kepimpinan Imam Khomeini, dan seperti yang dipercayai oleh pihak umum, dibawah perlindungan wilayah Imam ke 12(as) berjaya bertahan. Sesungguhnya Imam Khomeini telah diceritakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Imam Al Mahdi.  Ayatollah Fadhil Lankrani meriwayatkan apabila seseorang menyanggah Imam Khomeini tentang kebaikan revolusi, Imam akan membalas, “Adakah Hazrat Baqiyatullah Imam Mahdi akan mengatakan sesuatu yang salah? Shah mesti pergi!” Semasa revolusi. dikatakan apabila Imam menghadapi sesuatu permasalah rumit, beliau akan pergi ke kamar peribadi beliau, yang mana dikatakan beliau berkomunikasi secara lansung dengan Imam al Mahdi.

Sebagai pengikut Ahlulbait(as), Imam Khomeini benar-benar mencontohi ajaran mereka dalam hidup beliau. Beliau menjalani hidup yang sederhana, dan walaupun kedudukan ilmu dan politik yang tinggi, beliau sentiasa menjaga hak ahli keluarganya. Diriwayatkan dari isterinya, yang mengatakan bahawa hanya ada satu sahaja hajat yang tidak dipenuhi oleh Imam Khomeini, isteri beliau berharap agar Imam Khomeini meminta hanya segelas air darinya, tetapi selama mereka berkahwin, tidak pernah beliau meminta walau segelas air. Ramai pelawat yang melawat rumah beliau akan berasa kagum apabila melihat Imam melakukan kerja-kerja rumah.

Walaupun dengan kedudukan dunia beliau, Imam hidup dengan penuh zuhud dan tawadhuk. Di musim sejuk yang teruk di Qom, Imam akan bangun setiap malam, berwudhuk dengan air yang membeku dan melaksanakan solat tahajud. Buku doa kepunyaan beliau(mafatih al jinan) kerap terkoyak kerana banyaknya beliau menggunakannya. Sebelum memulakan kuliah beliau tentang gerakan politik, beliau kerap menekankan kepentingan rohani dan kedekatan kepada Allah swt. Banyak ajaran beliau tentang kerohanian dan penambah baikan diri dapat dijumpai dalam buku-buku seperti Cahaya Dalam Diri, Adab Solat dan 40 Hadis.

Tidak seperti para “wali” yang lain, tahap kerohanian Imam Khomeini tampak jelas dalam kehidupan beliau yang berdisplin dan zuhud. Tentera Perancis yang ditempatkan di kediaman beliau pernah membetulkan jam mereka berdasarkan waktu Imam keluar berjalan. Di dalam perjalanan pulang ke Tehran dari Perancis, Imam bangun, berwudhuk, melaksanakn solat dan kemudian terus tidur semula. Mereka yang berada dalam pesawat itu mengatakan, Imam boleh tidur dengan aman di dalam penerbangan yang sangat tidak selesa itu hanya kerana disiplin beliau yang tinggi, tambahan pula di malam Revolusi!! Di pertengahan sidang akhbar, beliau bangun meninggalkan sidang itu dengan tiba-tiba. Apabila ditanya, ia adalah kerana telah tiba waktu untuk solat zuhur.

Imam juga mempunyai perasaan hormat pada wanita dan maruah mereka yang sangat tinggi. Anak perempuan beliau menceritakan di meja makan, apabila sahaja pergelangan wanita terselak, Imam akan mengingatkan beliau agar keseluruhan tangan beliau ditutup dengan betul. Imam pernah berkata, “Musuh kita tidak takut kepada darah syuhada kita melebihi hijab wanita kita!” Beliau juga menambah, “Adalah benar bahawa tidak mengapa membiarkan muka dan tangan terbuka, tetapi adalah lebih bagus jika kita melebihkan sedikit penutupan itu.” Beliau menggalakkan pemakaian chador hitam, yang beliau rasakan sebagai lambang revolusi.

Pada tahun 1409H kesihatan Imam mula bertambah teruk. Beliau dibawa ke hospital, dimana beliau menghabiskan 11 hari di sana untuk menghentikan pendarahan dalaman. Isteri beliau meriwayatkan, beberapa minggu sebelum di bawa ke hospital. Beliau mendapat mimpi di mana beliau menyaksikan Imam Ali Ibn Abi Thalib(as) sedang memandikan dan mengkafankan jenazah beliau. Di hari-hari terakhir beliau, beliau meyibukkan diri beliau dengan solat dan doa. memohon Allah swt agar menerima beliau. Doktor mengatakan bahawa apabila beliau meninggal dunia pada 28 Syawal 1409H, beliau pergi dalam keadaan mengucapkan Allah Akbar,

Di dalam teriakan penuh kesedihan, jenazah Imam dibawa untuk di kuburkan di selatan Iran. Hampir 10 juta orang keluar untuk memberi penghormatan, menjadikannya sebagai mejlis pengebumian terbesar dalam sejarah. Jenazah beliau akhirnya terpaksa dibawa dengan sebuah helikopter ke tempat pengebumian beliau. Selepas beliau, pelajar dan rakan seperjuangan beliau dipilih sebagai pemimpin baru Republik Islam.

One comment

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s